Pages

Tuesday, March 23, 2010

si rama-rama dan madu..


rumah itu pada asalnya kepunyaan si kumbang. tetapi telah diserahkan kpd si rama-rama.si kumbang dan mawar meninggalkan si rama-rama keseorangan di situ. sunguh janggal. selama ini, si rama-rama hanya berada bersama-sama mereka-mereka..tetapi..keadaan sudah berubah..mereka-mereka itu berada nun di sana..si rama-rama tidak mampu utk berpatah balik mngejar mereka-mereka.

ye..tidak mampu. apa yg harus dilakukan si rama-rama adalah memulakan kehidupan yang baru. rumah itu. rumah itu perlukan seeorang yang mampu mengubahnya menjadi kembali ceria. si rama-rama cuba utk meramahkan diri bergaul dgn penghuni2 rumah itu. si rama-rama terharu dek kerana layanan segelintir penghuninya..namun beliau sedikit kecewa dengan penghuni2 yang memandang sinis terhadapnya...tatkala itu, si rama-rama berduka lara..terkadang duduk keseorangan..termenung. ada kala si kumbang datang membantu tapi si kumbang tidak mampu utk berbuat apa2..

ketika ini, si rama-rama mula mengumpul bahan2 utk menceriakan kembali rumah itu..ye, mereka semua perlukannya. hari demi hari, minggu demi minggu,bulan demi bulan berlalu..rutin harian si rama-rama, mengutip madu di taman. seringkali madu yang dimahukan itu tidak diperolehi..jika sebelum ini, hasil kutipan madunya itu boleh dibanggakan, tetapi kini, madu-madu yang diperolehi semakin, semakin berkurang..timbul kekesalan di hati si rama-rama..dia juga inginkan hasil seperti rakan2nya yang lain, tetapi..hampa..seringkali si rama-rama menyalahkan dirinya..mahu saja rasanya dia meninggalkan rumah itu dan duduk di taman mngutip madu2 setiap masa. namun si rama-rama berfikir panjang.."rumah itu sekarang adalah tanggungjawabku" berbisik si rama-rama.

tatkala keseorangn..ada sahaja datang membantu..si rama2 bersyukur kerana mmpunyai kenalan2 yang bnyk membantunya..mereka-mereka itu juga banyak membantu...

Thursday, March 18, 2010

"dunia baru"






Dunia baru si rama-rama.

“di sana rama-rama lebih tenang, lebih tenteram”..mereka-mereka itu antara penggerak semangat si rama-rama untuk menerjah ke jalan ini. Bersama-sama bergerak, menuju satu matlamat. Bermula bersama..namun di pertengahannya si rama-rama terpisah. Terpisah dari mereka.

Menuju ke satu jalan yang mana si rama-rama ditarik ke sana. Rama-rama mengikut sahaja. Dia dibawa berjumpa seekor kumbang dan sekuntum mawar. Terkejut. Terpaku. “Apakah benar? Tapi mengapa aku? Mengapa bukan dia? Kenapa begini?”. Kumbang dan mawar melontarkan seribu hujah dan pandangan mereka. Sejak pertemuan itu, hati si rama-rama sentiasa resah, gelisah, berduka lara. Kemurungan melanda.

Si rama- rama pada mulanya tidak mahu mengikut ke jalan ini kerana dia ingin bersama2 mereka-mereka di sana. Menuju matlamat itu. Tapi si rama-rama sudah ditarik oleh kumbang dan mawar. Si rama-rama keliru untuk memilih jalan mana yang harus dipilih. Jalan bersama mereka-mereka atau jalan bersama kumbang dan mawar. Setelah memikirkan baik buruknya, si rama-rama memilih untuk bersama kumbang dan mawar.

Kumbang dam mawar sebenarnya berkawan dengan mereka-mereka itu. Tapi jalan yang mereka pilih berbeza. Sejak keputusan itu dibuat, si rama-rama sering gundah gulana. Dia sering merasakan bahawa dia tidak mampu untuk terus bertahan di jalan ini. Jalan ini gelap, perlukan cahaya yang terang. Namun, sumber cahaya itu tidak banyak..kalau ada pun cahanya tidak begitu terang. Si rama-rama juga ada sumber cahaya.

Tapi sumber cahaya kepunyaan rama-rama itu kadang2 elok, kadang2 rosak..si rama2 gundah gulana sekali lagi. Di penjuru jalan, terdapat sebuah rumah yang baru dibina. rumah itu baru, tapi kelihatan kusam. Tidak bercat. Langsung tiada serinya. Orang ramai yang melihat rumah itu tentu berfikiran sama. Di dalam rumah itu terdapat banyak rama-rama dan terselit beberapa pepatung.


to be continue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10