Pages

Friday, October 28, 2011

Sindrom Tarik Diri





assalamualaikum..

Sindorm tarik diri merupakan penyakit baru yang melanda seorang hamba Allah bernama Nabila Raihan. apa sudah jadi denganmu wahai nabila. sepatutnya perkara macam ni tak berlaku. aneh. bukannya pertama kali masuk universiti. kali kedua dah. cuma susana dan tempat je berbeza.


harini saya dengan pantasnya telah menarik diri dalam Competition Digi Challenge for Change Startup Weekend".! baru join satu slot petang tadi. dah tarik diri atas sebab2 musabab yang tak profesional langsung. apa lah. peluang dah depan mata pon tak nak grab. kata nak jadi entrepeneur. so dissapointed la nabila!

sebelum ni pernah dah daftar untuk Kelab Equine UTM. last-last tinggal macam tu je. tak kena dengan jiwa rupanya. kelab ni untuk mereka yang betul2 boleh jaga haiwan,belai haiwan dengan baik dan penyayang. tapi bukan saya lah . dan jugak untuk yang mereka yang mempunyai "poket yang kembung"- duit kepuk-kepuk.

and latest. dengan jayanya juga saya telah menarik diri daripada menjadi JKM KTF. lepas je sesi interview, hati dah berbolak-balik dengan keputusan. nak ikut ke tak. ikut ke tak. banyak faktor diambil kira. and i'm decided not to go. hope that this decision will be the best for me. biar kecil asal berhasil~ macam tak kena je ayat.. biarla~


ada betulnya ujian personality profile yang prof shoki bagi tu. yang part making decision tu - markahnya sangat rendah. adoii~ wake up!

* permohonan pinjaman selangor tak lulus~nak survive kt utm ni pakai duit ape pon taktau. ya allah permudahkanlah rezeki bagiku dan keluargaku di dunia dan jua di akhirat kelak~


Monday, October 10, 2011

Diari Rindu



allah itu maha hebat,
dicampakkan rasa kasih, rindu dan sayang pada sahabat-sahabatku ini,
perkenalan yang kurasa cukup singkat,
untuk merasa kehebatan sebenar ukhwah,
dan aku diuji dengan perasaaan itu sekali lagi.


titisan air mata kerinduan,
mungkin terubat sedikit dengan melihat diari gambar,
aku bersyukur ya allah,
kau kurniakan mereka ini sebagai sahabatku.
ya benar, ukhwah itu hebat. ! subhanallah.

Epilog Seorang Teman

Album : Diari Rindu
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com


Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku

Wednesday, September 14, 2011

konvo utm penuh "bermakna"






26 september 2011.
tarikh keramat bagi pelajar lepasan diploma untuk menerima anugerah.

semua para graduan kelihatan sibuk di saat-saat akhir ini.
yuran konvo dah bayar ? BELUM. it`s RM180.
borang-borang dah print ? BELUM.

but i`m still steady like this. oh. no no.
baju, tudung , kasut untuk konvo semua guna apa yang ada.

it's my first graduation day in my life.
but i will be grad lonely. lonely without my family.
sedih tak sedih.
sambut konvo seorang diri.
tanpa tangisan gembira si ibu dan bapa.
tanpa gambar konvo bersama keluarga.
tanpa sejambak bunga.
tanpa riang tawa.

tahun ni dua orang adik saya akan mengambil peperiksaan SPM dan UPSR.
jadual konvo clash dengan periksaan adik bongsu PSRA dan percubaan SPM (rasanya).
mak dan abah terpaksa bahagi dua. mak akan jaga adik2 kat rumah untuk pantau dorang nak periksa. kalau selangor- jb ni dekat boleh lah~
kemungkinan besar hanya abah seorang yang akan datang. kalau tak sepatutnya abah kena jaga sekolah agama mana tah time PSRA nanti.
itu pun naik bus express dari selangor.
bahaya pulak kalau naik kereta seorang-seorang jauh macam ni.

mood untuk konvo tu tak ada. just follow the flow. mak, adik2 semua teringin nak pergi tapi tak dapat nak dielakkan.mak mana yang tak nak tengok anak dorang gembira kan. ada hikmahnya. pasti! takpe lah. mana tau konvo akan datang satu family dengan atuk dan nenek sekali datang bawak rombongan cik kiah. hee. tak payah nangiss dah lah. konvo dengan sukarela ye wahai nabila raihan.


p/s : sesiapa yang bermurah hati bolehlah mengirimkan sejambak bunga untuk saya time konvo nanti. pasti dapat memberi sedikit keriangan dalam jiwa beliau. (-_-)


Thursday, August 18, 2011

Rakyat Somalia perlukan bantuan: Krisis kebuluran semakin parah










SOMALIA kini dilanda kemelut kebuluran teruk yang menyaksikan jutaan rakyatnya terdedah kepada kekurangan makanan dan perubatan. Negara itu mengalami kemarau panjang terburuk sejak 1960 dan sejumlah 3.2 juta orang atau hampir sepertiga rakyat Somalia kini memerlukan bantuan hayat.
Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memohon bantuan tambahan AS$83 juta untuk menampung operasi kecemasan, terutama di wilayah tengah dan selatan Somalia. Presiden ICRC, Jakob Killenburger berkata, situasi di Somalia akan bertambah buruk sekiranya bantuan segera tidak diperoleh.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengisytiharkan Somalia dalam kebuluran yang mana 3.7 juta rakyat memerlukan bantuan makanan dan perubatan. PBB juga melaporkan 30,000 kanak-kanak mati akibat kurang makanan dan 600,000 kanak-kanak masih dalam keadaan bahaya. PBB memerlukan AS$2.48 bilion untuk menangani krisis ini.

Sebenarnya, Somalia ialah sebuah ‘negara gagal’ akibat dilanda konflik dalaman yang berlanjutan. Negara gagal ialah negara yang tidak dapat menjamin keselamatan rakyat dan juga tidak berupaya menyediakan program pembangunan asas ekonomi dan sosial kepada penduduknya.

Friday, August 12, 2011

PROMOSI : FELT BROOCH( PIN)






Assalamualaikum.

alhamdulillah hari ini sudah masuk ramadhan ke - 12. pantas sahaja masa berlalu~
tengok gambar-gambar bawah ni warna-warni kan. ahhaa. saya jual brooch @ butang buatan tangan (handmade) 100%. sebelum ni saya dah promosi sikit kat facebook. setakat ni tinggal 3 jenis brooch. antara kelebihan brooch ni, ianya tak merbahaya, tak tajam dan sangatlah sesuai untuk kanak-kanak kecil sebab ianya diperbuat daripada kain felt.

bolehlah bagi hadiah kat keluarga ke kawan-kawan ke. untuk diri sendiri pon boleeh. kepada yang berminat boleh email ke nabilaraihan2811@gmail.com @ inbox ke facebook saya -KLIK . insyaallah akan dibalas sepantas mungkin. kihkih. oh ya! satu lagi. saya jugak ada jual pakej RM10 sepaket. boleh tengok kt SINI . mudah dan efisyen~
1) SAKURA FELT BROOCH = RM 2 SEBIJI
RM 10 - 6 biji

2) CINDAI FELT BROOCH = RM 2 SEBIJI
RM 10 -6 biji


3) STAR FELT BROOCH = RM 4 SEBIJI


4) LISA FELT BROOCH = RM 4 SEBIJI


jom support handmade, support kawan-kawan nak meniaga ni haa. :) kena kumpul duit banyak-banyak. nak sambung belajar bulan 9 ni. tapi tak ade duit.sob sob.

p/s: sedang menyiapkan projek felt. tempahan dari kawan-kawan adik. tapi bukan brooch.jeng jeng. tunggu. akan disiarkan tidak lama lagi. kihkih. :D

Thursday, August 11, 2011

HIDAYAH ITU MILIK ALLAH - IRMA HASMIE dan IWAN


irma hasmie

iwan syahman (dahulunya dikenali sebagai iwan dangdut)

Hidayah Allah itu umpama hujan,
kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk alam ciptaanNya,
Allahlah yang mencampakkan hidayah itu,
setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu seolah-olah kata pepatah “bumi mana yang tidak ditimpa hujan?,
Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia,
terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya,
dan bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah,
mungkin itulah permulaan hidayah dariNya.

moga terus istiqamah :)


Saturday, July 16, 2011

nasyid : Tafakur. dengar dahulu kemudian nilai.






lagu kenangan masa nasyid sekolah rendah dulu. sangat bermakna. susah nak jumpa lagu-lagu macam ni sekarang kan.

Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Tajuk Nasyid : Tafakur
Artis : Zikraa
Album : Tafakur

Wednesday, June 29, 2011

CARA UKUR BERAT BLOG/ WEB




assalamualaikum..

rasanya dah ramai kot yang tau. tapi takpe. mana-mana yang tak tau tu boleh cuba. dalam keghairahan mengedit dengan bermacam widget tambahan dalam blog kita, rupenye dah over doss lah pulak kan. bila bukak page, dia akan loading lambat bebenor. ssenang je nak ukur. macam ni:-




haha. tak lah. masuk web ni:-



kalau korang punye ukuran lebih daripada 100 kb. tu tandanya dah overdoss lah tu. saya punye 170 kb. ! pehh. memang overdoss sgt ler ni. BMI yang normal adalah 100 kb. kalau kurang dari tu rasanya lagi ok kot. lagi cepat loading.

cuba la. jangan ingat manusia je ada berat. blog pon ada. :)

p/s: lepas ni kene buang widget yang tak perlu sangat tu.sobsob.

Tuesday, June 28, 2011

RESEPI: IKAN KERAPU STIM





assalamualaikum..

entry masak-memasak pulak. malam semalam abah bawak balik ikan kerapu besar punya. sebesar peha! err. taktak. besar dua lengan la kot. fresh dari laut. tapi bukan abah la tangkap, beli kat nelayan la kot. kelebihan rumah dekat dengan laut .pantai barat la katakan :) dapat makan fresh-fresh punya.

minggu lepas jalan-jalan kat pantai naik moto dengan adik. kuis-kuis pasir pantai dengan harapan nak tulis impian di hati. sekali tengok kerang punyelah banyak kat pesisir-pesisir pantai . apelagi pi lah kutip sampai penuh dua plastik merah tu. hebat tak hebat dalam masa kurang setengah jam.haaha. hebat la sangat. balik rumah. malam tu terus buat kerang bakar kat luar rumah cicah dengan air asam. lepas isyak makan ramai-ramai depan tv macam makan kerepek. cool~ hadiahnya! malam tu tidur gatal-gatal badan. tulah. dah tau alergik nak makan jugak, padan muka! tapi doktor suruh makan kerang banyak2!

back to the recipe:-

1 ekor ikan kerapu (sukahati nak besar mane)
4 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang besar dihiris
sedikit halia diricik
3 biji cili hidup( kalau nak pedas lagi lebihkan)
2 batang serai diketuk
sedikit asam keping (sebab tomato takde, kalau gune tomato lagi ffresh)
secawan air masak
sedikit lobak
sedikit perahan air limau nipis
sedikit garam dan perasa tambahan

cara-cara :-

1) panaskan kukusan. masukkan sedikit minyak didalam tray. tuangkan bahan hirisan. masukkan ikan.

2) masukkan halia, serai dan asam keping. masukkan air. biarkan ikan masak 20 minit hinga 25 minit.

3) bila dah nampak macam ada lemak-lemak ikan keluar tu tandanya dah nak masak. kemudian masukkan lobak, garam, limau nipis dan bawang besar. biarkan dalam 5 minit.

4) sedia untuk dihidang :) simple kan.


ada orang masak tak letak sayur. tapi saya lebih suka letak sayur sebab dapat jimat masa masak 2 in 1. hehe. tak payah masak lauk sayur. :)


KHABAR DARI BUMI PALESTIN- BERITA BAIK!




Dengan penuh kesyukuran, Aqsa Syarif mendapat panggilan dari Gaza bahwa Kilang Roti Rakyat Malaysia di bumi Gaza telah membuat keluaran sulungnya kira-kira pukul 1 pagi tadi waktu Malaysia, 28 Jun 2011 (8 malam waktu Gaza, 27 Jun 2011). Ir Abdulrahem Shehab (person in charge), bertanggungjawab merialisasikan pembinaan dan pengoperasian kilang tersebut, kirim salam kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama-sama membantu. Mohon sebar luaskan. berita baik ini. [Gambar: kilang roti itu ketika pembinaannya]


Projek lain yang akan diusahakan Aqsa Syarif ialah Penerusan Projek Ternakan Lembu, Projek Ikan Air Tawar, Back to School, Micro Credit & Program Rantissi Hospital.

Untuk menyumbang bank-in ke Aqsa Syarif Berhad, 551575004299 (Mayban Islamic ), 12092010034904 (Bank Islam).

info-info terkini boleh diperoleh daripada KLIK SINI

tak mampu pergi Gaza, hulurkan sumbangan kewangan semampu kita pon boleh kan:)


Wednesday, June 22, 2011

" Muda lagi lah!tak kan dah nak kahwin kot. "








Ahmad memasuki kedai Coach. Terasa asing apabila dia melihat begitu ramai wanita dalam kedai itu. Dia merasakan deria lelakinya tidak dapat membantunya untuk memilih beg tangan yang cantik untuk umminya. Lalu dia terserempak dengan Nur.

Nur: Biar benor! AHMAD!!!

Hampir semua orang dalam kedai itu memandang Ahmad.

Ahmad: Oit, apa jerit-jerit ni? Malu ar.

Nur: Sori-sori. Aku cuma terkejut je nampak ko dalam kedai camni. Oh ye, lupa bagi salam. Assalamualaikum!

Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah. Ha, alang-alang ko ada kat sini boleh tak ko tolong ajar aku camne nak pilih beg tangan yang cantik-cantik? Ini bukan bidang aku la.

Nur: No hal. Kalau nak beli beg tangan ni, kita tengok material, size, ngan style.

Ahmad: Wow, spoken like an expert.

Nur: Of course!

Ahmad: Okay, aku rasa nak amik yang fabrik je kot. Size tak nak besar sangat. Style pulak...hmmm, yang ni susah sket. Orangnya simple-simple je. Takde la suka berhias lebih-lebih sangat.

Nur: Ko nak beli untuk girlfriend ko ke nih?

Ahmad: Pergh, soalan kiamat!

Nur: Amboi, dramatik habis!

Ahmad: Haha, gurau je. Nur, aku mana ada girlfriend. This is for my lovely mother.

Nur: Oh, untuk Mother's Day ek?

Ahmad: Mother's Day dah dekat ke? Tak tau plak. Ha, ngam-ngam la aku beli beg nih.

Nur: [Berfikir sekejap] Ko memang takde girlfriend ek?

Ahmad: Yup, tak de.

Nur: Aku tak caya la.

Ahmad: Astaghfirullah, aku tak tipu la. Buat ape aku nak girlfriend bila Allah ada sediakan alternatif yang lagi baik kat aku?

Nur: Apa alternatifnya?

Ahmad: Seorang isteri.

Nur: Hai, dah pikir nak kawen dah? Ko muda lagi lah!

Ahmad: Oh, ye ke?

Nur: Ye la. Kalu nak kawen pun tunggu la umur ko 30 ke or akhir 20-an ke. Baru la sesuai. Skang ko muda lagi.

Ahmad: Aku tak tau plak. Hmm...apa pulak umur yang sesuai untuk aku dapatkan girlfriend?

Nur: Ha, apa yang ko mengarut ni?

Ahmad: Ye la, tadi ko bagi aku umur yang sesuai untuk aku berkawen tapi takde plak ko bagi aku umur yang sesuai untuk aku berzina.

Senyap sebentar.

Nur: Err, aku rasa beg ni sesuai untuk mak ko.

Ahmad: [Senyum]

----------
Inspired by a real conversation I once had with a friend.



p/s: style kan cara penyampaian mesej dia! good lah . antara anak muda yang berbakat dlm dakwah yg versatile. ( muka ada iras-iras hilal asyraf ):)

Friday, June 17, 2011

apabila pakaian muslimah jadi bahan lawak.







Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.

Apakah reaksi pihak berwajib??

p/s: membara je bila tengok video ni!

kelemahan perempuan? kelemahan lelaki?





Kelemahan perempuan adalah telinga dan kelemahan lelaki adalah mata.:)

Jangan hairan jika lelaki mudah tertarik kepada kecantikan perempuan terlebih dahulu, kemudian barulah anda berminat untuk lebih mengenalinya, menyelidik latar belakang agamanya, statusnya dalam masyarakat dan hartanya.

Perempuan tidak mudah dibelai matanya, sebab yang dipentingkan oleh seorang perempuan ialah budibahasa yang ‘tangkap lentok’.

Kerana itu, perempuan tidak memandang pada rupa paras lelaki dan lebih tertarik kepada lelaki yang mengambil berat kepada dirinya.

Thursday, June 16, 2011

peristiwa penting dalam Islam di bulan Rejab


Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan dan merupakan bulan yang penting dalam Islam. Bulan Rejab termasuk dalam empat bulan yang diharamkan berperang. Terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini.

Antaranya :-


1) Hijrah ke Habsyah

Peristiwa ini berlaku pada tahun kelima kebangkitan Rasulullah s.a.w.

Kaum muslimin di Mekah menghadapi penyiksaan dan penindasan yang dahsyat yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy. Mereka tidak berdaya lagi untuk tinggal di Mekah, lantas memaksa mereka berfikir jalan untuk bebas dari kesengsaraan yang dihadapi.

Ketika itu, turunlah surah az-Zumar yang mendedahkan tentang tindakan hijrah.

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. Bertakwalah kepada Tuhanmu”.Ingatlah orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. “. (az-Zumar :10)

Najasyi, pemerintah Habsyah (Ethiopia) ketika itu terkenal sebagai seorang yang adil dan tidak menindas rakyatnya. Justeru, Rasulullah memerintahkan kaum muslimin untuk berhijrah ke Habsyah sebagai langkah untuk menyelamatkan agama mereka dari fitnah yang dihadapi.

Rombongan ini terdiri dari enam belas orang termasuk empat wanita dan dipimpin oleh Uthman bin Affan r.a. Hijrah ini berlaku pada tahun kelima kebangkitan Rasulullah s.a.w dan merupakan hijrah pertama yang berlaku dalam sejarah Islam.

2) Isra’ dan mikraj

Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah s.a.w pada waktu malam dengan menaiki buraq dari Masjidil Haram ke Baitulmaqdis manakala mikraj bermaksud naiknya Rasulullah s.a.w dari Baitulmaqdis ke Sidratul Muntaha. Ulama’ kuat menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke-10 kebangkitan baginda s.a.w.

Rasulullah diangkat ke langit dan dibawa bertemu dengan para nabi terdahulu. Baginda juga diperlihatkan dengan siksaan neraka dan juga nikmat-nikmat di syurga. Baginda kemudian dibawa naik bertemu dengan Allah s.w.t dan ketika itulah perintah solat diturunkan ke atas umat Islam.

3) Perang Tabuk

Nama Tabuk diambil sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab.

Peristiwa Perang Tabuk ini berlaku selepas pembukaan kota Mekah. Setahun selepas tercetusnya Perang Mu’tah, Madinah tiba-tiba dihebohkan dengan berita bahawa tentera Rom sedang membuat persiapan untuk menyerang kota itu. Rasulullah s.a.w mengambil keputusan untuk bertempur dengan tentera Rom di tempat mereka ini dan dengan itu dapat menghalang pihak Rom dari menyerang Madinah.

Kaum muslimin berlumba-lumba menginfakkan harta untuk membiayai peperangan. Uthman bin Affan menyedekahkan 900 ekor unta dan 100 ekor kuda selain wang. Abu Bakar pula menginfakkan keseluruhan hartanya manakala Umar al-Khattab menyerahkan separuh dari harta miliknya.

Rasulullah s.a.w bergerak menuju Tabuk bersama-sama 30,000 tentera muslimin. Walaupun banyak harta yang telah diinfakkan, namun masih belum mencukupi untuk menampung bala tentera yang sebegini besar. Ditambah pula dengan kemarau teruk yang melanda ketika itu. 18 orang tentera terpaksa bergilir-bergilir menunggang seekor unta dan mereka juga terpaksa memakan daun-daun kayu sebagai alas perut.

Apabila Rom mendapat tahu kemaraan tentera Islam dengan jumlah yang besar, mereka mula berasa gerun. Pemerintah Ailah Yuhana (John) telah datang menemui Rasulullah s.a.w dengan tujuan untuk berdamai. Atas pertolongan Allah, pertempuran antara muslimin dan Rom tidak tercetus dan tentera Islam bergerak pulang ke Madinah tanpa menghadapi sebarang tentang musuh.

4) Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis pertama kali dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab. Sejak tercetusnya Perang Salib pada zaman Abbasiyah, tentera kristian telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Maqdis. Akhirnya, setelah 500 tahun berada dalam kekuasan Islam, kota ini telah ditawan tentera Salib.

Mereka menduduki kota itu selama hampir 60 tahun sebelum dibebaskan semula oleh panglima Islam yang terkenal, Salahuddin al-Ayubi. Peristiwa penawanan semula kota Baitul Maqdis dari tentera salib ini berlaku pada hari Jumaat, 27 Rejab pada tahun 583H.

5) Kelahiran Imam Shafie

Imam Shafie dilahirkan pada tahun 150H bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris dan tergolong dalam kerabat Rasulullah s.a.w dimana beliau dari keturunan Bani Mutalib. Beliau seorang yang cerdas dan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Pada usia 7 tahun , Imam Shafie telah menghafal keseluruhan al-Quran dan pada usia 15 tahun, beliau diberi keizinan untuk mengeluarkan fatwa.

Imam Shafie merantau ke beberapa tempat untuk menuntut ilmu. Antara tempat yang pernah didudukinya ialah Mekah, Madinah, Iraq, Yaman dan Mesir. Beliau telah berguru dengan ulama’-ulama’ terkenal seperti Imam Malik bin Anas, mufti Mekah Muslim bin Khalid az-Zanji dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Kehebatan beliau dalam dunia ilmu dikagumi oleh semua orang termasuk guru-gurunya sendiri. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: ”Imam Shafie itu ibarat matahari bagi dunia”


sumber : KLIK SINI

Monday, May 30, 2011

sama cantik ,sama comel :) serupa tak?


yeah. dua-tiga hari ni layan cite my sassy girl choon hyang. huhu. heroin dia Choon Hyang. muka dia sebijik macam asmirandah. bila tengok cerita ni teringat asmirandah dalam cerita Dalam Mihrab Cinta. tak caye? cube tengok gambar bawah ni.haha

ni Choon Hyang. kitorang kawan time kat Seoul dulu. tapi terpaksa berpisah sebab family migrasi ke Malaysia. sampai sekarang dah lost contact. * tetibe* haha. bajet je.



hat ni la Asmirandah.! dulu dia free hair. sekarang ni dah berjilbab. :) same tak muke dia dengan choon hyang? (-_-) versi korea dan indonesia. haaa

Mai mai jual- jual.



hari sabtu lepas, ada amal islami sekolah rendah agama peringkat zon. abah dijemput jadi juri untuk acara khutbah. mak pulak hakim untuk acara muhawarah.

teringat dulu- dulu time zaman sekolah. darjah 4 rasenye pernah join acara tilawah. darjah 6, hafazan peringkat firqah ( rumah sukan). no 3 kot. huhu. nervous gile time tu. dapat pulak surah panjang-panjang. haa. pastu ada event kat sekolah join persembahan nasyid. wuu. rindu gile. time form 3 pulak join lagi amal islami. biasa la nak tambahkan markah koko. karang tak dapat sambung universiti. huhu. time ni bukan join tilawah, bukan join hafazan. tapi marhaban! wawa.! no 1 kot. haha. sebab ketua kumpulan kami suara dia sedap giler. salu dia buat persembahan kat event2 luar. *memori*



yeah. memandangkan tahun lepas kami sekeluarga bukak gerai sempena amal islami, jadi tahun ni jugak mak nak bukak lagi sekali. saje, nak tambah pengalaman. huhu. sebab mak jadi hakim untuk hari esoknya, so dapatla jaga gerai. abah je yang terlibat untuk hari sabtu. rami ustazah2 yang lain bukak gerai jugak.

wuu. poyo je Erin. haha


jeng.jeng. inilah menu-menunya! Warung pak Jabit! haha. kami ada.....
ayam goreng kak Limah,
Bubur Ayam Che Nin,
Kek batik Usop Wilcha,
Keropok lekor,
kuik masak lodeh.
kacang kuda rebus.

tidur malam pukul 2 pagi nak menyiapkan menu-menu ni. paling laku, bubur lambuk ngan kek batik la. haa. tak sia-sia buat sampai pukul 2 pagi. sape-sape nak oder kek batik dengan saya. boleh la oder ye. haha. ayam goreng Kak Limah pun laku~ wuuu.terbaik lah!


p/ s: minat nak meniaga makin menjadi-jadi. waa. mak ada tanah . tapi ada tanam kelapa sawit. wuhu. cakap kat mak, nak meniaga. mak kate boleh je. mak boleh tolong keluarkan modal. :D nak buat bisnes ape tah. jual kat depan rumah pon ok. wuhuhu.

Tuesday, May 10, 2011

Istikharah Cinta



Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..



jumpa lagu ni time blogwalking. its a nice song!. kumpulan nasyid sigma dari riau, indonesia. kenapa banyak lagu2 nasyid dan kerohanian yang saya suka dengar ni? -_-







mahu ulang tayang filem Dalam Mihrab Cinta sekali lagi. :)

Wednesday, May 4, 2011

Apabila gambar berbicara (2) :JODOHKU di mana?






jeng.jeng.jeng. buka buku HR. baru baca dua tiga muka surat, otak dah lemah.huhu. tetibe rase nak conteng2. inilah hasilnya. jalan2 tengok blog orang, terserempak dengan blog ini :)

____________________________________________________________________
Suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di sebuah lorong yang sangat panjang.. Mengembara mencari sebuah destinasi, namun semakin jauh kaki melangkah, destinasi yang ingin di tuju menjadi kian kabur.

Kadang-kadang Ali terjatuh, kadang-kadang Ali tergelincir, kadang-kadang Ali tersesat, kadang-kadang Ali berlari, kadang-kadang Ali mendaki bukit, kadang-kadang Ali menuruni lembah.. Suatu pengembaraan yang sangat jauh.. Dan dia tidak tahu apa yang bakal menantinya di hadapan.. Hasbunallahuwanikmalwakil.. Bismillahitawakkaltualallah, wala haula wala kuwwatailla billah..

Ketika sedang mengembara, Ali akhirnya tiba pada persinggahan pertama, di situ, Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang kelihatan muram. Ali singgah lalu memberanikan diri untuk bertanya..

"Saudara, kenapa saudara bersedih?" Ali bertanya. Suasana sepi seketika. Masing-masing diam melayani perasaan. Tiba-tiba lelaki itu menangis. Ali menjadi serba salah, dia ingin segera berlalu pergi. Belum sempat dia mengatur langkah, lelaki itu tiba-tiba bersuara..

"Suatu masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan kepaknya, indah sekali.." Lelaki itu mula bercerita, wajahnya yang suram sekejap tadi kelihatan berseri seketika, seolah-olah sedang menggambarkan keindahan rama-rama miliknya itu. Namun, sebaik sahaja selesai berkata-kata, wajahnya kembali suram.. Dia kembali murung.

"Sayangnya rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan sayapnya yang indah itu... dia menderita kesakitan kerana aku.. akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian..." Lelaki itu menyambung kata-katanya, di hujung ceritanya itu, dia menangis semahu-mahunya. Tangisan seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan. Beberapa minit menemani lelaki itu, Ali akhirnya meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..

Sampai di persinggahan ke dua, Ali melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.. angannya jauh entah ke mana. Ali berasa pelik lalu terdetik untuk bertanya. Ali menghampiri lelaki itu, beberapa ketika berbasa-basi, Ali kemudianya menanyakan hasrat hatinya, dia ingin tahu kenapa lelaki itu sedang duduk termenung..

"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa saudara duduk termenung sendirian di sini?. seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.." Ali mengajukan soalan.. Pemuda di hadapannya membalas renungan matanya. Lama dia membisu, namun akhirnya dia memulakan cerita..

"Ibu bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan kepada mereka. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau menoleh ke belakang.." Pemuda itu bersuara seakan-akan berbisik. Dia seolah-olah sudah tidak punyai semangat untuk meneruskan kata-katanya. Suasana sepi beberapa ketika. Kemudian pemuda itu kembali menyambung ceritanya..

"Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa.." begitulah cerita pemuda itu.. Ali mendengar penuh teliti. Terbit rasa simpati di hatinya.. Namun Ali juga tidak dapat berbuat apa-apa, nasi sudah menjadi bubur. Setelah bersalam-salaman, Ali sekali lagi meminta diri, perjalanannya harus di teruskan..

Ali meneruskan lagi perjalanannya.. tiba di satu persinggahan, Ali bertemu pula seorang lelaki yang kelihatan sedang mencari-cari sesuatu. Matanya melilau ke kanan ke kiri, ke depan dan ke belakang. Dia mencari sesuatu. Ali simpati lalu cuba menghampiri, manalah tahu sekiranya dia dapat menghulurkan bantuan..

"Abang cari apa?" Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki itu.

"Burung aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.." Lelaki itu menceritakan serba ringkas. Ali mengerti bahawa tiada apa yang dapat di bantu kerana burung itu sudah terbang jauh. Sebelum berlalu, Ali sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tabah mengharungi dugaan hidup. Lelaki itu sekadar menganggukan kepalanya, namun tidak sempat beberapa minit kemudiannya, dia kembali mencari-cari burung kesayangannya itu. Ali benar-benar kasihan melihatnya. Namun perjalanan harus diteruskan.

Setelah beberapa ketika meneruskan perjalanan, Ali berasa penat dan ingin berhenti berehat. Di perhentian kali ini... Ali ternampak seorang lelaki sedang menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, lelaki itu menangis. Ali berasa pelik, sungguh jarang lelaki menangis, lelaki itu menangis pasti kerana ujiannya bukan sedikit.. Sekali lagi Ali menghampiri lelaki itu.. Mulanya, Ali tidak berani bersuara, takut mengeruhkan lagi suasana.. Ali sekadar membatukand diri, menanti masa yang sesuai untuk bertanya..

Namun belum sempat Ali bertanya, tiba-tiba lelaki di sebelahnya menyapanya..

"Kau pasti hairan melihat aku menangis bukan?" Lelaki itu memulakan kata-katanya. Ali sekadar menganggukan kepalanya..

"Dahulu, aku dan wanita saling mencintai. Kami hidup bahagia bersama. Namun suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan tulang rusukku.." Kata-kata lelaki itu tersekat-sekat dan terhenti di situ..pipinya masih basah.

"Kata-kata aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak ketemui tulang rusuk masing-masing..malangnya, setelah bertemu semula, dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi.." begitulah kisah lelaki itu. Kisah yang benar-benar menyentuh hati. Ali juga turut merasa simpati.. Ali cuba memujuk sekadar temampu namun lelaki itu tetap juga hanyut di ombak duka. Tangisan penuh kekesalan.

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita.


sumber : KLIK SINI

19 hari bersabung NYAWA di hutan rimba.



sudah khatam buku "19 hari Sesat Di Gunung Tahan :Pengalaman Nur Umaisarah Sameaun". ada yang tanye kenapa saya beli buku ni? walaupun kisah Umai ini agak 'lama' untuk dikongsi.

sebab saya tahu, ada perkara yang cuba disampaikan kepada umum. hati tertarik untuk menyelongkar kisah ini.

perkara pertama yang muncul di ruang legar fikiran- subhanallah, hebat kuasaMu ya Allah. ! tidak dapat dibayangkan seorang wanita yang secara fitrah digambarkan sebagai seorang yang lemah, meredah hutan belantara seorang diri selama 19 hari tanpa makan!. 19 hari bersabung nyawa menanti bantuan tiba dengan penuh kesengsaraan.

- mengisi perut dengan meminum air sungai sahaja!, terjatuh, luka, cedera, terseliuh. tidur di celah-celah batu sungai, apabila terasa lapar beliau memejamkan mata dan membayangkan makanan yang enak-enak, hampir-hampir lemas, susut berat badan 14 kilogram.


KLIK UTK BERITA LANJUT


saya cuba membayangkan diri saya di tempat Umaisarah. oh. tidak terjangkau dek fikiran. anda pula?. bayangkan situasi yang sama. tidak dapat merasakan kekuatan seperti Umai. situasi yang dialami beliau membawa dia tunduk sepenuhnya kepada penghambaan kepadaNya yang Maha Esa, menilai erti hidup, membenihkan sifat syukur dalam segala sesuatu.~

"saya mahu kekuatan seperti dia! saya mahu semangat seperti dia! "

hidayah itu milik allah. tiada apa yang mustahil. yakinlah! :)

Tuesday, May 3, 2011

apabila gambar berbicara (1)


sejak petang tadi sudah mula mengemas sedikit barang-barang yang mahu dibawa pulang ke rumah. persiapan untuk pulang ke kampung halaman semula setelah 3 tahun bertapa di utm ni. ops. belum sampai masanya untuk saya membuat entry perpisahan. membuka kotak barang. saya jumpa benda-benda ni. mungkin tiada makna bagi anda, tapi bermakna bagi saya. anda juga pasti ada bukan?





kad-kad ucapan ini diberi sewaktu kem pemantapan jkm 2010/2011. cukup berharga.


bila kumpul-kumpul balik. waw! banyak. ada lagi separuh tinggal kat rumah. setiap satunya punya kenangan berbeza. cukup berharga ~

gambar ini dilukis oleh seorg junior jkm sewaktu kursus jkm 2011/2012 di agrotek resort. eh, dia ni. ada makna apa2 ke ni? kenapa lukis gambar lelaki utk akak? haha kenapa sy masih menyimpan lukisan ini walaupun ia sekadar lukisan?. kerana saya menghargainya. terima kasih junior! doakan akak korang ni. hehe :)


dari sini, saya belajar bagaimana menghargai orang sekeliling saya. orang bagi madu, balaslah madu kan. :)

Friday, April 22, 2011

Pesta buku menunggu kehadiran anda ;)




EVENT :
30th Kuala Lumpur International Book Fair 2011 / Pesta Buku Antarabangsa KL 2011
VENUE :
Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur
ADMISSION :
FREE ADMISSION for all visitors
DATE :
Friday, 22nd April 2011 - Sunday, 1st May 2011
TIME :
Mondays-Thursdays (10.00am - 8.00pm)
Fridays-Sundays (10.00am - 9.00pm)
MORE INFORMATION :

alhamdulillah, lepas juga hajat saya mahu ke pesta buku. jenuh mencarik sape boleh temankan. ingat memang nak pergi sorang je tadi. at last, nisah (roomate) nak teman. so, go on thanks nisah!..walaupun sekarang sedang mood final exam tidak mematahkan semangat utk ke sana. ececeh;) walaupun saya bukanlah seorang yang tegar buku. ada lagi buku yang dibeli tapi belum dibaca lagi. huhu.


pesta buku ni memang waktu ditunggu-tunggu . dapat less la katekan. walaupun tidaklah sebanyak mana. syukur~ hari ni hari pembukaan. suasana tidaklah sesak seperti tahun lepas. masih boleh berjalan lenggang mak limah.huhu.mungkin waktu itu saya pergi pada hujung minggu yang tentunya lautan manusia membanjiri pwtc ni.

kali ni karangkraf bukak booth dalam dewan tun dr ismail. suasana agak suram sedikit tanpa aktiviti yang fun dan menarik. first day mungkin~ jalan-jalan masuk ke booth pts publication. oh. sini memang ramai manusia. mata banyak tertumpu pada buku-buku pts. sedang melilau-lilau mencari buku-buku menarik. oh. saya jumpa kak Umi Kalsom . ngehehe. baru semalam dok komen kat status kak umi nak ajak saing sekali pergi. dia kata nak serbu pesta buku. huuhu. keciknya dunia.tak janji pon nak jumpa. kami geng Mersik dulu( teringat time kat pesantren Tapuz dok lepak ngan kak umi tepi pantai sambil borak-boorak). ;D

oh. tak sempat nak pergi booth hidayah publication.(-_-)




tadaaa. inilah buku yang sempat diserang. ngehe.

1) Si Blogger Kampung. tengok kak umi beli. dia kata student utm punye buku. so, try. support utm student.huhu
2) Muhammad Al-Fateh by Abdul Latip Talib
3) Salahudin Al-Ayubi by Abdul Latip Talib
4) Perubatan islam dan bukti sains moden by Dr Danial Zainal Abidin. serius !baca buku ni baru bape lembar, sgt menarik. sila try kawan2.

4 buku PTS satu buku Ana Muslim nak bagi hadiah kat adik. hehe. satu lagi buku Teater Muzikal Kanak2 Ali Baba. free cd. ini buku terbitan istana budaya. saya suka muzikal. tapi belum berkesempatan merasai suasananya. mungkin satu hari nanti.;)


alhamdulillah, jumlah keseluruhan tak lebih bajet. masih boleh beli lagi ;)

see, dapatla diskaun sikit. ngehehe.


saya syorkan kepada anda, silalah ke pesta buku ini. tak rugi. duit habis untuk ilmu kan;D
ada masa 10 hari lagi. saya rasa seperti mahu pergi sekali lagi pada last day nanti.sudah ada target buku. hehe. sape mahu kirim, sila mesej saya ye.

oh,by the way. sesiapa yang berminat nak beli buku pts ,anda boleh dapat diskaun dari sini.
KUPON DISKAUN BUKU PTS

untuk pencinta buku karangkraf- DISKAUN BUKU KARANGKRAF

selamat memborong. bangsa membaca bangsa berilmu ;)

Thursday, April 21, 2011

"Dalam Mihrab Cinta". bakal pengganti KCB?





Sinopsis novel 'Dalam Mihrab Cinta'


Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

Dipesantren ini Syamsul terusir kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian kerana keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencuri. Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.

Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?


p/s:Ayat dalam bahasa Indonesia.Sorry la ye.


Lirik bunga-bunga cinta(Ost Dalam Mihrab Cinta)

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta


p/s: oh tidak! mengapakah tetibe suka lagu ni. -_-

barisan pendukung Dalam Mihrab CInta (DMC) :D

asmirandah ni kalau tak silap ada berlakon dlm KCB 2. bekas tunang mas azzam ke? eh.haaa. lupe!

dia ni jugak blakon dalam KCB- ayyatul husna :)


saya suka karya Kang Abik @ pak Habiburrahman. walaupun saya bukan penggemar novel. hehe. menginteprasi sebuah novel menjadi filem kadangkala menarik lebih ramai pembaca mahupun penonton untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan. filem KCB- Ketika cinta bertasbih. saya mula mengikutinya sejak siri pertama.dan kini sudah masuk siri KCB Meraih Ridho Ilahi. tapi siri special ramadhan dan Meraih Ridho Ilahi belum sempat diintai. oh. cuma beberapa episod yang sudah ditonton. konflik makin hebat. :) selama 2 tahun rasanya. semenjak KCB 1, demam KCB dikalangan pengikut2 setianya. sampaikan puisi di dalam cerita tersebut juga bisa diingat. ini sudah parah. haha..

adakah kemunculan filem Dalam Mihrab Cinta (DLC) bakal mewujudkan satu fenomena seperti mana KCB? hehe.




KCB tetap dihati <3 :))
ini abang dan kakak saya :) haha. bukan2. ini mas azam sama anna dalam KCB.oh! :))
ini juga saya suka! :D

p/s: bila Malaysia mahu mencipta filem2 seperti ini?

untuk/perhatian:- KRU production. David Teo. Ahmad Idham. Shamsul Yusof. mamat khalid. n so on..:)) haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10