Pages

Thursday, December 17, 2009

MAAL HIJRAH


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah



Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”


Doa Awal Tahun


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.
Bertemakan “Menjana Ummah Gemilang” diharapkan ia memberi sinar baru untuk semua, Insyallah..

* copy daripada alamsetia.blogspot

1 comments:

abu uwais alkamuntinji on December 19, 2009 at 7:17 AM said...

ukhti,

sekadar renungan..

Jamaluddin al-Qasimi berkata doa ini ialah doa yang direka dan tidak
berasal dari Nabi s.a.w. tidak juga berasal dari para sahabat, tabiin
dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak
wujud dalam kitab maudhuat (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis
palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian.
Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah
pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan
sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat
besar ke atas Allah dan Rasul-Nya. (Islahul Masajid hlm 129)

maklumat lanjut tentang doa itu boleh rujuk lik:http://aburuqayya.wordpress.com/2008/12/28/awal-muharram-dan-doa-awal-dan-akhir-tahun/

ok,insyaallah sama2 kita kaji,teliti sebelom menyampaikan sesuatu hal yang berkaitan Allah dan Rasol..

ok..wallahulmustaan..salam perjuangan =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10