Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.
Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.
Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.
Apakah reaksi pihak berwajib??
p/s: membara je bila tengok video ni!
4 comments:
Manusia akhir zaman, semua perkara dijadikan bahan bersenda...... Bila dah turun murka sang pencipta mulalah tertanya-tanya kenapa.... masa tu semua dah tak guna... emmm =,=
astaghfirullah... tak tau pulak ada rancangan tu. Tak pernah tengok. Dia tak salah 100% sbb pengarah pun ada tanggungjawab bila mengarah. Seolah2 dah tak ada bahan lawak lain agaknya. Memang baran tengok video tu.
tak kan bab agama pun nak bawa main artis-artis ni,nak buat lawak pun agak-agaklah..ni bukan lawak tapi hinaan.
tsunami jadi dok kaji itu ini macam mana ia terjadi bukan kenapa ia terjadi direnung balik.
ni bukan lagi lu pikir la sendiri tapi lu ada otak dan akal jangan letak kat lutut ( ditujukan kepada mereka berkenaan ).
mohon kongsi cik nabila...
Post a Comment