Pages

Friday, June 29, 2012

Rencah Kehidupan: Amal


Salam Jumaat yang indah lagi barakah, Penghulu segala hari <3


Semalam sempat 'call' mak . harini sudah masuk seminggu mak, atuk dan nenek berada di tanah suci. Berbeza sedikit dengan semasa saya ke sana bulan lepas. Pakej yang dipilih mak ni, rupenya terus direct dari Malaysia ke Makkah, transit 10 minit di Doha. Sampai di Makkah, letak barang , makan dan terus bersiap untuk menunaikan umrah pertama. Alhamdulillah semua sihat, masih diberi kekuatan untuk beribadah. Mak kata penginapan kat Hotel Rayyan, jarak lebih kurang 20 minit ke Masjidil Haram. Cuaca sudah mencecah 50 lebih darjah celcius. Moga mereka diberi kekuatan untuk meneruskan kembara ibadah ini. Ameen.


Habis exam, terus berkemas untuk pulang ke kampung halaman. Oleh kerana saya sudah berjanji dengan adik-adik junior di UTM,KL untuk singgah sebentar, maka saya luangkan satu hari di sana. Diari rindu bersama mereka terubat jua akhirnya.




Alang-alang turun KL, saya mengambil keputusan untuk keluar membeli sedikit barang. Menaiki LRT dari Damai ke KL Sentral. Mungkin sudah jadi 'habit'. Saya gemar sekali memerhati karenah dan gelagat manusia.Sambil berdiri dengan menyandarkan badan ke sisi pintu, di satu sudut pandangan saya tertumpu kepada seorang pemuda lingkungan 20-an sedang bertadarus al-Quran. Mushaf itu dipegang erat sekali. Halwa mata dijamu dengan pemandangan sebegini, sejuk rasa hati. :)


" Next station : Kampung Baru"

Seorang ibu muda  memimpin  tiga orang anaknya masuk ke dalam LRT. Kerusi yang ada semunya sudah penuh. Di sisi kanan, duduk anak-anak muda yang sedang asyik mendengar muzik, di sebelahnya, anak muda yang sedang rancak berbual sesama sendiri. Di sisi kiri pula, duduk seorang wanita yang sedang asyik bermain ipad. Ibu muda itu kelihatan letih dan sepertinya memerlukan rehat. Alhamdulillah, di satu sudut yang lain pula, seorang pemuda berkaca mata dan berkemeja tampil memberikan kerusi yang diduduknya sebentar tadi kepada ibu muda itu. Seorang pemuda lagi bangkit mempelawa anak-anaknya pula untuuk duduk. Allah. Kebaikan yang kecil itu mampu memberi kebahagian kepada orang lain. Nikmatnya hidup. Menjadi seorang yang bahagia dan mampu membahagiakan orang lain.



Dalam LRT pun kita boleh tambah amal .  (>_<) 



"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia."




Ayuh Al-Kahfi seround :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10