Pages

Monday, December 20, 2010

Nahas bas TERBURUK negara


negara sekali lagi dikejutkan dengan nahas ngeri terburuk dalam sejarah negara. innalillah.

boleh tengok kat sini :-

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nahasbasterburuknegara/Article

_________________________________________________________________

p/s : teringat time program Gerak Usahawan Cameron 6 hb haritu. jalan simpang pulai tu mmg bahaya tau. hati-hati lah bila memandu. JANGAN bawak laju-laju. hargailah nyawa anda dan penumpang. ingat!

Sunday, December 19, 2010

Wanita dan makanan tambahan.


http://www.ismaweb.net/v4/wanita-dan-makanan-tambahan/

Pernahkah anda terbaca iklan mengenai makanan tambahan (dietary supplement) di akhbar-akhbar tempatan atau di internet?

Sebenarnya terlalu banyak produk-produk kesihatan yang menawarkan makanan kesihatan kepada masyarakat Malaysia hari ini. Dengan mencanangkan berbagai-bagai kebaikan atau khasiat yang dapat diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang membeli atau menggunakannya, ramai yang tertipu atau mengharapkan kesan serta khasiat segera apabila menggunakannya.

Golongan yang paling terkesan dengan iklan atau testimoni bagi sesuatu produk kesihatan adalah golongan wanita. Mereka sanggup membeli dengan harga yang mahal semata-mata ingin mendapatkan khasiat yang telah dicanang-canangkan itu.

Apakah definisi makanan tambahan?

Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.

Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut.

Anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk ma

kanan kesihatan. Pilihlah yang terbaik dan telah terbukti keberkesanannya kepada kesihatan penggunanya.

Beberapa panduan diperlukan untuk mereka yang gemar mencuba produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran.
  • Mengapakah anda perlu mengambil makanan tambahan?
  • Tahukah anda, apa yang terkandung dalam makanan tambahan itu?
  • Adakah produk makanan tambahan ini berisiko atau mengandungi kesan sampingan pada diri anda?
  • Apakah jenis-jenis makanan tambahan yang terbukti baik untuk kesihatan wanita?

Wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan memang perlu pada makanan tambahan iaitu zat besi. (ferrus sulphate / ferrus fumarate).

Oleh itu, mengambil makanan tambahan yang mengandungi zat besi amat perlu untuk mengelakkan kepucatan yang keterlaluan (anaemia).

Biasanya doktor yang merawat akan memberi preskripsinya untuk pesakit. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapati banyak produk-produk yang mengandungi zat besi dijual di farmasi.

Wanita sihat yang mengambil makanan seimbang tidak perlu pada makanan tambahan.

Kandungan sesuatu produk kesihatan perlu diteliti oleh anda untuk memastikan tiada mengandungi bahan yang tidak halal atau melanggar syara’ dan tidak memberi kesan sampingan kepada penggunanya.

Terdapat produk makanan kesihatan yang terbukti memberi kesan sampingan kepada pelanggan seperti spirulina kerana diketahui mengganggu pembekuan darah dalam badan.

Oleh itu, pesakit yang mengambil spirulina diarahkan oleh doktor menghentikan pengambilannya sebelum menjalani pembedahan.

Akhirnya, marilah kita fokus pada makanan tambahan yang telah terbukti menjadi penawar dan penyembuh serta merupakan sunnah Nabi s.a.w.

1) Air zam-zam

Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah zam-zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit”.

Ibnu Qayyum berkata, “Ketika berada di Mekah aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air zam-zam dan membacakannya berulang kali (dengan al-Fatihah). Kemudian aku meminumnya. Aku mendapatkan kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar banyak mendapat manfaat daripadanya.”

2) Khasiat buah kurma

Memakan kurma merupakan satu sunnah Nabi s.a.w. Setiap perbuatan Nabi s.a.w yang diikuti akan mendapat berkat dan ternyata sangat bermanfaat kepada manusia. Kandungannya yang tinggi khasiatnya serta kaya dengan protein atau serat, vitamin A dan C serta zat galian atau mineral seperti zat besi, kalsium, sodium dan potassium.

  • Protein: 2%
  • Serat: 4%
  • Gula: 50% – 57%

Kulit kurma baik untuk mencegah barah usus besar kerana boleh melawaskan pembuangan air besar.

Firman Allah s.w.t: “Lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur, di sana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari (buah-buahan) itu kamu makan.” (Surah Al-Mukminun, ayat 19)

Diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari dari terkena racun yang dimakan.

Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s di bawah pokok kurma, telah datang malaikat Jibril a.s menyuruh Maryam menggegarkan pohon kurma. Lantas memakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Seruan pada umat Islam supaya memakan kurma sebagai menggantikan makanan yang berkolestrol tinggi atau berkarbohidrat tinggi.

3) Khasiat Habbatus sauda’

  • Ciri kandungannya boleh meningkatkan imuniti.
  • Mengandungi omega 3,6,9 – nutrisi untuk sel otak untuk meningkatkan daya ingatan atau kecergasan.
  • Memperbanyakkan susu ibu.

4) Khasiat madu lebah

Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 68-69: “Dan tuhanmu mengilhamkan kepada lebah. Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia…”

Dari sudut saintifik, madu didapati mengandungi vitamin B1, B2, B3, vitamin C dan B6 (kandungan vitamin berubah mengikut kualiti madu bunga yang dihisap oleh lebah. Ia juga mengandungi mineral seperti tembaga, zink dalam jumlah yang kecil, magnesium, potassium, klorin, sulfur, zat besi dan phosphate. Ia juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh mengelakkan daripada menghidap penyakit kanser.

Walau apa pun makanan tambahan yang kita ambil, yang utama untuk ditekankan ialah pergantungan kita untuk lebih sihat dan cergas adalah hanya kepada Allah s.w.t dan mendapat keberkatan kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Tuesday, December 14, 2010

angan-angan jadi kenyataan.insyaallah..:)



sebentar td saya baru sahaja menjenguk sebuah blog (tk tau sape punye) entry dia pasal Broga Hill. serius! macam teringin nak pergi. tempat dia kat Semenyih. view kat sana, subhanallah, indahnya ciptaaan tuhan.! walaupun hanya tengok di dalam gambar sahaja. that's absolutely great! :D

cool kan ? :D

tapi pikir-pikr balik. " aku ni dah lah lemah. jalan sikit dah lembik. kang sekejap je jalan , lemah lutut la segala" huhu. pastu dah mula berangan-angan. nak ajak kawan2 ke budak2 junior ke. macam best je. dapat pulak kamera DSLR sebijik. fuuh. haa. alang-alang tersebut pasal DSLR nih. seriously teringin gile nak bende ni. tengok orang lain ada, fuh. jelous ya ampun. dah cakap kat mak. mak kata " jangan membazir' .haaa. dengar tu! :) kamera yang ada ni pon baru dua tahun kot. eh. baru setahun rasanya. gambar pon not bad gak kalau ambik pakai kamera biasa kan. tapi tu lah. kalau ada duit lebih ke takpon kalau dah keje nanti, memang nak ambik sebijik.
oh. lepas ni tinggal lebih kurang beberapa bulan je kat KL. sob.sob. haritu dah plan ngan wani, nisah, ara, kak ana n dan bape orang yg lain.

plan nak buat trip. haritu punye plan ingat nak ke cameron. tapi sebab haritu pon da pegi. so, kene rombak balik lah. Ila pulak dah plan ngan budak2 ni nak buat BBQ,. hoyee! dengan nak pegi Zoo segala lah. ok. cuti2 ni kene plan macam-macam bende. dah bersara daripada dunia JKM. tolong2 sikit apa yg patut. nak ambik lesen.huhu. dah tua baru nak ambik kan?. ingat nak buat bisnes. tapi tak tau apa.haha. nak mengakktifkan diri dalam berblogging.insyaallah.huhu. sem depan, buat usrah kene lagi mantap. bak kata kak biha. banyak lagi plan lain. huu.

p/s : ingat nak buat entry last untuk jkm. tapi masih tidak berkesempatan atas beberapa faktor. insyaallah,akan menyusul kemudian.

Thursday, December 9, 2010

memori terakhir di tanah tinggi ,Korea.;D



setelah selesai program Singapore, tibalah ke penghujung penutup program JKM. iaitu Gerak Usahawan ke Cameron highlands. penat dari program Singapore tak hilang lagi. terus ke Cameron pulak. hehe. bertolak jam 7 pagi, sampai lebih kurang jam 12 tengahari. sampai je ke tanah tinggi cameron terus ke MARDI. nampak menara kat signboard MARDI tu tunjuk suhu 23'c.( ni tak berape sejuk sangat.huhu) tugasan yang perlu diselesaikan. menyediakan satu rancangan perniagaan mengikut kumpulan. masing- masing punye idea sendiri. kelakar bila fikir balik. hampir sejam semua kumpulan berpecah, kemudian mereka dikhendaki berkumpul kembali untuk sesi perbentangan syarikat. macam2 idea dorang nih. kemudian pembentangan mereka diulas oleh pegawai MARDI . sangat bagus!. macam lagi bersemangat je bila dengar pakcik tu cerita pasal bisnes. huhu. Ada sorang junior boleh pulak cakap "kak bella ni bab2 agro suka lah kan". eh2. budak ni mana la tau ni.huhu.



tengok balik menara yg ada tunjuk suhu tu, "19'c" waaa. sekejap je da turun. time tu hujan pon. sejuuk.habis sahaja perbentangan, berangkat untuk check-in di apartment desa anthurium kat tanah rata kalau tak silap. lelaki satu rumah, perempuan satu rumah. cik nini dan ira dok siapkan masak utk bbq malamnye. so, tolonglah apa yg patut. ada cte kelakar kan cik nini? huhu. lepas maghrib, baca doa awal tahun. masing2 turun utk siapkan makan malam dan BBQ. budak2 junior ni tak habis2 soh keluarkan asap kat mulut. wahaha. jeles gile dorang boleh keluarkan asap. cuba punye cuba, Amin pulak ajar. amik asap bbq sikit masuk dalam mulut. tahan nafas. pastu keluarkan balik. pastu try amik kabus yg real pulak.try. wahaha! teruja! kepul2 asap keluar.



bende macam ni bukan selalu rasa kan?haha. nak cuba? dtglah cameron.hoho. jangan "asap" yang tu sudaa. ok siap. masing2 dah kekenyangan. kemas2 naik rumah balik. malam tu tidur ngan Ila ngan Nona depan Tv. kitorang tidur tanpa selimut dan bantal! habis semua dah disapu budak2 lain. so, takpelah. pakai jaket je. huhu. tersedar jam 4.30 pagi. ya allah .sejuk ya ampun sampai ke tulang. nona ngan ila dah masuk bawah tilam.huhu. tak tahan punye pasal, masuk bilik, duk menyempit sebelah cik nini. haha.

pagi tu plan terpaksa ditukar, tak jadi pegi strawbery farm, farm rose ngan ladang teh boh. sebab takde parking utk bus. lagipun jem teruk sebab musim cuti sekolah kan. so, kitorang turun kat tmpat gerai2 on da way nak turun tu. sempat jugak lah membeli sikit2. junior2 sume best :)

p/s :- ni progrm last. setelah hampir 2 tahun berkecimpung dalam jkm ni.tak tau sedih ke gembira ke. walau bagaimanapun, syukur alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang utk merasai semua ni.

Saturday, December 4, 2010

Jauh pemandangan, luas pengalaman




1 hb- 3 hb disember, saya berpeluang mengikuti program Entrepreneurship Collaboration to Singapore. dengan bayaran sebanyak RM150. program yg mendapat kelulusan atas tiket usahawan. seramai 23 orang penghuni KSS turut serta.

1 hb, check in di UTM Skudai jam 6 petang. dan check- out jam 6 pagi. sedikit salah faham berlaku berkenaan dengan pengangkutan bus kami ke Stesen bus Larkin. alhamdulillah, dapat diselesaikan dengan adanya bantuan ustaz shahrizal dan encik shafiq. jangkaan kami tepat. urusan di imigresen memakan masa yang agak lama. mungkin selepas ni saya kira, kerajaan harus memikirkan inisiatif pembaharuan supaya sistem di imigresen tidak lagi menjadi satu masalah dalam proses ke luar negara. perjalanan kami di sana lebih banyak menggunakan perkhidmatan pengankutan awam. kata orang, ala-ala travelor. huhu. sebab tu encik syafiq cakap jangan bawak beg sorong AF tu. sebab kita nanti nak travel dari satu tempat ke satu tempat.

aktiviti pertama kami setibanya di tanah Singapura ialah menuju ke National University of Singapore.(NUSSU) majlis dimulakan dengan pembentangan kelab usahawan daripada pihak NUSSU. agak terkejut tatkala mereka memberitahu bahawa setiap program yg mereka anjurkan tidak PERNAH mendapat sumbangan daripada pihak universiti. kemudian kami dibawa melawat ke seluruh kampus. amazing! kawasan universiti ni sangat best!. ALUMNI of NUSSU memberi gambaran betapa mewahnya kampus mereka. Taxi di sana menggunakan kereta BMW, Mercedes dan kereta2 mewah. huhu.memang sakit la kalau nak naik teksi.



berjalan di seluruh kampus membuatkan para peserta kehilangan banyak tenaga.huhu. masuk sahaja bus utk check in hostel, masing2 terlena sudah. selepas maghrib masing2 dibenarkan untuk berjalan kluar. mencari roestoren makanan halal sangat susah. ada kedai yg mempamerkan logo halal, tpi sebelah dia jual daging babi salai. bukan sebelah restoren. tapi satu restoren dibahagi dua.huhu. was2. berjalan lagi memcari makanan halal. akhirnya jumpa jugak. nak bawak makanan dari malaysia, encik shafiq ckp tak payah. sbab nanti akan masalah di bhgian imigresen.huhu.

berjalan di Little India, china town, dapatlah membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang. kata orang bukan selalu dapat peluang macam ni. huhu. mak siap kirim2 kain. huhu. kbanyakan dorang ni juz tukar RM 100. covert dolar Singapore dapat la dalam 40 dolar. setiap kali keluar duit mesti kene convert balik duit malaysia. takut terlajak membeli.huhu.

esok paginya jam 10 pagi, tugasan diberikan dalam kumpulan. tugasan untuk meninjau persekitaran perniagaan dalam bentuk '4P's" -sape yang belajar business mesti tahu. tempat pertama yg kami spot adalah Hotel Ibis. konon2 nak interview customer receptionist dorang. tapi last2 kene halau. masa ada satu jam je lagi. alih2 nampak signboard MRT(kertapi bawah tanah) tetibe terlintas macam nak try . sistem utk beli tiket agak leceh sedikit. misal kate tikt ke Tanjong pagar berharga $1 dolar. wang yg harus dibayar adalah $ 2 dolar. $ 1 dolar tu adalah sebagai deposit yang mana ianya akan dikembalikan selepas pulang kembali ke stesen tersebut. berbeza sedikit dengan malaysia, tiket yg digunakan adalah untuk dua hala. kiranya tidak perlu untuk membeli tiket banyak kali. so far tak ada beza pon sangat.



jam dah pukul 11 pagi, sepatutnya kitorang dah kene ada kat hostel utk check out. tapi time tu ada kat stesen MRT Bugis lagi. masing2 jalan laju sepantas kuda.haha. sampai je hostel dorang semua mintak kunci bilik. carik2 dalam bju, kocek seluar, dalam beg, tak jumpa! berujuta kali carik dalam beg, tak jumpa gak. memag gelabah kot. pergi kaunter reception cakap kunci hilang. pastu kene denda. tau bapr $ 20 dolar. bersamaan RM 50. huhu. kentang lah!. -_-

alhamdulillah, ada jugak peluang untuk pergi. pergi melihat budaya dan adat luar. peribadi manusia yang bermacam jenis. menimba ilmu dan pengalaman baru selain dapat kenal junior lagi rapat. kawan dengan orang yang lebih muda dari kita lagi best! -_-

Monday, November 29, 2010

Seharian di Expo MAHA











dah lama sebenarnya dapat tau pasal MAHA ni. akhirnya, dapat jugak pegi. tak taulah. macam teringin sangat nak pegi. huu. agaknya memang jodoh dgn pertanian lah kot. insyaallah kalau ada rezeki dapat sambung belajar, memang nak ambik bahagian pertanian. tak pon bahagian usahawan. insyaallah , kalau ada rezeki. huu.

berbalik kepada cerita di MAHA. pergi berempat dengan adik-adik junior.dengan Ara, Nona dan Ila. haha.tah lah, kebelakangan ni dah macam rapat gile dengan junior, awet muda la katekan.haha. kata orang dulu-dulu, kawan dengan orang lagi muda, kita akan nmpk lagi muda. betul kah? .haha.biasalah orang tua-tua cakap.hehe. kami bertolak pukul 10 setengah pagi. ambik ktm dari kl sentral terus ke serdang. dari stesen serdang tu nak ke tapak Expo MAHA, masing-kmasing bingung nak naik apa.dengan tengahari panas terik. pergi tahan teksi. first teksi nak charge 40 ringgit. mak aiih. mark up bukan main. then. tahan teksi lagi satu, RM 24. hm.ok lah kot. daripada RM40. lagipun 4 orang.huu. excited punye pasal, sanggup tuu.

sampai kat sana, teruja kot. tempat besar giler. agak-agak satu hari tu berape kilo lemak dapat dikurangkan. yelah. berjalan sakan sampai ketar-ketar tempurung lutut nih. round-round booth. banyak bende belajar, banyak bende-bende baru. cara-cara nak jadi usahawan berjaya. bagi saya expo seperti ini sangat bagus untuk pelajar bukan sahaja untuk pelajar dalam skop pertanian sahaja, tapi untuk semua. sangat bagus! berniaga kambing, lembu mendatangkan hasil sungguh lumayan. permintaan orkid dan rosell sangat menggalakkan daripada luar negara !. pembuatan coklat tempatan sudah setanding dengan coklat2 komersial yang popular seperti Cadbury, Ferero Roshe. alhamdulillah. rezeki murah. sepanjang melalui booth2, ada sahaja tester makanan dan minuman yang ditawarkan. huhu.

walaupun hujan di waktu petang, itu tidak mematahkan semangat kami untuk meninjau booth2 yang ada ! huhu. sempat juga kami meninjau di bahagian Karnival Sua Rasa TV9 yang turut serta di tapak expo ni. sempat singgah di booth Halaqah. waktu itu ada aktiviti menulis khat. jadi, apa lagi. saya dan Ila turut mengambil bahagian. saja suka-suka. sekali bila pengumuman pemenang. Saya dan Ila berjaya mendapat tempat di kalangan 10 pemenang yang terpilih. sangat gembira! tak sangka .huhu.



ni hadiah tulis khat tuh.:D

ni perkataan yang dia suruh tulis.

yang ni jugak hadiah khat tu. poskad tulisan nnama sendiri. :D

yang ni pulak hadiah Wani,Nisah,Ara bagi! suka! ;D

lepas solat maghrib terus menuju ke perhentian bus . ambik bus khas MAHA ke KTM-RM1.00.
sampai kat damai, makan kat depan shell. pastu, Ara ajak jalan kaki balik kampus dari Damai. memang makin ketar lah lutut ni berjalan. dalam hujan renyai-renyai pulak tuh.huhu. sampai kampus, letak barang kat bilik, terus pergi meeting Road to Middle East. Wani dengan Nisah datang bilik, bagi hadiah.terharunya! warrrh! penat ya ampun. selalunya mintak urut kat Ila, tapi dia pon kepenatan.huhu.

Alhamdulillah. Ulangtahun kelahiran kali ini disambut dengan ilmu, pengalaman dan juga memori-memori indah di MAHA. Di kesempatan ini , jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua kawan-kawan yang wish. Ucapan dan doa kalian cukup membuat saya tersentuh. walaupun dengan hanya ucapan"happy birthday". dah masuk angka 20. tahun depan dah boleh mengundi.huu. terima kasih jugak buat Wani, Nisah,Ara yang bagi hadiah cukup comel tu.suka sangat2. dan jugak Erin (adik bongsu) yang call semata-mata nak ucap harijadi . tak habis-habis tanye bila Along nak balik. konon nak bagi hadiah la tuh.huhu. siap suruh abah belanje makan kfc. huhu.

Monday, November 22, 2010

Allah mencintai kita





Bismillahirrahmaanirrahiim.

Siapakah yang lebih mencintai kita selain ALLAh SWT? Maha Suci Bagi ALLAH SWT!

Secara normalnya, apabila kita mengetahui seseorang mencintai kita dalam diam, maka hati kita akan terusik untuk menyiasat dan kalau boleh akan meraih cinta seseorang yang mencintai kita dalam diam itu dengan sebaiknya. Itu lumrah, manusia cinta pada manusia, manusia cinta pada Tuhan.

Bercakap soal cinta, hampir semua orang pandai. Cinta itu membahagiakan. Cinta itu pendorong untuk terus hidup. Cinta itu memberikan keajaiban. Dan macam-macam lagi jawaban yang akan membuat kita tersenyum sendirian.

Cinta itu indah bukan.

Tetapi bagaimana kalau ALLAh sangat mencintai hamba-Nya? Pelik? Aneh?

ALLAh Sebenarnya Mencintai Kita, Manusia

Petang tadi, saya terbaca satu hadith. Dan mashaALLAh, hati saya benar-benar seakan-akan terpukul dengan keindahan hadith tersebut. Betapa ALLAh memuliakan manusia yang dicintaiNya.

Sahabat, mari sama-sama membacanya bersama saya.

“Jika ALLAh mencintai seseorang, Dia akan berkata, ‘Jibril, Aku mencintai Fulan, maka cintailah dia.’ Jibril kemudian berseru kepada seluruh penghuni langit, ‘Sesungguhnya ALLAh mencintai Fulan, maka cintailah dia..” – Hadis Riwayat Ahmad

Subhanallah.

Membaca hadith di atas, tidakkah bibir anda tergerak untuk terus mengucapkan takbir atau tasbih?

Bila ALLAh mencintai seseorang hamba, maka para malaikat juga akan mencinta hamba tersebut. Dan sebenarnya, manusia yang dicintai ALLAh itu sangat harum namanya di kerajaan Langit.

Cinta ALLAh itu ada dimana-mana. Baik dalam kenikmatan atau dugaan dalam hidup.

“ALLAh turun ke langit dunia setiap malam, tepatnya pada sepertiga akhir malam. Dia lalu berkata, ‘Akulah Tuhan. Siapa yang berdoa kepada-Ku, akan Ku kabulkan. Siapa yang meminta pada Ku, akan Aku penuhi. Siapa yang memohon ampunanKu, Aku ampuni.’ Begitulah seterusnya hingga fajar menyingsing.” – Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad

Bagaimana hendak bertemu dengan ALLAh pada setiap malam? Dengan solat-solat sunat dan ibadah-ibadah lain. Untuk bermunajat pada waktu sepertiga malam bukan mudah bagi semua orang, dan ALLAh sememangnya tahu akan itu. Dan mungkin disebabkan itu, ganjaran yang besar menanti hamba-Nya yang setia bermunajat dikala orang lain nyenyak dibuai mimpi. Buktinya, fahamkan hadith di atas.

Apa yang ingin saya sampaikan untuk kita semua adalah, ALLAh itu setia mencintai kita, yakni hamba-Nya yang bernama manusia. ALLAh sifatnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tetapi kita manusia ini sahaja yang selalu mengabaikan percintaan dengan ALLAh.

Sehingga saat ini, masihkah hati kita tidak disapa dengan cinta ALLAh?

Cinta ALLAh Bersama Kesusahan dan Kenikmatan

Mungkin ada manusia yang akan bertanya seperti ini, “Apa bukti ALLAh mencintai aku sedangkan hidup aku ini penuh dugaan dan hanya merasa bahagian sekejap sahaja. Orang lain bahagia je aku tengok. Aku sentiasa berendam airmata. Apa buktinya?!”

Hei sahabat. Bertenang. Lapangkan dada. (sambil tepuk-tepuk bahu dia)

Kena ingat ni, ALLAh tidak pernah zalim terhadap manusia. Seperti yang saya cakap kat atas tadi, kasih sayang ALLAh SWT sentiasa bersama hamba-hamba-Nya ketika dalam kesusahan mahupun dalam senang. Cuma sesekali, ALLAh itu ingin menegur kita yang mungkin lalai dalam hubungan percintaan dengan ALLAh.

Boleh tak saya cakap, segala dugaan adalah pembersihan terhadap dosa-dosa kita?

Sebab saya yakin dengan hadith ini,

“Segala sesuatu yang menimpa seorang muslim, baik resah, gelisah, derita, penyakit, hingga tertusuk duri sekalipun, adalah menjadi penghapus kesalahan-kesalahannya (dosa).” – Hadis Riwayat Bukhari

Sahabat semua bagaimana?

Baik. Begini, segala dugaan, musibah yang menimpa seseorang itu adalah peringatan dari ALLAH SWT. Mungkin juga kerana kita kurang beramal ibadah, lalai dalam kesenangan, lalu ALLAh datangkan pula kesusahan. Mungkin juga kerana kita selalu mengingati ALLAh dalam masa-masa yang tertentu sahaja, maka ALLAh datangkan sesuatu sesuai dengan kehendaknya.

Seakan-akan, kita hendak diberitahu bahawa, ALLAh itu sentiasa ada di SANA.

Maka, musibah itu bukan semata-mata kemurkaan ALLAh, melainkan ada kasih-sayang untuk kita didalamnya.

Bukanlah ALLAh merasa sunyi tanpa cinta manusia, kerana sifat-Nya Maha Keka Berdiri Dengan SendiriNYA, tetapi sebenarnya ALLAh ingin memberi kepada kita peluang demi peluang untuk saling bercinta denganNYA agar kita memperolehi rahmat dan kasih-sayang yang hakiki.

Dan yang hakiki, pastinya di syurga. MashaALLAH. Hebat, bukan?

Bagaimana Jika Kita Dicintai

Manusia apabila dicintai, pasti hatinya akan selalu berbunga-bunga. Orang kata, tidur sangat lena, makan pun sangat kenyang, mandi pun berjam-jam. Hehe. Itu baru cinta manusia dengan manusia.

Jadi, bagaimana apabila cinta ALLAh kepada manusia?

Bukankah sepatutnya kita merasa bahawa hati bukan setakat berbunga-bunga, tapi menjadi taman bunga!

Cinta manusia selalu sangat bermusim, tetapi sebaliknya cinta ALLAh, akan kekal dan makin bertambah seri. Buktinya, seseorang itu akan terus menjadi seorang hamba yang soleh lagi beriman.

Saya sebenarnya bergetar apabila bertanya akan soalan ini kepada diri saya sendiri tika bersendirian petang tadi. Dan saya ingin berkongsi pertanyaan ini dengan sahabat pembaca semua,

“Layakkah kita/kitakah yang menjadi manusia yang dicintai oleh ALLAh SWT?”

Wallahu’alam. Tetapi satu perkara yang kita mesti yakini adalah, ALLAh sentiasa ada apabila kita datang kepadaNya. Dan belum terlambat lagi untuk kita membina hubungan percintaan dengan ALLAh SWT.

Mari memperbaiki diri dan orang lain!

Masihkah ALLAh menerima kebaikan hamba-Nya? Maka ALLAh sudah menjawab,

“..ALLAh telah menetapkan ke atas diri-Nya kasih sayang..” – al An’am : 12

Mari kita didik hati. Kita mentaati dan menyembah ALLAh kerana sifatNya yang Maha Pengasih. Dan kita takut pada ALLAh kerana kemurkaan dan azabNya yang kita tidak akan dapat tanggung.

Keywords : Taat kerana cinta. Takut kerana azab.

Peringatan untuk diri saya terutamanya. Doakan saya.

Semoga ALLAh merahmati.


sumber: cintailahi.com

Friday, November 19, 2010

Beruntungnya menjadi isteri :)





Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

sumber : http://petua.org

p/s : wah2. teet. (-_-)

Kisah Si Pemotong Kayu





Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku.”

Adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.”

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ….

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau.

Berapa banyak harta yg kita ada? Bayangkan … baju2 kita yg “18 kodi” kat rumah tu. Blm lagi cite stok baju2 lama yg terperosok dlm almari.. Berapa lama lah agaknya kita nak kena soal nanti?

Tuesday, November 9, 2010

Rapuhnya tali itu..


Adat sesebuah kehidupan.Ada ketika gembira, ada ketika sedih ada ketika berduka lara. Kadang-kadang saya sendiri tidak memahami apa yang sedang saya alami.buntu. seolah-olah satu virus yang entah dari mana yang singgah masuk ke dalam diri. mungkin benaran. muasabah diri. lebih baik berdiam diri. kenapa mesti berdiam diri? sebab "sayang kawan, tinggal-tinggalkan" (-_-) ada kala mahu bersendirian, ada kala mahu burgumbira bersama mereka-mereka. masih tidak dapat menerima apa yang dilakukan. maaf. hipokrit? kenapa mudah sangat menghukum seseorang? sayangnya ukhwah ini tidak tergambar. hanya Allah sahaja mengerti perasaan ini.

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" [Surah Az-Zukhruf 43 : 37]

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" [Surah Az-Zukhruf 43 : 62]

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

p/s: post ini mungkin tidak bermakna kepada beberapa pihak. maaf.

Friday, October 8, 2010

Hikmah di sebalik penyakit.


smalam petang, sekali lagi ke klilik utm untuk mengambil result ujian darah kali ke-2 (full blood). dari pukul 2 stengah petang sanpai pukul 5, satu tempoh yang agak lama. tiba giliran nombor 43. masuk berjumpa doktor. Dr laili kalau tak silap nama dia. dia cek keseluruhan result. dan keputusannya.....

________traits should be considered. Please do ___________Studies.

ya allah. doktor dapat kesan sesuatu. sesuatu apa? ketika itu jantung berdegup kencang. air mata dah mula menitik. d

then dia suruh pergi sekali lagi ke lab belakang. ambik darah untuk kali KETIGA. kenapa sampai 3 kali kan kene ambik darah?

ya. ujian untuk memastikan sekali lagi sama ada berkaitan dengan penyakit____________

lepas dapatkan penerangan dan penjelasan doktor, ambik ubat terus call mak. air mata dah tak tertahan. mak mana yang tak terkejut bila dapat tau dapat kesan perkara macam ni. kawan2 apa lagi. berapa ramai dah tanye. semua sebab pengsan haritu.

tadi ada tengok risiko penyakit ni antaranya ; Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limapa, Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).


KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BACA ENTRY NI, MOHON DOA AGAR KESIHATAN SAYA KEMBALI PULIH, AGAR SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGANNYA..YA ALLAH..

MANUSIA HANYA MAMPU IKHTIAR, HANYA ALLAH MAMPU MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT..

Dalam Surah al Baqarah ayat 155 - 157, Allah berfirman, yang artinya :
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang bila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh halawat dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."


“Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali).” (asy-Syu’araa`: 80-81)

Friday, October 1, 2010

something wrong.




pagi tadi g kelas larik ngan hanis naik basikal. best. hari ni hari kedua. minggu lpas first time bengkel larik . pastu encik faizal bahagikan kumpulan. satu kumpulan 3 orang. group kitorang ngan asyraf n bina. teruja kot nak buat. ye la hari-hari dok kelas dgar lecturer, tapi kali ni kitorang kene buat praktikal. memang la best. al kisah time tengah buat larik selari, tiba-tiba rasa mata macam kabur-kabur. tapi saya abaikan je sebab bende biasa kan. pastu kabur ni dah semacam. oksigen tak naik kat kepala. pastu buat bodoh je. konon-konon g tolong dorang la kt mesin. pastu cakap kat hanis " hanis, rasa macam nak pengsan, kabur la mata"

Hanis : " eh, duduk la. ni berdiri lama sangat kot. nak kata tak makan, pagi td makan kan ?". dua tiga saat lepas tu.

tuuuuuuuup. dah tak ingat apa yang berlaku. sedar-sedar semua dah kerumun kat kerusi. sakit kepala ya ampun. hanis cakap
" tadi bella jatuh. pengsan dah. kepala terantuk kat lantai tu"

semua lecturer ngan staf yang ada kat situ siap panggil ambulan. dah cakap tak nak. tak de ape2 la. konon-konon bangun balik nak tgok dorang buat larik. sekali ambulan datang. ya allah. time tu jina kene serangan jan tung dia. sesak nafas. sekali bawak dia g klinik. serius ini first time pengsan dan tak tau ape sebabnya.

sampai kat klinik, mintak maaf saya terpaksa cakap. pengurusan pejabat klinik sangat teruk. saya tak nak cakap apa yang berlaku. biarlah mereka sedar apa yang berlaku tadi pastinya akan menjadi buah mulut pesakit seterusnya.

dah check semua : tekanan darah rendah. g ambik darah. cucuk. minggu depan baru dapat result. dokter cakap mungkin ada kaitan dengan jantung. pastu dokter ada tanya : kamu strees ke?. err. tah la dokter. ye kot. '_'


p/s: mohon doa semua ye..( kepala masih berdenyut2. benjol.) huhu

Tuesday, September 28, 2010

Allah Memanggil Kita Hanya 3 Kali Saja Seumur Hidup




Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'



Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

1) 'Panggilan pertama adalah Adzan, ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.



Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......



Ibu melanjutkan,

2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.

Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.



Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...



3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'



Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:

' Pertama, orang yang meninggalkan sholat

Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.



sumber daripada seorang sahabat FB ;)

Wednesday, September 22, 2010

"Bertahanlah..!"


situasi sekarang:

orang kata kalau nak kurangkan rase "down", selalulah membusykan diri dgn apa2 perkara. itu yang saya cuba buat. tapi situasi sekarang, busy yang teramat. bukan sahaja dgn program kolej, lain2 program tersangatlah banyak. dengan program upsi yang tak habis2 nak pressure orang. program unvsiti nya lagi. dan program kolej yang gila kentang!.

hari ni. tak pernah2 buat bende yang sangat banyak sekaligus dalam satu hari. rase kalau tak wujud sabar dalam diri tu, dah lama kot jadi sebahagian penghuni kat Tanjong Rambutan tu. na`uzubillah. semalam boleh pulak nangis time tido sebab terlampau pikir pasal bende2 yang xsetel lagi ni. sedar pukul 4.15 pagi, mata semacam nak bengkak, ada kesan2 basah air mata. bolek pulak gitu eh. pagi tadi, time meting ngan seseorang, meleleh lagi air mata ni. cuma satu ayat dia " Bertahanlah!." perkataan itu keramat sungguh sehingga menyebabkan saya bisa menitiskan air mata.

petikan daripada buku "La Tahzan.."

La Tahzan. Janganlah bersedih.
Kerana ada yang lebih menyedihkan dari apa yang harus kita lalui.
Kerana kita diturunkan ujian atas dasar cinta dan kasih Allah swt kepada kita.
Kerana kita bakal dibuktikan kita tidak pernah berseorangan.
Kerana ujian bukan diturunkan untuk kita meratap meraung tetapi untuk kita mengingati Tuhan.
Kerana sebalik semua dugaan dan ujian, ganjaran dijanjikan.
Kerana hanya yang tabah bisa melalui dan meneruskan perjalanan.
Kerana ujian menguatkan kita hari demi hari.
Kerana kesedihan hanya membawa kemudaratan.
Kerana kesedihan tidak menjanjikan ganti semula kebahagiaan.
Kerana yang pergi tidak akan kembali lagi dengan kuasa Ilahi.
Kerana banyak lagi tanggungjawab lain perlu kita tunaikan.

Kadangkala melupakan dan melepaskan lebih baik dari mengurung dan menyimpan dalam perasaan.
Kesatkan air mata.
Bertahan lah.
"La Tahzan.."

n
{"misi" itu belum lagi tercapai. mohon doa semua ye. ]

Saturday, August 28, 2010

Antara Penyapu Lidi dan Vacuum


“Amin! Boleh tak sebatang lidi menyapu habuk di atas permaidani?” tanya Syukri penuh semangat kepada rakan sekuliahnya, Muhammad Amin.

“Ha? Mana boleh? Sudah tentu tidak.”
“Ahaa! Tepat sekali. Bagaimana jika beberapa batang lidi diikat bersama menjadi sebatang penyapu lidi?”

“Ya! Kali ini boleh. Ehh! Engkau nak buka perniagaan sambilan menjual penyapu ke Syukri?” tanya Muhammad Amin, kehairanan mendengar soalan rakannya itu. Mereka berdua ialah pelajar tahun pertama dalam subjek ekonomi di Universiti Muamalat Malaysia. “Subjek ekonomi yang engkau pelajari sekarang ini pun macam nyawa-nyawa ikan. Takkan nak buat bisnes pulak?” lanjut Muhammad Amin.
“Bukan buat bisnes. Saja nak bagi engkau satu perumpamaan.”
“Teruskan…”

“Kita umat Islam dituntut berusaha untuk agama dan umat. Akan tetapi jika kita berusaha secara berseorangan, hasilnya amat minimum…macam sebatang lidi yang digunakan untuk menyapu habuk di atas permaidani. Entah-entah takde hasil langsung!” “Owh! Menarik ni…teruskan…” jawab Muhammad Amin sambil menyedut jus Carrot susu di depannya. Jus tembikai Syukri kelihatan masih belum disentuh.

“Akan tetapi kalau kita berusaha dalam dalam satu jamaah, hasilnya jauh lebih baik. Satu jamaah umpama beberapa batang lidi yang diikat menjadi sebatang penyapu lidi, ia lebih berhasil untuk menyapu habuk di atas permaidani” jelas Syukri. Jus tembikai mula disedutnya, kepuasan terserlah di air muka setelah melihat Muhammad Amin mengangguk-angguk.

“Nanti dulu, ada lagi!”
“Apa dia? Teruskan…” jawab Muhammad Amin dengan wajah yang berseri-seri.
“Di antara sebatang lidi dan sebatang penyapu lidi, yang mana satu mudah dipatahkan?”
“Sudah tentu sebatang lidi. Ahaa! Engkau nak cuba buat perumpamaan yang kalau kita berseorang, kita mudah gagal berbanding kalau kita berjamaah, kita sukar gagal atau patah semangat?”

“Bijak sungguh engkau ni Min. Aku belum cakap engkau dah tangkap!”
Muhammad Amin membalas sederhana: “Takdelah bijak mana, setakat itu aku tahulah”
“Owh! Jadi engkau dah tahulah tentang jamaah yang aku nak jemput engkau ni? Kalau gitu tunggu apa lagi?”
“Hmm…adalah, susah sikit aku nak cakap. Bukan semua orang boleh terima.”
“Belum cuba belum tahu. Try me, I’m open, I’m cool man” balas Syukri sambil mula menconcongkan diri kepada Muhammad Amin.

“Bukan apa…perumpamaan penyapu lidi itu memang baik. Tetapi…tetapi setakat yang aku amati, habuk di atas permaidani tak disapu. Masing-masing jamaah hanya sibuk untuk mengetatkan ikatan penyapu lidi masing-masing.”
“Maksud engkau?”

“Masing-masing jamaah banyak memberi tumpuan kepada mengkader ahli yang baru dan memagar ahli yang sedia ada. Aktiviti demi agama dan umat amat minimum. Mungkin ada tetapi aku tak nampak pun.”
“Aku rasa engkau tak nampak kut…” balas Syukri sambil mula ke belakang, bersandar di kerusi plastik warung tepi jalan itu.
“Ada lagi yang aku nampak…engkau nak dengar ke?”
“Err…apa lagi?”
“Kalau pun penyapu lidi dah berjaya diikat ketat, aktiviti seterusnya ialah berlawan pedang antara sesama jamaah. Penyapu lidi umpama pedang.”
“Isyy! Mana ada kita main pedang?”

“Ada, itu hanya kiasan. Perhatikan antara berbilang jamaah, berlaku fenomena saling mendengki, saling memfitnah dan saling bersaing secara negatif. Aktiviti ini lebih diberi tumpuan berbanding menyapu habuk di atas permaidani.”
“Ahaa! Itu aku tak setuju. Jamaah yang aku join semuanya OK. Semuanya baik, semuanya teratur lagi kemas. Yang engkau cakap itu mesti jamaah-jamaah yang lain. Mereka itu memang berterabur…samseng pun ada!”

“Inilah yang aku maksudkan. Engkau menganggap jamaah engkau yang terbaik, orang lain menganggap jamaah dia yang terbaik dan begitulah seterusnya. Akhirnya berlawan pedang siapa yang terbaik, habuk masih belum disapu.”

“Habis engkau apa beza? Engkau tidak menyertai mana-mana jamaah, engkau hanya sebatang lidi yang tidak menyapu apa-apa habuk juga!” tegas Syukri, nadanya sudah berubah sikit, lebih tinggi daripada sebelumnya. Ketulan ais dalam jus tembikainya sudah mula cair.
“Islam ini luas, Islam ini lapang, ada pelbagai sarana dan jalan. Seseorang itu bebas memilih cara yang efektif untuk dia berusaha demi kebaikan agama dan umat. Jangan memenjarakan diri dengan satu sarana aje.”

“Habis engkau guna cara apa?” tanya Syukri tidak sabar.
“Aku guna vacuum cleaner. Penyapu lidi dah ketinggalan zaman daaa…!” balas Muhammad Amin tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Syukri.

Begitulah perupamaan-perumpamaan yang dipaparkan di dalam buku tersebut yang sedikit sebanyak berlaku dalam kalangan jemaah-jemaah Islam pada hari ini. Semoga menjadi pengajaran dan panduan bagi kita semua dalam menyebarkan risalah Allah SWT. Untuk bacaan lanjut antum boleh beli buku itu atau baca sedikit dalam laman web yang ana letak di atas tadi.. Wallahu'alam.


copy from http://allinonestand.blogspot.com

Monday, August 23, 2010

Tenanglah Jiwa, Damailah Hati..




hari berganti hari. tanpa disedari kita sudah hampir kepada pertengahan ramadhan. terasa sayu seketika. jemaah yang bersolat jemaah dan terawih di masjid pula semakin lama semakin maju ke depan ( berkurang). alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan untuk bersama2 berterawih, bertadarus bersama jemaah yang lain.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan dan salah seorang manusia itu mungkin saya dan mungkin anda. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya. Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.

Di sinilah kita perlu memujuk diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati.

Teringat kata2 ustaz khairuddin semasa di masjid tadi." manusia ni imannya bertambah dan berkurang. iman manusia tak akan naik je. kalau sentiasa naik tu, malaikat dan para nabi. begitulah apabila di awal ramadhan,masing2 bersemangat. lautan manusia sibuk membanjiri masjid2 berdekatan. tapi apabila sudah naik ke minggu kedua,dan seterusnya. masing2 dah kurang semangat, buat yang fardhu je. sedikit demi sedikit jemaah yang hadir. akhirnya tinggal bilal dan imam sahaja" seloroh ustaz. hehe.

apabila saat semangat itu hadir, wah! berkobar-kobar, bahagia. tapi apabila fasa semangat itu jatuh, down seolah-olah seperti kehilangan sesuatu. hati resah, gelisah, kemalasan melanda. begitu juga saya dan anda sekalian.

tekanan demi tekanan diterima.

kebekangan ini, saya sedang berhadapan dengan fasa yang paling tidak disukai( down).allah, besar sungguh ujian dan dugaan yang Kau berikan kepadaku.. terlintas di fikiran,Tidakkah kita hairan melihat Hamzah bin Abdul Muttalib RA? Dia mati di medan Uhud. Bahkan mati dalam keadaan yang amat mencucuk jiwa. Hatinya dimamah dan tubuhnya dilapah-lapah. Hidung dan telinganya dipotong. Hingga Rasulullah SAW juga menjeruk rasa bersedih hati, hingga Rasulullah SAW terpaksa menghalang makciknya Safiah bte Abdul Muttalib dari melihat Hamzah.

Kita hairan. Apakah yang membuatkan mereka kekal tabah? Bahkan bukan semata-mata tabah bertahan rasa. Mereka terus tulus berjuang menegakkan agamaNya.

Apa yang menggerakkan mereka? Apa yang mencuci kelukaan mereka apabila ditimpa kesukaran demi kesukaran? Apakah yang merawat jiwa mereka? Saya tiada jawapan lain melainkan keimanan yang sempurna kepada Allah SWT.

saya sedar, saat kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.

Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.
Tenanglah jiwa, damailah hati.

Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.

Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.

juga, mohon doa kalian semua supaya saya dapat kembali aktif, kembali bersemangat masih bisa bernafas di atas bumi ciptaan Allah ini dan masih bisa memikul "bebanan' ini.insyaallah. ayuh, stand up!.

credit to langitilahi.com

Wednesday, August 11, 2010

ahlan wasahlan ya ramadhan..




syukur, alhamdulillah pada saat dan detik ini saya masih diberi peluang olehNya untuk bernafas dengan sempurna di atas muka bumi ini. hari ini- 1 ramadhan 1431 hijrah bersamaan 11 Ogos 2010. cuaca yang sungguh baik sejak dari semalam.

subhanallah. hari2 ku berlalu dengan pelbagai aktiviti dan program. setiap hujung minggu ada sahaja ke sana ke mari. hari ahad yang lalu, saya telah mengikuti satu mesyuarat bersama masjid dan beberapa ahli KSS dan PMi. meeting yang agak lama bermula dari jam 9.30 pg hingga 3 petang. huhu. dijamu pula dengan nasi lemak dan nasi beriyani gam yang sungguh enak :) alhamdulillah. mesyuarat yang mana membincangkan pelbagai isu dan perancangan aktiviti sepanjang bulan ramadhan. dan pada hari itu juga kami diberitahu mengenai majlis pelancaran bulan penghayatan al-quran dan forum ramadhan pada esok harinya (isnin). on the spot, diberi tugas menjadi biro multimedia menyediakan montaj, poster, backdrop. huhu. jadi bidan terjun seketika.

dan ketika itu saya usulkan kepada Ustaz K (Khairuddin) untuk menumpang satu program yang kami rancang iaitu ( Pelancaran Tabung "UntukMu Palestin"). alhmdulillah, lega rasanya apabila selesai sahaja pelancaran tabung itu berlangsung. dan saya kira itu adalah titik permulaan saya kepada "misi" yang saya cuba sampaikan kepada mahasiswa khususnya. mohon doa daripada semua supaya misi ini berjaya. ;)


kelmarin, buat pertama kalinya melaksanakan solat di Masjid UTM IC yang baru. subhanallah. sukar digambarkan perasaan ini.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.



selamat berpuasa..;)

Wednesday, May 26, 2010

" Kenapa kita beramal? " : kerana Allah adalah penghitungnya...


Kenapa kita beramal sebegitu rupa? Kerana Allah adalah penghitungnya. ~ picture by reactivatezul of Deviant Art

Kenapa kita beramal sebegitu rupa? Kerana Allah adalah penghitungnya. ~ picture by eactivatezul Deviant Art

Kadangkala, ada orang mempersoalkan mengapa kita perlu ikhlas. Kenapa tak boleh berbangga-bangga dengan kejayaan. Kenapa tidak boleh mendabik dada. Ada pula yang mempersoalkan, mengapa kita tidak boleh sekadar baik di hadapan orang, di belakang kita buat hal yang kita suka. Ada pula yang mempersoalkan mengapa kita perlu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja. Ada yang mempersoalkan mengapa kita mesti sangat menjaga diri, menjauhi maksiat dan kena usaha selalu buat kebaikan.

Macam-macam lagi persoalan yang timbul di sekitar medan amal.

Jawapannya hanya satu.

Sebab yang nak hitung amal kita adalah Allah. Bukan orang lain.


Tiada siapa yang mampu menghitung seperti Allah meghitung

Kesedaran utama yang diperlukan oleh manusia adalah, Allah itu berada di luar liga saingan manusia. Allah itu berada di satu peringkat lain, dan peringkat itu takkan mampu dicapai oleh manusia. Adalah logik perkara ini kerana Allah adalah Tuhan, Pencipta, dan bagaimana agaknya Tuhan itu boleh disaingi? Tidak tersaing adalah ciri-ciri Tuhan yang sebenar.

Begitulah Allah tidak tersaing juga dalam hal perhitungan.

Tiada siapa mampu menghitung sebagaimana perhitungan Allah.

Perhitungan Allah sangat tepat. Tidak akan terlepas daripada Allah walau perkara sebesar zarah.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.

Perhitungan Allah yang sangat ketat demikian, membuatkan orang yang ingkar di akhirat nanti, bila melihat Allah menghitung amal manusia di Padang Mahsyar, mereka berkata bahawa mereka ingin menjadi tanah.

“Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang Telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata:”Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah”. Surah An-Naba’ ayat 40.


Sebab Allah yang hitung, sebab itu kita tidak berputus asa

Sebab Allah yang hitung segala amalan kita, sebab itu jugalah kita di dalam beramal tidak berputus asa. Mengapa demikian?

Hal ini kerana, tiada yang mampu sabar sebagaimana sabarnya Allah kepada hamba-hamba-Nya. Allah bukan penghukum yang tidak memberikan peluang. Allah sentiasa membuka peluang.

Allah SWT Maha Penyayang dan Maha Mencintai hamba-hamba-Nya yang berusaha.

Lihatlah kepada pembunuh 100 orang yang akhirnya ke syurga. Bagaimanakah Allah melayan sikapnya yang tidak berputus asa dengan rahmat Allah?

Sebab itu, di dalam beramal, saat kita kejatuhan, kita tidak berputus asa bahkan berusaha bersungguh-sungguh untuk naik semula. Kita tidak rasa malu nak bertaubat berulang kali. Kita tidak rasa malu hendak mengadu kepada Allah akan keaiban diri. Kita tak rasa malu hendak berusaha sampai mati walau tak pernah berjaya sekali pun.

Sebab yang menghitung adalah Allah.

Allah bukan penghitung yang zalim. Allah bukan penghitung yang terburu-buru. Allah bukan penghitung yang pandang satu sudut sahaja. Tetapi Allah adalah penghitung yang adil. Allah adalah penghitung yang sangat tepat perhitungannya. Allah melihat manusia bukan luaran sahaja bahkan dalaman juga. Hatta perkara tersembunyi seperti niat, gerak hati, harapan, cita-cita, semuanya di dalam hitungan Allah SWT.

Oleh kerana Allah adalah penghitung kita, sebab itu kita tiada rasa hendak berputus asa. Tambahan, Allah benci mereka yang berputus asa.

“Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Az-Zumar ayat 53.

Penutup: Faktor penting bagi kedisiplinan, indikator utama buat kejayaan

Apa kunci kedisiplinan diri? Saya akan menjawab – Hubungan dengan Allah.

Bagaimana hendak berjaya? Saya akan menjawab – Hubungan dengan Allah.

Bukanlah hubungan dengan Allah, adalah kita duduk atas sejadah semata dan mengurung diri di dalam masjid sepanjang masa. Tetapi hubungan dengan Allah ini adalah kita merasa kewujudan Allah setiap masa, setiap tempat, setiap ketika. Kita rasa tidak terlepas daripada-Nya, kita rasa dekat dengan-Nya, dan kita rasa Allah Maha Tahu apa yang dilakukan oleh kita.

Ini akan membentuk disiplin sekaligus menyah kemalasan. Ini akan menggerakkan kejayaan sekaligus menerajang kegagalan. Apakah kegagalan itu? Kegagalan adalah apabila kita berputus asa. Menjadi seorang yang berusaha walau tak dapat apa yang hendak dicapainya hingga mati pun, itu adalah satu kejayaan.

Dan kejayaan hakiki yang kita mahukan adalah – Diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Itulah dia kejayaan sebenarnya.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” Surah Ali Imran ayat 185.

Maka, kita beramal dengan bersungguh-sungguh.

Sebab kita tahu, Allah yang menghitung. Bukan yang lain.



sumber : karya Hilal Asyraf ww.langitilahi.com

Maha Melihat..





seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata...


Sunday, May 9, 2010

Perhimpunan Perdana Palestin






visual kurang memuaskan ; kamera henset buruk je..


Keputusan utk ke perhimpunan ni sebenarnya dibuat last minit. pagi td bru konfm. tu pon mmg xsangka akan pergi jugak. saje ajak2 yati, rupa dia berminat nak g. so, ape lg. alhamdulillah, allah izinkan saya utn menjejakkan kaki ke program ni. mungkin ada hikmahnya tidak ke program itu. ada sebab. bukan sengaja. tapi tidak bisa diungkapkan mengapa. maaf..Berbalik kepada perjalanan kami tadi.

tepat jam 4 petang, kami bertolak dari tg karang . tiba di perkarangan stadium jam 5. 45 ptg. kemudian meninjau-ninjau booth2 jualan yg ada. sempat juga membeli 2 pasang t-shirt muslimah. sgt lawa! harga juga berbaloi. mcm teruja nk beli semua. ada satu baju memang berkenan sangat, tapi xdpt nk beli sbab ongkosnya ngak ada.huhu. then, ke booth HALUAN. dpt la beli satu ape nama tah yg letak kt leher tu. "mapley" kot. ( tak tau ape nama) huhu.

pukul 6 stgah masuk ke dalam stadium. oh! sangat gempak bunyi sound music. masuk2 je dah dengar Shoutul Harokah nyanyi. tapi sayang. dapat dgr 3 lagu sahaja. itu pon yg last. huhu. tapi, xpe. melihat keterujaan anak2 kecil yg begitu bersemangat. mengibarkan bendera palestin. melontarkan kebencian terhadap rezim zionis laknatullah dengan begitu semangat sekali. meremang bulu roma tatkala itu. rasa macam nak je ikut sama ke depan. satu ayat yg membuat saya terpana seketika apabila salah seorg anggota ShouHar berkata " jihad itu bukan sesuatu yg menyakitkan.." hmm. thats right! take this.

pukul 7 mlm, mini konsert itu berakhir. solat magrib secara berjemaah di dalam stadium satu perkara baru yang saya alami. subhanaallah..penuh satu stadium. sampaikan sof lelaki melebihi kawasan sof muslimat. bayangkan ada muslimin yang solat bersebelahan sof kami..

setelah habis melakukan solat secara berjemaah,program diteruskan dengan ucapan daripada Presiden Haluan Malaysia dan ada 3-4 org lagi. xingat nama. kemudian diselng-selikan dengan persembahan daripada kumpulan Raihan, InHeart dan Muadz. selesai sahaja persembahan Muadz dgn lagu Stand Up, kami berangkat utk pulang. jam sudah mnunjukkan 10 malam. takut lewat pulak nanti. terserempak dengan Bro AO (Abdullah Omar) yg jadi motivator Raudatus Sakinah time Program "Atas Nama Cinta" hritu. huhu.

overall, alhamdulillah..syukur. syabas dan tahniah kpd krew "LIFELINE FOR GAZA" anjuran HALUAN Malaysia. teringat kata2 Che Imran (Kumpulan Raihan) tadi, "program2 seperti ini di Indonesia sudah menjadi kebiasaan". smoga usaha antum ini sentiasa mendapat keberkatan allah dan menjadi pembakar semangat kepada remaja2 khususnya dalam menyampaikan Islam kepada masayarakat akan datang. saya sendiri ada terlintas untuk menjayakan program seperti ini di kampus. semoga perjuangan ini tidak terhenti di sini. teruskan, insyaallah. sayunya rasa hati mengenangkan saudara2 kita di sana. apa nasib mereka..sudahlah disekat dengan pelbagai halangan. sasaran mereka kanak2 kecil yg tidak berdosa..ya allah..


p/s: nak join mercy g Gaza..sebak tgok klip video tadi pasal palestin..

Wednesday, April 28, 2010

SAYA SUDAH BERTUNANG





Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"



Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.



Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.



Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.



"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.



"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.



Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."





Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.



"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~


copy from http://noorfarzananoordin.blogspot.com/ :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10