Pages

Tuesday, December 29, 2009

Hijjaz- tanpa agama


Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahgia

Agama islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada tuhan kecuali allah
Tuhan yang esa lagi pemurah
Nabi muhammad utusan allah
Hindarkan dari jalan yang salah


tgah dok tgok2 lagu ape nk pasang..hati tertarik nk dgar lagu ni..mcm2 perasaan bila dgr lagu ni. td baru je terserempak dgn seorang adik junior tu. blok mane,dirahsiakan..saya gelarkan beliau sbg "Siti " je la. bukan nama sbnar ye. time nk mandi ptg td, terserempak dgn siti ni turun blok nk kuar. sedih, sbab pakaian dia..dan paling mnyedihkan dan mngjutkan, dia tindik kat atas kening..bukan bangsa cina @ yg lain tapi ISLAM..dgr cite, dia tindik sbab pakwe dia tindik . pakwe dia tindik sblah kiri, dia tindik blah kanan..xtau laa..pegi kelas mcm nak pergi berenang. sya sendiri sebenarnya masih tiada kekuatan utk menegur seseorang, wlaupun sya tau bnde yg dia buat tu salah. sukarnya mngur kawan yg rapat dgn kita berbanding kawan yg tidak berapa rapat sgt dgn kita..

*to be continued....

Thursday, December 17, 2009

MAAL HIJRAH


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah



Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”


Doa Awal Tahun


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.
Bertemakan “Menjana Ummah Gemilang” diharapkan ia memberi sinar baru untuk semua, Insyallah..

* copy daripada alamsetia.blogspot

Monday, December 7, 2009

DIARY EKSPIDISI DAKWAH ORANG ASLI (XPDC D0A) 09




bersama Joe dan Izwan

time ziarah kampung, platik2 biru tu, bju bundle yg nk diagihkn.

rumah org asli yg ori lagi, semua drpd buruh. sejuk..
!
time mewrna



makcik ni antra org islam kt sini.namanya Kunden xsilap. serius je muke.

sebelum btolak


salam.maiga?(apa khabar dlm bhasa org asli).alhamdulillah jam 10.15 malam tadi, smua ajk XPDC DOA seramai 30 orang selamat tiba di bumi kuala lumpur ni. selama 3 hari bermalam di perkampungan orang asli, begitu bnyk pengalaman,suka duka yg kami perolehi.

kami tiba jam 12. 10 tghri. setiba shja di sana, keadaan sedikit kelam kabut untuk menyiapkan mknn tgahri dan persiapan majlis perasmian. alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun penghulu kampung tu xdpat hadir. selesai shaja mjlis perasmian, smua ajk dibahagikn kpd beberapa kumpulan untuk menziarah penduduk kampung. majoriti org asli di perkampungan orang asli ni adalah daripada kaum Semai dan beberapa keluarga dari kaum Temian. kumpulan saya smpat mnziarah 2 buah rumah pada ptg itu. org asli di perkampungn ni kbnyknnya beragama kristian dan ada yg tiada agama langsung. cuma 40 org shj kalau xsilap pnduduk yg beragama islam. ianya memberi cbrn yg besar kpd kami untuk merealisasikan matlamat program ini.

pada mlmnya, satu tayangan filem kanak2 (Geng) ditayangkan. smbutan cukup mnggalakkan. ramai yg hadir pada mlm tsebut. saya smpt berkenalan dgn beberapa knk2 disitu, antaranya Joe, Izwan, Mizah, Yoslinda, Yoshimah. dan ibu2 antaranya kunden, kak ida, mirna cristie dan mbah yong. pmalu mereka ni. hehe..ajk perempuan bermalam di rumah Ustaz RAzak (JAKIM), dan ajk lelaki di surau.

hari kedua, slot pemantapan akidah dan bengkel solat dijalankan utk kaum ibu yg beragama islam. terkilan juga rasanya kerana mereka kebanyakannya tidak tahu bersolat, berwuduk lagi kan pula membaca al-quran. tapi keinginan mereka utk mndalami islam, cukup menggembirakan kami. ketika itu juga, aktiviti sukaneka utk kanak2 diadakan. cukup meriah lagi sambutan, ditambah dgn celoteh Zul yg cukup digemari kanak2. jam 3 ptg, slot ziarah kampung pula dijalankan. teringat peristiwa ketika dikelilingi anjing semasa kumpulan kami menziarah sebuah rumah.al ksah, . sampai shj di sebuah rumah , beberapa ekor anjing di bawah rumah tersebut tiba2 mnyalak.tekejut masa tu. smpaikan satu tahap di mana, dlm 5-6 ekor anjing mengelilingi kami. Ya Alllah..takutnya bukan main. sampaikan nak menagis time tu. sy mnguatkan juga smgt masuk ke dlm tumah tsebut, kerana tuan punya rumah sudah mnjmput kami.. terlalu bnyk anjing di kawasan perkampungan ini. takut sbnrnya, najis2 bersepah2 di mana2.

last day, kenduri sekampung diadakan. semua ajk berpenat lelahketika itu. makanan xputus2 dimasak. begitu ramai yg hadir. ajk sendiri ada yg xsempat utk mnjamah makanan..selesai shj majlis pnutupan , tamatlah program ni. waktu tluang yg ada, sya dan Pinah mngambil ksmptn utk mandi di sungai ( pateo dlm bhsa asli)..overall kseluruhan program alhamdulillah berjalan lancar dan sgt best!:)

Sunday, November 29, 2009

my birthday...:)


salam...
arigato gozamaisu kpd sume kwn,family,kaum krabat yg wish my birthday smlm..hehe. mcm bru dpt anugerah jek. just want to share what i get from them, sbg pnghargaan la lebih kurang. ble kita dah diberi pnghrgaan oleh seseorang, seeloknya, hargailah dia balik..ececeh..

kite cite yg msj yg msuk dlm phone inbox dulu..huhu.msj petama yg msuk pada jam 12.10a.m. lbih kurg ialah..NUR HANISAH BT ISMAIL, hehe..dia ni kwn skolah dr form 1 lg, sampai skrg kitorg still contact. dia baik, student UIA NILAI, next week, nisah ni akan msuk kat UIA GOMBAK pulak.leh la jmpe saluu. msj yg bebunyi" salam, sanah helwa!Kte doakan sihat2 slalu.dpemudahkn urusan n sntiasa brada dlm plindunganya. have a happy day n syukur pada allah krana msih dpanjangkn umur, so kte masih ada pluang tuk improve diri sbg khalifatullah dibumi ini.:): kmudian selang bpe minit. msj kdua msuk drpd RASYIDAH aka SYIDAH. my best friend! msj dia pulak " salam, aku nk wish awal2 ni takot aku ttido n xbgun ble jam bunyi..urm SELAMAT HARI LAHIR YG KE 19. smoga pe yg ko impikn tmakbul sume..aminn..n xlupe SLAMAT HR RAYE".
esok pgnye pulak, dpt msj drpd en presiden, AFDHAL empunye ALIFFADHOL AIRLINES..haha..doa nih. " salam..slmt ulang thun..haha.moge dtingktkan kesabaran, dtambah keyakinan dalam mnghadapi dugaan hidup:)"

pagi ni pulak 29 NOV,alhamdulillah, ada lg yg wish. KAK ANA bg msj " salam, bella. hepi belated biufday yg ke 19..hehe.sory lambat.nk wish 28 aritu xsempat.." n one more from KAK SABIHAH " for every dream in our hearts, ALLAH gives us inspiration. for every hope we seek, ALLAH gives us unexpected miracles. May feel ALLAH's blessings n lov every minute of our lives. May ALLAh blessed all of us! Have a barakah in every moment.. HEPY BUFDAY MY BELOVED SIS!!"

dan xlupe yg bg msj kat fcebook, kwn2 UTM( nini, faizul, wan husna, pyqa habib, sara, ayu, hanis DDW, Mila,farah farahia, jery, abg faiz, abg syifak, kak amnah, mizah, adeeba khalilah, n kwan2 skolah ( marlia, jiha, raja nor izzudin, yati). xlupe gak wat wat MAKCIK2 KU yg tersayang..haaha, CIK WIN n CIK TIK, ohoho..blanje arrr..nanti kami blik kampung, jgn lupe buat kek sdap2..waaa.raya xblik kg, duk umah je. abah sibuk uruskan dging korban kt surau..ye kot:P

THANKS bnyk2 kpd yg sudi wish!:)..sy sgt2 mnghargai:)smoga doa2 kalian dimakbulkan ALLAH..insyaallah.

p/s: hmm..tunggu gak org2yg rpt ngan kita wish.mayb dia xingt kot..xpe la.

Wednesday, November 25, 2009

AKIBAT CINTA DUNIA





Album : Tsunami pembawa Masej Dari Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Cintakan dunia membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cinta dunialah yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa

Akhirnya timbul perpecahan di kalangan manusia
Pergaduhan dan peperangan berlaku
Cinta dunia ibarat racun
Yang membunuh kasih dan sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia

Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan

Cintakan dunia membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cinta dunialah yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa

(ulang rangkap 2)



untuk pngtahuan kumpulan mawaaddah ni adalah di bawah naungan Al-Arqam. kalau tidak silap salah seorg drpd anggota kumpuln ni adalah anak abuya. abuya juga yg mnulis lirik utk lagu ini.
sbrh pandangan sila kongsikn.:)

p/s: lagu ni dah jd favourite dah. thanks kt PINAH coz bgtau pasal kumpulan nih.
"cinta dunia ibarat racun,
yg mmbunuh kasih dan syg,
cinta dunia adalah musuh manusia
"


hehe...

Tuesday, November 24, 2009

2012 vs syukur 21


salam. almaklumla skrg boleh dikatakan filem 2012 ni mndpt sambutn hangat di seluruh dunia. saya sndiri tringin juga nk tgok,tp xpe lah. dok tgok iklan cte ni,tetiba teringat cte malaysia pd tahun 2001, xsilap iaitu filem SYUKUR 21. malam tadi trus g bukak utube tgok cte nih sampai kol bape tah. hehe. sgt truja!


Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatarbelakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimedia itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ. dan cte ni adalah terbitan seorg yg bukan islam( david teo).

dan menariknya cerita ni apabila dilihat kembali, walaupun pnggunaan ayat dan dialog dlm cte ni nmpk agak "skema", namun ini adalah satu2nya filem mmpunyai standard dengan filem 2012. walaupun filem ni gagal mndapat perhatian pnonton ktika itu. lagu2 yg dimainkan didalam filem ini sangat mmnarik phatian sya dan ungkapan2 smgtnya.

moral of the story: hehe. cte melayu yg mcm ni pon ape kurgnye, nk dibandingkn dgn cte 2012tu. xrugi pon xtgok.he2. (ha,kene sbijik). dan g tgok balik cte ni, kmudan respond pndangan anda!:)






Fail:2012.jpg


p/s :jgn lupe komen tau!

Saturday, November 14, 2009

PWTC


salam cuti semua..saje nak mnaip something xpenting pon. smlm sharian g rumah mkcik hanis kt selayang, tidur sane..segan laaa..tp dah hanis dok ajak bnyk kali..g la jugak..walaupun sbnarnya bnyk kerje mnimbun ni. x stat lagi buat gerak kerje XPDC DOA. tp mgu ni dah stat dah, hri selasa ngan khamis mlm hritu meeting sampai tgah malam, alang2 tu tumpang tidur kt K2 bilik Pinah ngan Saidah..terima kasih ea!. hr jumaat pulak meeting ngan ustaz shahrizal. bnyk bende aktiviti utk program tu kene rombak balik.

berbalik kpd cite td, sabtu( harini) tengahari berangkat la pulang setelah semalaman kt sane . Lpas tu time nak beli tiket LRT ada nmpk iklan MYCareer & Education Fair kt PWTC. ape lg, pegi la mrayap ke sana. masuk2 je, tkjut la jugak..(hehe).Terpampang besar "PAMERAN PERKAHWINAN MALAYSIA 2009". alang2 tu masuk la juga. kbnykn yg datang sume mcm pasangan2 yg nak berkahwin. sgan jalan..dok jalan2 tgok booth2 pngantin yg ada, nampak la sape ni artis KRISTAL tu ,vokalis dia sape tah. dia ada buat pakej kawin. hehe..berbalik kpd tujuan kdatangan kitorg ni sbnrnye nk carik PAMERAN KERJAYA. Kitorg punye la carik2 mane sbnarnya dia pameran tu.. rupa2 nya kt Hall 4, tingkat atas..

Masuk pameran situ pulak. rupa2 nya tanggapan kami salah. ingtkan pameran tu ada mlibtkan universiti ke atau Kementerian Pengajian Tinggi ke . rupa2nya tmpt utk company2 tawarkan kekosongan jawatan kt company dorang. huhu..Pameran mcm ni lbih sesuai utk student yg baru grad, sebab memang bnyk tawaran kerje. KFC pon ada..hehe. Nanti dah grad leh la dtg sini lagi.

dan lagi satu, rupa2nya pada masa yang sama kt PWTC tu ada MAJLIS GRADUASI OPEN UNIVERSITY. patut pon ramai keluarga2 yg datang siap dgn bunga2 lagi..seronok tgok graduan2 yg pakai baju konvo sambil pgang skrol yg dorg dapat tu. dan tabik spring la sebab kbnykn graduan2nye adalah warga yg sudah berumur dan bekerjaya. Walaupun dah berumur tapi smgt nk balajar tu kuat. Harap2 sy jugak begitu. (teringat g KONVO mak time ambik DEGREE kt UKM,BANGI)..hehe..TAHNIAH kpd graduan OU!(xsabar nak grad walaupun lama lagi.hehe)

by the way, hehe. bnyk jugak keluar duit harini. Naik teksi dari DAMAI ke PWTC- RM14.50. Balik dari PWTC ke kampus-RM9.40. kalau ada kete ke moto ke kan senang,leh g mane suke.hehe. lesen pon xambik lg,berangan je lebih..ok dah.malas nk taip dah,penat. SELAMAT BERCUTI2 MALAYSIA!!:)

Sunday, October 25, 2009

PERFUME, MESIR, FINAL DAN KOMITMEN


salam..
utk entry sblum nk menghadpi final exam ni, dan sebelum kesibukan melanda, bnyk bende yg nak diceritakan ni..pertama-tamanya, kejadian mlm td yg sedih jugak la..perfume HALEK yg bru dibeli tu pecah...perfume tu letak dlm laci, dah tu. mlm td igt nak kemas2 meja sikit. tengah dok mengemas2 tu, tah mcm mane boleh terlepas la..sayangnya. tak smpai separuh pon pakai. habis satu bilik berbau HALEK. bende dah jd nak buat mcm mane..ada hikmah2..

citer kedua pasal mlm td jugak. mlm td dpt mimpi yang menarik dan sedih. mimpi dpt tawaran sambung plajaran ke Mesir dan terpaksa meninggalkan keluarga dan kwn2 kt sini. memang sedih la mimpi tu..huhu..tp kalau jd knyataan pon bagus jugak..kalau dok jauh2 mungkin org lebih hargai kita..hehe..

citer ketiga pulak, ni dia main point dia. minggu dpn dah stat exam week. Hari isnin, rabu, jumaat,ahad dan khamis(12-11). bnyk xcover lg. main je memanjang. xtau la kenape sem ni xberape nak concentrate sgt..kat kelas pon ngantuk je..hmm..xyau la mcm mane nk jwb exam ni. tengok cary mark, hmm..lemah la. tah. wlau ape pun, buat jugak yg terbaik, kalau bukan utk diri sendiri, utk ibu bapa. ..ok, gud luck smua!:)

citer terakhir ni pulak pasal komitmen terhadap jkm dan lain2. insyaallah, sy msih lg berkhidmat utk jkm akan dtg. setelah memikirkan baik buruknya..akhirnya berubah hati juga. sayang dgn jkm. susah nak buang. huhu..dan dan harap supaya pihak2 berkenaan faham. sy punya tangungjawab besar dan bukan sya nak melarikan diri dar prgrm 2 itu. tetapi tah..sy xpernah pun pikir nak lari ke nak jauhkan diri ke. sy masih lg mnyokong..jgn kerana beberapa program yg kami tidak turut serta, kami telah dilabel dgn mcm2. harap pihak2 berkenaan faham..

rasenye setakat ni je..nk sambung study..hehe..marketing bnyk xbace lg ni.

wish all of the student especially student UTM,KL...GOOD LUCK.!:)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, October 19, 2009

Malam Penganugerahan Kolej(MPK) pictures..






Monday, October 5, 2009

al kisah disebalik Cinta Terakhir-Aiman


Aiman Bintang Akademi Nasyid

Aiman (2009)



saje je nak post pasal aiman. tgah dok kodek2 intenet, tjumpa la hafiz hamidun punye blog. ape kaitannya dengan Aiman?..hafiz ni ada buat satu lagu baru yg dibawa oleh Aiman. tajuknya cinta terakhir.al kisahnya dikhabarkan lagu ni adalah luahan rasa Hafiz Hamidun baru sahaja putus tunang bersama Shazwani Haridan..mungkin tiada jodoh antara keduanya. segalanya ketentuan Yang Maha Esa. semoga Hafiz terus tabah dan tidak berputus asa dalam mencari peneman hidupnya.

by Aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

House Warming - Hafiz Hamidun & my son by deheart.

rabbani-mana milik kita


Munsyid: Rabbani
Muaturun MP3 | 4.61MB ~ 4m55s

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

NOTA LAGU

Mana Milik Kita; sebuah lagu yang asalnya dibawakan oleh kumpulan Nadamurni dan kini didendangkan semula oleh kumpulan Rabbani, adalah sebuah lagu yang cukup menginsafkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Mana milik kita?
Mata kita, tangan kita, kaki kita, suara kita, anak-anak kita, ibu bapa kita, kereta kita, rumah kita, tanah kita, pangkat kita, paras rupa kita, syarikat kita, tanaman kita, ternakan kita, kesihatan kita…

Bila ditarik salah satu nikmat yang diberikan kepada kita ini, barukan terasa betapa diri ini kerdil dan lemah di sisinya. Barukan terasa betapa selama ini kita kufur kepada nikmat yang diberikan-Nya. Barukan terasa betapa selama ini kita lupa kepada Yang Maha Mencipta. Yang menjadikan kita dan alam semesta. Di setiap penjuru langit dan bumi, Dialah yang menciptakan segala-gala…

Bersyukurlah kepada Allah dengan sebenar-benar syukur demi mengharapkan keredhaan-Nya, dalam apa jua yang kita lakukan. Apa yang kita buat, apa yang kita sebut… itu semuanya menggunakan milik Allah. Malulah kita kepada Allah.

Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Semua yang ada, Allah yang punya.

Jangan mengungkit, lupakan saja.
Bersyukurlah kepada Allah, bukan bersyukur kepada manusia…

Wallahu’alam…

Sunday, September 27, 2009

eid- mubarak


time g beraye kt umah syidah..huhu

ngan mak kt umah bah jam
family picture
family picture juge..
Shikin n syidah..
ngan syidah..huhu


salam...lame xjenguk blog ni. seminggu berholiday raya..raya tahun ni xde ape2 sangat. dan peristiwa2 yg menyakitkan hati pada raya kedua tu memang xboleh nak dilupakan. bile dipikir2kan balik memang sakit betul la hati ni. tapi nak buat mcm mane. kita xboleh nak mlawan takdir. ada hikmah Allah uji kami anak beranak mcm ni..

dah3..kita tinggalkan bende2 ni..masuk bende yg best2 sikit la..huhu.kan raye. raya ke 5 lepas saya dan shikin beraya ke rumah syidah.kt tali air dua tu. yg dekat ngan penggambaran Nur kasih tuu.hehehe..pomot nih..rindunya kat diorang xterkata..dok berborak citer tu,citer ni sampai la satu cte pasal kawan kami sorg tu-atika . ada khabar berita yg kurg baik disebarkan pasal dia. kitorg ponxtau kesahihan nye. nak tanye dia takut dia kecik hati sebab ni bende besar. melibatkan maruah dia. mintak maaf tikah..

dok raye sini sane..perhati kawan2..sume dah lain..cume segelintir je yg still same dan xberubah.hmm..xtau la mcm mane nk ckp. masing2 dah ada pendirian masing2. to shikin n syidah.thanks 4 being my best fren..korang memang memahami aku...huhu..dah3.kembang pulak kang diorang ni..hehe.

malas nak menaip da..juz nak post gambar2 yg diambil mnggunakan Olympus yg bru dibeli mgu lepas..huhu..

Wednesday, September 16, 2009

kepada semua blogger dan sahabat2..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sejuta keampunan dititipkan,
moga redha Ilahi memberkati kita semua.
di lebaran penuh bermakna,
hayatilah ia sebaikya...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

mohon kemaafan kepada semua minal a'idin walfaizin

p/s : jemput dtg rumah semua..huhu..jom raya! " selamat berhari raya..ucapanku untuk semua..maaf dipinta dan diberi..semoga ikatan berkekalan abadi"

Saturday, September 12, 2009

3 topik


assalamualaikum..pd pg sabtu yg indah dan nyaman skali ini, kami bru shja pulang dr suatu tmpt utk mlakukan ssuatu yg mulia di bulan barakah ini.alhamdulillah.. satu malam di sana mmberi ktenangan dan saya kira dpt memuhasabah diri sejenak tentang apa yg kita telah lakukan spanjang kita hidup ini..terlalu bnyk perkara yg menimpa diri saya sama ada perkara yg mnggembirakan dan mnjatuhkan terutama apabila sy memegang jawatan ini. apabila diri terasa begitu lemah dan tidak berdaya sekali utk mghadapi segala macam perkara, Allah is the first. firman Allah ada memnyebut

"Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan"(surah Al-An`am:64)


Ini pula satu ayat yang diterima daripada seorang rakan :-

"Adakah apabila anda menangis & bersedih,anda mendapat apa yang anda mahukan?
Adakah anda tidak percaya pada Rukun Iman ke 6(percaya pada qada & qadar)
Adakah anda boleh dikatakan orang beriman selagi tidak diujiNya?
Adakah anda dapat membuat pilihan antara dunia & akhirat,yang mana anda mahu?
Adakah anda tidak melihat pengajaran dari kisah para Anbia` & sahabat? Adakah mereka tidak diuji?

Apabila anda diuji,katakanlah...cukuplah bagiku Allah

Kita milik Allah & akan kembali padanya..ingatlah Allah,maka hati-hati akan menjadi tenang"

ayat ini cukup memberi makna kepada diri saya. terima kasih kpd yg mmberi.

“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”



“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)



TOPIK 2

dua hari lepas saya baru sahaja mendapat panggilan daripada sahabat karib yg kini berada di Universiti Malaya,Nilam Puri, Kelantan ( Pijek a.k.a Hafizi) dan Rasyidah daripada Kolej Universiti Islam selangor(KUIS). rindu kepada sahabat2 sesekolah sedikit terubat. teringat di zaman persekolahan saat berada di dalam kelas, ketika waktu rehat, ketika menelaah pelajaran bersama, ketika dimarahi guru, ketika mengikuti program dan pelbagai lagi peristiwa menarik. Ya Allah! rindunya korang! . Atika Md Noor ( UiTM, Alor Gajah,Melaka), Nur Ashikin Misran( UM,Nilam Puri) adalah sahabat karib saya selain daripada Pijek dan Rasyidah. Kebanyakan sahabat2 sekelas saya mengambil jurusan agama spt (Syariah, usuluddin, dan Fiqh) di KUIS. dan saya mendapat berita bhwa bekas2 pelajar sekolah saya(SAMTK) mndpt tempat disana sbg seorang yg dikenali ramai antaranya sebagai presiden persatuan, ahli2 masjid, kem komanden dan pengarah program. tahniah kawan2!

Dunia persekolahan dan universiti jauh berbeza..di kampus, kita kene bnyk berdikari, survive diri sendiri dan sahabat2 juga berbeza. mungkin belum kenal lebih mendalam lagi. tidak ketemu lagi sahabat yang memahami diri ini...:((rindunya korang!)

TOPIK 3

Usrah, meeting dan program..
dah banyak kali akak2 PMI tanye "dah berapa kali buat usrah?"..setelah dilantik mnjdi naqibah ini, seringkali saya merasakn diri ini tidak layak langsung utk memikul tnggungjawab ini. namun inilah dia tanggungjawab. bukan tak ada masa, tapi saya sendiri tidak meluangkan masa utk usrah. hehe..insya-allah lepas ni akan dibuat juga.jgn risau. utk program pula, 3 program akan saya akan turut serta. 11/10, Kejohanan Futsal Terbuka di Sport Planet Ampang, kedua, pada 14/11., program Majlis Penganugerahan Kolej 09 dan ketiga program Ekspedisi Dakwah Orang Asli (XPDC DOA)di Pahang mungkin pada 4-6/12. jawatan2 telah diberikan dan agak berat sebenarnya utk saya terima terutama program yg melibatkan orang luar iaitu XPDC DOA. program di bawah PMi yang saya kira program yg memberi cabaran dari segi fizikal dan paling penting mental. insyaallah, sy akan melakukn yg terbaik utuk ketiga2 program ini. Amin...


p/s: nak pegi Brotherhood Art nak beli baju. to be continued...wasalam.





Sunday, September 6, 2009

AYAM vs H1N1







AYAM??
fobia kot tgok ayam..tp sekeliling kita sume makanan slalunya ada unsur ayam kan??haritu kak teha ada join Kursus HPA. org HPA ckp mmg btul ayam2 yg ada kt malaysia ni almost 80% ayamnya berenzimkan babi..pasal tu org cakap ayam skrg dgn dulu jauh beza rasanya. haritu abah ckp dulu kalau ratah tulang ayam..sedap..sampai hancur tulangya dimakan. tapi skrang tengok pun dah smacam.

hujung tahun 2007, timbulnya isu ayam yg disuntik dgn enzim babi yg dikatakan dapat mempercepatkan proses ptumbuhan ayam. tapi skrg nampak snyap je. seolah2 xde tindakan. kalau nak dikutkan hampir stiap hari makan ayam.sape yg xsuke makan ayam kan?. bila dgr balik isu ni, then cube kaitkan dgn isu selesema babi @ H1N1.

sorg lecturer sy (ustaz nik zaim) ada cerite,katenya virus ni sebenarnya hanya akan berjangkit kpd babi sahaja tp knapa manusia pun boleh bjangkit? cube pkir..mgikut pndpt dan pandangan beliau knapa manusia pun boleh djangkiti virus tersebut adalah kerana mungkin di dalam badan seseorang tersebut adanya unsur2 @ enzim2 babi yang mengalir dalam tubuh mereka. contohnya, dia pernah makan sosej@ ayam@ coklat @ apa2 makanan yg mungkin mempunyai enzim binatang tsebut. oleh itu, virus ini dengan mudahnya menjangkiti mereka. itu hanyalah pandangan beliau. tp bg sy ianya boleh diterima logik akal mungkin..

harap2 lpas ni kalau nak beli apa2 makanan ke tengok2lah isi kandungannya ea. kalau nak beli ayam tu tnye dulu org yg jualnya, sama ada ayam itu dr pembekal yg ok @x.tak pun kalau mmg dah suke sgt makan ayam, beli ayam organik. yg HPA punye tu ke( haha..kak teha.promot lg HPA ni.xde komisyen??huhu..). sy sendiri dah suggest kat family kalau boleh elakkan ayam biasa. kt Kuala Slangor ada rasenye ayam organik ni. xpun tukar kpd burung puyuh ke ikan ke makanan laut ke. kt rumah slalu gak makan burung puyuh. goreng tpung ke masak rndang ke. kan rasenye mcm ayam jugak. hehe..

lpas tu set kt otak, no more AYAM.kalau boleh jgn beli lgsung ayam ni.(mmg susah pun nak tinggal..mcm mane ea?) bagitu kt sahabat2 lain..kurgkn makan ayam tau.


p/s: kalau nak tau halal @ x makanan tu, boleh lawati web JAKIM- www.halal.gov.my atau nak mudah sms je HALAL[ no barcode] hantar ke 32728.

Tuesday, August 25, 2009



lagu : istighfar
nyanyian : saff-one

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri



Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

mungkin ketika ini, saya merasakan satu perasaan dimana sy berasa tiada kekuatan dalam diri ini..disebabkan beberapa perkara yg berlaku,satu perbalahan yg dikira besar berlaku dalam hidup saya, tidak pernah saya merasakan perasaan sebeghini. sering kali saya mahu mnyalahkan diri ini..pelbagai persoalan mnghantui fikiran..
"betul ke ape aku buat ni?"
"aku memang salah laa"
"kenapa dorang layan aku macam ni?"
saya mngakui berat utk memikul tnggungjawab ini..ramai menyangka tugas saya ni ringan sahaja. hanya mengarah2 sahje...tapi hakikatnya utk mnjaga hati semua pihak bukan mudah..setiap perkataan yang terkeluar dari mulut kita harus dijaga supaya tidak mengguris hati semua pihak. namun saya juga hamba Allah yang sering melakukan kesilapan. Disebabkn tahap kemarahan saya melebihi tahap kesabaran saya pada malam itu, banyak hati2 yang terluka. maaf...tiada niat utk berkata begitu..tp saya meluahkan apa yg diadukan kpd saya..

kerana perbalahan ini, setiap saat saya merasa bersalah pada diri sendiri. terasa spt mnanggung beban yg berat. ayat2 sindiran sering terucap dari mulut mereka tatkala bertemu atau berselisih jalan, shinggakn berlaku jurang yg jauh antara kami..tah la. ucapan maaf sudah..tapi xley nak maafkan ..tah..bingung..

kesempatan ini juga, saya ingin mmohon maaf,asifu kasir atas segala percakapan, tutur kata dan perlakuan saya sekiranya ada mengguris hati sahabat2 skalian..kadang2 kita xsedar apa yg kita ckp dan apa yg kita buat menyakitkan hati org lain..maaf..

sekali kita jatuh, untuk bangkit semula, satu kekuatan yg luar biasa saya perlukan. Ya Allah1 bantulah hambamu yg sangat memerlukan pertolonganmu ini Yallah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10