Pages

Monday, August 23, 2010

Tenanglah Jiwa, Damailah Hati..




hari berganti hari. tanpa disedari kita sudah hampir kepada pertengahan ramadhan. terasa sayu seketika. jemaah yang bersolat jemaah dan terawih di masjid pula semakin lama semakin maju ke depan ( berkurang). alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan untuk bersama2 berterawih, bertadarus bersama jemaah yang lain.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan dan salah seorang manusia itu mungkin saya dan mungkin anda. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya. Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.

Di sinilah kita perlu memujuk diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati.

Teringat kata2 ustaz khairuddin semasa di masjid tadi." manusia ni imannya bertambah dan berkurang. iman manusia tak akan naik je. kalau sentiasa naik tu, malaikat dan para nabi. begitulah apabila di awal ramadhan,masing2 bersemangat. lautan manusia sibuk membanjiri masjid2 berdekatan. tapi apabila sudah naik ke minggu kedua,dan seterusnya. masing2 dah kurang semangat, buat yang fardhu je. sedikit demi sedikit jemaah yang hadir. akhirnya tinggal bilal dan imam sahaja" seloroh ustaz. hehe.

apabila saat semangat itu hadir, wah! berkobar-kobar, bahagia. tapi apabila fasa semangat itu jatuh, down seolah-olah seperti kehilangan sesuatu. hati resah, gelisah, kemalasan melanda. begitu juga saya dan anda sekalian.

tekanan demi tekanan diterima.

kebekangan ini, saya sedang berhadapan dengan fasa yang paling tidak disukai( down).allah, besar sungguh ujian dan dugaan yang Kau berikan kepadaku.. terlintas di fikiran,Tidakkah kita hairan melihat Hamzah bin Abdul Muttalib RA? Dia mati di medan Uhud. Bahkan mati dalam keadaan yang amat mencucuk jiwa. Hatinya dimamah dan tubuhnya dilapah-lapah. Hidung dan telinganya dipotong. Hingga Rasulullah SAW juga menjeruk rasa bersedih hati, hingga Rasulullah SAW terpaksa menghalang makciknya Safiah bte Abdul Muttalib dari melihat Hamzah.

Kita hairan. Apakah yang membuatkan mereka kekal tabah? Bahkan bukan semata-mata tabah bertahan rasa. Mereka terus tulus berjuang menegakkan agamaNya.

Apa yang menggerakkan mereka? Apa yang mencuci kelukaan mereka apabila ditimpa kesukaran demi kesukaran? Apakah yang merawat jiwa mereka? Saya tiada jawapan lain melainkan keimanan yang sempurna kepada Allah SWT.

saya sedar, saat kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.

Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.
Tenanglah jiwa, damailah hati.

Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.

Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.

juga, mohon doa kalian semua supaya saya dapat kembali aktif, kembali bersemangat masih bisa bernafas di atas bumi ciptaan Allah ini dan masih bisa memikul "bebanan' ini.insyaallah. ayuh, stand up!.

credit to langitilahi.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10