Pages

Monday, July 13, 2009

teguran kerana kesilapan dan kelalaian..


setiap manusia pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan. dari sekecil-kecil silap ke sebesar-besar silap. sukar sama sekali untuk dielak. kadangkala apabila kita menegur kesilapan seseorang, kita tidak sedar bahawa kita sendiri juga ada melakukan kesilapan yang sama. misal kata saya menegur mereka supaya tidak ketawa terlalu kuat kerana tidak manis dipandang. bila difikirkan kembali sebenarnya saya juga pernah melakukan perkara serupa. kerana itu, teguran itu sangat penting. kerana daripada satu teguran kita tahu apa yang kita buat. sama ada salah @ betul..


dari sudut kedua pula, saya menegur seseorang kerana kelalaiannya dalam pergaulan( ikhtilat) yang saya kira dia mungkin tidak sedar dan alpa akan statusnya dan kedudukannya. mungkin baginya, ia adalah sesuatu yang normal bagi seorang remaja yang menginjak usia ini.

saya berbuat demikian kerana bersebab. kalau tidak kerana sayangnya sebagai seorang sahabat, sudah lama saya membiarkan beliau begitu. kerana bagi saya, beliau ada kelebihan tersendiri. sayang sekiranya dibiarkan bakat dan ilmu serta pengalaman yang ada pada beliau, disia-siakan begitu sahaja. bagi saya, dia memerlukan seseorang yang menegurnya dalam apa sahaja aspek kerana ada kala sikapnya itu berubah sehingga leka dan jauh daripada allah.

saya mengharapkan teguran yang diberikan ini menjadi pedoman dan panduan hidup kita dan tidak seharusnya kita menganggap teguran itu sebagai sesuatu yang negatif sehingga kita tidak bertegur sapa sesama sendiri dan menyimpan dendam terhadap orang tersebut. teguran ini untuk renungan bersama khususnya kepada diri saya sendiri yang sering melakukan kekhilafan. dan jutaan kemaafan dipohon sekiranya ada dia antara kita yang tidak dapat menerima sesuatu teguran itu. dan bukan niat saya untuk mengaibkan atau memburuk-burukkannya. tetapi ingatlah! daripada satu teguran seseorang itu, kita akan sedar akan kelemahan dan kekhilafan yang kita lakukan. tegurlah diri saya sekiranya saya juga melakukan kesilapan...

wallahualam..


1 comments:

Anonymous said...

sokong2...

saya sendiri memerlukan ramai orang untuk menegur...

"Ikut apa yang saya cakap,bukan yang saya buat "

" tegurlah aku jika aku melakukan kesalahan" - bai'ah Saidina Abu Bakar sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10