Pages

Tuesday, December 29, 2009

Hijjaz- tanpa agama


Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahgia

Agama islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada tuhan kecuali allah
Tuhan yang esa lagi pemurah
Nabi muhammad utusan allah
Hindarkan dari jalan yang salah


tgah dok tgok2 lagu ape nk pasang..hati tertarik nk dgar lagu ni..mcm2 perasaan bila dgr lagu ni. td baru je terserempak dgn seorang adik junior tu. blok mane,dirahsiakan..saya gelarkan beliau sbg "Siti " je la. bukan nama sbnar ye. time nk mandi ptg td, terserempak dgn siti ni turun blok nk kuar. sedih, sbab pakaian dia..dan paling mnyedihkan dan mngjutkan, dia tindik kat atas kening..bukan bangsa cina @ yg lain tapi ISLAM..dgr cite, dia tindik sbab pakwe dia tindik . pakwe dia tindik sblah kiri, dia tindik blah kanan..xtau laa..pegi kelas mcm nak pergi berenang. sya sendiri sebenarnya masih tiada kekuatan utk menegur seseorang, wlaupun sya tau bnde yg dia buat tu salah. sukarnya mngur kawan yg rapat dgn kita berbanding kawan yg tidak berapa rapat sgt dgn kita..

*to be continued....

Thursday, December 17, 2009

MAAL HIJRAH


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah



Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”


Doa Awal Tahun


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.
Bertemakan “Menjana Ummah Gemilang” diharapkan ia memberi sinar baru untuk semua, Insyallah..

* copy daripada alamsetia.blogspot

Monday, December 7, 2009

DIARY EKSPIDISI DAKWAH ORANG ASLI (XPDC D0A) 09




bersama Joe dan Izwan

time ziarah kampung, platik2 biru tu, bju bundle yg nk diagihkn.

rumah org asli yg ori lagi, semua drpd buruh. sejuk..
!
time mewrna



makcik ni antra org islam kt sini.namanya Kunden xsilap. serius je muke.

sebelum btolak


salam.maiga?(apa khabar dlm bhasa org asli).alhamdulillah jam 10.15 malam tadi, smua ajk XPDC DOA seramai 30 orang selamat tiba di bumi kuala lumpur ni. selama 3 hari bermalam di perkampungan orang asli, begitu bnyk pengalaman,suka duka yg kami perolehi.

kami tiba jam 12. 10 tghri. setiba shja di sana, keadaan sedikit kelam kabut untuk menyiapkan mknn tgahri dan persiapan majlis perasmian. alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun penghulu kampung tu xdpat hadir. selesai shaja mjlis perasmian, smua ajk dibahagikn kpd beberapa kumpulan untuk menziarah penduduk kampung. majoriti org asli di perkampungan orang asli ni adalah daripada kaum Semai dan beberapa keluarga dari kaum Temian. kumpulan saya smpat mnziarah 2 buah rumah pada ptg itu. org asli di perkampungn ni kbnyknnya beragama kristian dan ada yg tiada agama langsung. cuma 40 org shj kalau xsilap pnduduk yg beragama islam. ianya memberi cbrn yg besar kpd kami untuk merealisasikan matlamat program ini.

pada mlmnya, satu tayangan filem kanak2 (Geng) ditayangkan. smbutan cukup mnggalakkan. ramai yg hadir pada mlm tsebut. saya smpt berkenalan dgn beberapa knk2 disitu, antaranya Joe, Izwan, Mizah, Yoslinda, Yoshimah. dan ibu2 antaranya kunden, kak ida, mirna cristie dan mbah yong. pmalu mereka ni. hehe..ajk perempuan bermalam di rumah Ustaz RAzak (JAKIM), dan ajk lelaki di surau.

hari kedua, slot pemantapan akidah dan bengkel solat dijalankan utk kaum ibu yg beragama islam. terkilan juga rasanya kerana mereka kebanyakannya tidak tahu bersolat, berwuduk lagi kan pula membaca al-quran. tapi keinginan mereka utk mndalami islam, cukup menggembirakan kami. ketika itu juga, aktiviti sukaneka utk kanak2 diadakan. cukup meriah lagi sambutan, ditambah dgn celoteh Zul yg cukup digemari kanak2. jam 3 ptg, slot ziarah kampung pula dijalankan. teringat peristiwa ketika dikelilingi anjing semasa kumpulan kami menziarah sebuah rumah.al ksah, . sampai shj di sebuah rumah , beberapa ekor anjing di bawah rumah tersebut tiba2 mnyalak.tekejut masa tu. smpaikan satu tahap di mana, dlm 5-6 ekor anjing mengelilingi kami. Ya Alllah..takutnya bukan main. sampaikan nak menagis time tu. sy mnguatkan juga smgt masuk ke dlm tumah tsebut, kerana tuan punya rumah sudah mnjmput kami.. terlalu bnyk anjing di kawasan perkampungan ini. takut sbnrnya, najis2 bersepah2 di mana2.

last day, kenduri sekampung diadakan. semua ajk berpenat lelahketika itu. makanan xputus2 dimasak. begitu ramai yg hadir. ajk sendiri ada yg xsempat utk mnjamah makanan..selesai shj majlis pnutupan , tamatlah program ni. waktu tluang yg ada, sya dan Pinah mngambil ksmptn utk mandi di sungai ( pateo dlm bhsa asli)..overall kseluruhan program alhamdulillah berjalan lancar dan sgt best!:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10