Pages

Monday, November 29, 2010

Seharian di Expo MAHA











dah lama sebenarnya dapat tau pasal MAHA ni. akhirnya, dapat jugak pegi. tak taulah. macam teringin sangat nak pegi. huu. agaknya memang jodoh dgn pertanian lah kot. insyaallah kalau ada rezeki dapat sambung belajar, memang nak ambik bahagian pertanian. tak pon bahagian usahawan. insyaallah , kalau ada rezeki. huu.

berbalik kepada cerita di MAHA. pergi berempat dengan adik-adik junior.dengan Ara, Nona dan Ila. haha.tah lah, kebelakangan ni dah macam rapat gile dengan junior, awet muda la katekan.haha. kata orang dulu-dulu, kawan dengan orang lagi muda, kita akan nmpk lagi muda. betul kah? .haha.biasalah orang tua-tua cakap.hehe. kami bertolak pukul 10 setengah pagi. ambik ktm dari kl sentral terus ke serdang. dari stesen serdang tu nak ke tapak Expo MAHA, masing-kmasing bingung nak naik apa.dengan tengahari panas terik. pergi tahan teksi. first teksi nak charge 40 ringgit. mak aiih. mark up bukan main. then. tahan teksi lagi satu, RM 24. hm.ok lah kot. daripada RM40. lagipun 4 orang.huu. excited punye pasal, sanggup tuu.

sampai kat sana, teruja kot. tempat besar giler. agak-agak satu hari tu berape kilo lemak dapat dikurangkan. yelah. berjalan sakan sampai ketar-ketar tempurung lutut nih. round-round booth. banyak bende belajar, banyak bende-bende baru. cara-cara nak jadi usahawan berjaya. bagi saya expo seperti ini sangat bagus untuk pelajar bukan sahaja untuk pelajar dalam skop pertanian sahaja, tapi untuk semua. sangat bagus! berniaga kambing, lembu mendatangkan hasil sungguh lumayan. permintaan orkid dan rosell sangat menggalakkan daripada luar negara !. pembuatan coklat tempatan sudah setanding dengan coklat2 komersial yang popular seperti Cadbury, Ferero Roshe. alhamdulillah. rezeki murah. sepanjang melalui booth2, ada sahaja tester makanan dan minuman yang ditawarkan. huhu.

walaupun hujan di waktu petang, itu tidak mematahkan semangat kami untuk meninjau booth2 yang ada ! huhu. sempat juga kami meninjau di bahagian Karnival Sua Rasa TV9 yang turut serta di tapak expo ni. sempat singgah di booth Halaqah. waktu itu ada aktiviti menulis khat. jadi, apa lagi. saya dan Ila turut mengambil bahagian. saja suka-suka. sekali bila pengumuman pemenang. Saya dan Ila berjaya mendapat tempat di kalangan 10 pemenang yang terpilih. sangat gembira! tak sangka .huhu.



ni hadiah tulis khat tuh.:D

ni perkataan yang dia suruh tulis.

yang ni jugak hadiah khat tu. poskad tulisan nnama sendiri. :D

yang ni pulak hadiah Wani,Nisah,Ara bagi! suka! ;D

lepas solat maghrib terus menuju ke perhentian bus . ambik bus khas MAHA ke KTM-RM1.00.
sampai kat damai, makan kat depan shell. pastu, Ara ajak jalan kaki balik kampus dari Damai. memang makin ketar lah lutut ni berjalan. dalam hujan renyai-renyai pulak tuh.huhu. sampai kampus, letak barang kat bilik, terus pergi meeting Road to Middle East. Wani dengan Nisah datang bilik, bagi hadiah.terharunya! warrrh! penat ya ampun. selalunya mintak urut kat Ila, tapi dia pon kepenatan.huhu.

Alhamdulillah. Ulangtahun kelahiran kali ini disambut dengan ilmu, pengalaman dan juga memori-memori indah di MAHA. Di kesempatan ini , jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua kawan-kawan yang wish. Ucapan dan doa kalian cukup membuat saya tersentuh. walaupun dengan hanya ucapan"happy birthday". dah masuk angka 20. tahun depan dah boleh mengundi.huu. terima kasih jugak buat Wani, Nisah,Ara yang bagi hadiah cukup comel tu.suka sangat2. dan jugak Erin (adik bongsu) yang call semata-mata nak ucap harijadi . tak habis-habis tanye bila Along nak balik. konon nak bagi hadiah la tuh.huhu. siap suruh abah belanje makan kfc. huhu.

Monday, November 22, 2010

Allah mencintai kita





Bismillahirrahmaanirrahiim.

Siapakah yang lebih mencintai kita selain ALLAh SWT? Maha Suci Bagi ALLAH SWT!

Secara normalnya, apabila kita mengetahui seseorang mencintai kita dalam diam, maka hati kita akan terusik untuk menyiasat dan kalau boleh akan meraih cinta seseorang yang mencintai kita dalam diam itu dengan sebaiknya. Itu lumrah, manusia cinta pada manusia, manusia cinta pada Tuhan.

Bercakap soal cinta, hampir semua orang pandai. Cinta itu membahagiakan. Cinta itu pendorong untuk terus hidup. Cinta itu memberikan keajaiban. Dan macam-macam lagi jawaban yang akan membuat kita tersenyum sendirian.

Cinta itu indah bukan.

Tetapi bagaimana kalau ALLAh sangat mencintai hamba-Nya? Pelik? Aneh?

ALLAh Sebenarnya Mencintai Kita, Manusia

Petang tadi, saya terbaca satu hadith. Dan mashaALLAh, hati saya benar-benar seakan-akan terpukul dengan keindahan hadith tersebut. Betapa ALLAh memuliakan manusia yang dicintaiNya.

Sahabat, mari sama-sama membacanya bersama saya.

“Jika ALLAh mencintai seseorang, Dia akan berkata, ‘Jibril, Aku mencintai Fulan, maka cintailah dia.’ Jibril kemudian berseru kepada seluruh penghuni langit, ‘Sesungguhnya ALLAh mencintai Fulan, maka cintailah dia..” – Hadis Riwayat Ahmad

Subhanallah.

Membaca hadith di atas, tidakkah bibir anda tergerak untuk terus mengucapkan takbir atau tasbih?

Bila ALLAh mencintai seseorang hamba, maka para malaikat juga akan mencinta hamba tersebut. Dan sebenarnya, manusia yang dicintai ALLAh itu sangat harum namanya di kerajaan Langit.

Cinta ALLAh itu ada dimana-mana. Baik dalam kenikmatan atau dugaan dalam hidup.

“ALLAh turun ke langit dunia setiap malam, tepatnya pada sepertiga akhir malam. Dia lalu berkata, ‘Akulah Tuhan. Siapa yang berdoa kepada-Ku, akan Ku kabulkan. Siapa yang meminta pada Ku, akan Aku penuhi. Siapa yang memohon ampunanKu, Aku ampuni.’ Begitulah seterusnya hingga fajar menyingsing.” – Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad

Bagaimana hendak bertemu dengan ALLAh pada setiap malam? Dengan solat-solat sunat dan ibadah-ibadah lain. Untuk bermunajat pada waktu sepertiga malam bukan mudah bagi semua orang, dan ALLAh sememangnya tahu akan itu. Dan mungkin disebabkan itu, ganjaran yang besar menanti hamba-Nya yang setia bermunajat dikala orang lain nyenyak dibuai mimpi. Buktinya, fahamkan hadith di atas.

Apa yang ingin saya sampaikan untuk kita semua adalah, ALLAh itu setia mencintai kita, yakni hamba-Nya yang bernama manusia. ALLAh sifatnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tetapi kita manusia ini sahaja yang selalu mengabaikan percintaan dengan ALLAh.

Sehingga saat ini, masihkah hati kita tidak disapa dengan cinta ALLAh?

Cinta ALLAh Bersama Kesusahan dan Kenikmatan

Mungkin ada manusia yang akan bertanya seperti ini, “Apa bukti ALLAh mencintai aku sedangkan hidup aku ini penuh dugaan dan hanya merasa bahagian sekejap sahaja. Orang lain bahagia je aku tengok. Aku sentiasa berendam airmata. Apa buktinya?!”

Hei sahabat. Bertenang. Lapangkan dada. (sambil tepuk-tepuk bahu dia)

Kena ingat ni, ALLAh tidak pernah zalim terhadap manusia. Seperti yang saya cakap kat atas tadi, kasih sayang ALLAh SWT sentiasa bersama hamba-hamba-Nya ketika dalam kesusahan mahupun dalam senang. Cuma sesekali, ALLAh itu ingin menegur kita yang mungkin lalai dalam hubungan percintaan dengan ALLAh.

Boleh tak saya cakap, segala dugaan adalah pembersihan terhadap dosa-dosa kita?

Sebab saya yakin dengan hadith ini,

“Segala sesuatu yang menimpa seorang muslim, baik resah, gelisah, derita, penyakit, hingga tertusuk duri sekalipun, adalah menjadi penghapus kesalahan-kesalahannya (dosa).” – Hadis Riwayat Bukhari

Sahabat semua bagaimana?

Baik. Begini, segala dugaan, musibah yang menimpa seseorang itu adalah peringatan dari ALLAH SWT. Mungkin juga kerana kita kurang beramal ibadah, lalai dalam kesenangan, lalu ALLAh datangkan pula kesusahan. Mungkin juga kerana kita selalu mengingati ALLAh dalam masa-masa yang tertentu sahaja, maka ALLAh datangkan sesuatu sesuai dengan kehendaknya.

Seakan-akan, kita hendak diberitahu bahawa, ALLAh itu sentiasa ada di SANA.

Maka, musibah itu bukan semata-mata kemurkaan ALLAh, melainkan ada kasih-sayang untuk kita didalamnya.

Bukanlah ALLAh merasa sunyi tanpa cinta manusia, kerana sifat-Nya Maha Keka Berdiri Dengan SendiriNYA, tetapi sebenarnya ALLAh ingin memberi kepada kita peluang demi peluang untuk saling bercinta denganNYA agar kita memperolehi rahmat dan kasih-sayang yang hakiki.

Dan yang hakiki, pastinya di syurga. MashaALLAH. Hebat, bukan?

Bagaimana Jika Kita Dicintai

Manusia apabila dicintai, pasti hatinya akan selalu berbunga-bunga. Orang kata, tidur sangat lena, makan pun sangat kenyang, mandi pun berjam-jam. Hehe. Itu baru cinta manusia dengan manusia.

Jadi, bagaimana apabila cinta ALLAh kepada manusia?

Bukankah sepatutnya kita merasa bahawa hati bukan setakat berbunga-bunga, tapi menjadi taman bunga!

Cinta manusia selalu sangat bermusim, tetapi sebaliknya cinta ALLAh, akan kekal dan makin bertambah seri. Buktinya, seseorang itu akan terus menjadi seorang hamba yang soleh lagi beriman.

Saya sebenarnya bergetar apabila bertanya akan soalan ini kepada diri saya sendiri tika bersendirian petang tadi. Dan saya ingin berkongsi pertanyaan ini dengan sahabat pembaca semua,

“Layakkah kita/kitakah yang menjadi manusia yang dicintai oleh ALLAh SWT?”

Wallahu’alam. Tetapi satu perkara yang kita mesti yakini adalah, ALLAh sentiasa ada apabila kita datang kepadaNya. Dan belum terlambat lagi untuk kita membina hubungan percintaan dengan ALLAh SWT.

Mari memperbaiki diri dan orang lain!

Masihkah ALLAh menerima kebaikan hamba-Nya? Maka ALLAh sudah menjawab,

“..ALLAh telah menetapkan ke atas diri-Nya kasih sayang..” – al An’am : 12

Mari kita didik hati. Kita mentaati dan menyembah ALLAh kerana sifatNya yang Maha Pengasih. Dan kita takut pada ALLAh kerana kemurkaan dan azabNya yang kita tidak akan dapat tanggung.

Keywords : Taat kerana cinta. Takut kerana azab.

Peringatan untuk diri saya terutamanya. Doakan saya.

Semoga ALLAh merahmati.


sumber: cintailahi.com

Friday, November 19, 2010

Beruntungnya menjadi isteri :)





Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

sumber : http://petua.org

p/s : wah2. teet. (-_-)

Kisah Si Pemotong Kayu





Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku.”

Adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.”

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ….

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau.

Berapa banyak harta yg kita ada? Bayangkan … baju2 kita yg “18 kodi” kat rumah tu. Blm lagi cite stok baju2 lama yg terperosok dlm almari.. Berapa lama lah agaknya kita nak kena soal nanti?

Tuesday, November 9, 2010

Rapuhnya tali itu..


Adat sesebuah kehidupan.Ada ketika gembira, ada ketika sedih ada ketika berduka lara. Kadang-kadang saya sendiri tidak memahami apa yang sedang saya alami.buntu. seolah-olah satu virus yang entah dari mana yang singgah masuk ke dalam diri. mungkin benaran. muasabah diri. lebih baik berdiam diri. kenapa mesti berdiam diri? sebab "sayang kawan, tinggal-tinggalkan" (-_-) ada kala mahu bersendirian, ada kala mahu burgumbira bersama mereka-mereka. masih tidak dapat menerima apa yang dilakukan. maaf. hipokrit? kenapa mudah sangat menghukum seseorang? sayangnya ukhwah ini tidak tergambar. hanya Allah sahaja mengerti perasaan ini.

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" [Surah Az-Zukhruf 43 : 37]

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" [Surah Az-Zukhruf 43 : 62]

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

p/s: post ini mungkin tidak bermakna kepada beberapa pihak. maaf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10