Pages

Sunday, February 13, 2011

IZIS? siapakah?



Tidak semua bende yang kita minat, mampu membuatkan orang lain juga minat. begitu juga minat saya terhadap industri hiburan nasyid. tidak semua kawan saya berminat dengan nasyid. minggu lepas ada kawan bagitau pasal konsert Izzatul islam kt UM. tau tak Izzatul Islam ni sape? try google. dapatla jawapannya.

perjalanan mengambil masa satu jam melepasi 11 stesen lrt daripada damai ke stesen universiti secara seorang diri.huhu. nekad nak pergi sebab ada kawan kat sana. ni dia. yana dan shikin. pemandu pelancong selama setengah hari di UM.


Shikin-yana

first time jejak sana, cuak jugak la. suasananya macam utm skudai. berbukit-bukit. dalam kampus pon kene naik teksi. huhu. dalam poster program , dorang cakap kat Institut Europe. berjalan kakilah kesana dari kolej shikin(kolej 12). peluh2 jalan. sampai2 je bangunan tu. aik! asal takde orang. mesej ajk program. rupenye dorang da tukar tempat ke Auditorium KPS. huh. pusing lagi sekali. kebetulan time tu ada dua orang abang ni. tgah carik2 jugak. dan yang pasti seorang tu muka mmg familiar. tapi siapa eh? musykil2. siap ana enti lagi.mcm kenal. ni mesti orang2 kuat pmi. student upm kot. ohoh. abaikan2.

sampai je kt auditorium, masing2 macam terkejut sedikit. sebab ape? sebab MAJORITI yang datang orang Indonesia. haha. kelakar.dengan masing2 pakai baju batik indon. hanya KAMI yang tang2 nampak macam orang Malaysia. beli tiket, kemudian dapat makanan yang mengingatkan saya sewaktu berada di Padang, Indonesia tahun lepas. huhu. sejibot! dgn bekas kotak tu, dgn karipap tu. kenangan2. ~
cuba carik rambut mana yang lain drpd yg lain. hehe


konsert bermula dengan ucapan2 aluan dan sedikit montaj. memang suasana dalam auditorium itu seperti di Indonesia dengan skrip MC dan segalanya menggunakan pertuturan bahasa Indonesia. nak memahami bahasa dorang tu cukup memakan masa.huhu. banyak juga lagu yang dimainkan. dengan laungan takbir yang cukup bersemangat bergema di dalam dewan auditorium! kata-kata semangat dan seruan jihad cukup membuatkan masing2 seperti "speechless". lagu-lagu terakhir yang disampaikan seperti "Selamat Tinggal Sahabat" membuatkan hati ini sebak tatkala melihat salah seorang ahli group IZIS (Izzatul Islam) tidak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata. lagu ini cukup bermakna bagi saya.satu hari nanti pasti ungkapan "selamat tingal sahabat" itu akan terucap. pasti..

p/s : nantikan the next konsert :D

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10