Pages

Saturday, August 28, 2010

Antara Penyapu Lidi dan Vacuum


“Amin! Boleh tak sebatang lidi menyapu habuk di atas permaidani?” tanya Syukri penuh semangat kepada rakan sekuliahnya, Muhammad Amin.

“Ha? Mana boleh? Sudah tentu tidak.”
“Ahaa! Tepat sekali. Bagaimana jika beberapa batang lidi diikat bersama menjadi sebatang penyapu lidi?”

“Ya! Kali ini boleh. Ehh! Engkau nak buka perniagaan sambilan menjual penyapu ke Syukri?” tanya Muhammad Amin, kehairanan mendengar soalan rakannya itu. Mereka berdua ialah pelajar tahun pertama dalam subjek ekonomi di Universiti Muamalat Malaysia. “Subjek ekonomi yang engkau pelajari sekarang ini pun macam nyawa-nyawa ikan. Takkan nak buat bisnes pulak?” lanjut Muhammad Amin.
“Bukan buat bisnes. Saja nak bagi engkau satu perumpamaan.”
“Teruskan…”

“Kita umat Islam dituntut berusaha untuk agama dan umat. Akan tetapi jika kita berusaha secara berseorangan, hasilnya amat minimum…macam sebatang lidi yang digunakan untuk menyapu habuk di atas permaidani. Entah-entah takde hasil langsung!” “Owh! Menarik ni…teruskan…” jawab Muhammad Amin sambil menyedut jus Carrot susu di depannya. Jus tembikai Syukri kelihatan masih belum disentuh.

“Akan tetapi kalau kita berusaha dalam dalam satu jamaah, hasilnya jauh lebih baik. Satu jamaah umpama beberapa batang lidi yang diikat menjadi sebatang penyapu lidi, ia lebih berhasil untuk menyapu habuk di atas permaidani” jelas Syukri. Jus tembikai mula disedutnya, kepuasan terserlah di air muka setelah melihat Muhammad Amin mengangguk-angguk.

“Nanti dulu, ada lagi!”
“Apa dia? Teruskan…” jawab Muhammad Amin dengan wajah yang berseri-seri.
“Di antara sebatang lidi dan sebatang penyapu lidi, yang mana satu mudah dipatahkan?”
“Sudah tentu sebatang lidi. Ahaa! Engkau nak cuba buat perumpamaan yang kalau kita berseorang, kita mudah gagal berbanding kalau kita berjamaah, kita sukar gagal atau patah semangat?”

“Bijak sungguh engkau ni Min. Aku belum cakap engkau dah tangkap!”
Muhammad Amin membalas sederhana: “Takdelah bijak mana, setakat itu aku tahulah”
“Owh! Jadi engkau dah tahulah tentang jamaah yang aku nak jemput engkau ni? Kalau gitu tunggu apa lagi?”
“Hmm…adalah, susah sikit aku nak cakap. Bukan semua orang boleh terima.”
“Belum cuba belum tahu. Try me, I’m open, I’m cool man” balas Syukri sambil mula menconcongkan diri kepada Muhammad Amin.

“Bukan apa…perumpamaan penyapu lidi itu memang baik. Tetapi…tetapi setakat yang aku amati, habuk di atas permaidani tak disapu. Masing-masing jamaah hanya sibuk untuk mengetatkan ikatan penyapu lidi masing-masing.”
“Maksud engkau?”

“Masing-masing jamaah banyak memberi tumpuan kepada mengkader ahli yang baru dan memagar ahli yang sedia ada. Aktiviti demi agama dan umat amat minimum. Mungkin ada tetapi aku tak nampak pun.”
“Aku rasa engkau tak nampak kut…” balas Syukri sambil mula ke belakang, bersandar di kerusi plastik warung tepi jalan itu.
“Ada lagi yang aku nampak…engkau nak dengar ke?”
“Err…apa lagi?”
“Kalau pun penyapu lidi dah berjaya diikat ketat, aktiviti seterusnya ialah berlawan pedang antara sesama jamaah. Penyapu lidi umpama pedang.”
“Isyy! Mana ada kita main pedang?”

“Ada, itu hanya kiasan. Perhatikan antara berbilang jamaah, berlaku fenomena saling mendengki, saling memfitnah dan saling bersaing secara negatif. Aktiviti ini lebih diberi tumpuan berbanding menyapu habuk di atas permaidani.”
“Ahaa! Itu aku tak setuju. Jamaah yang aku join semuanya OK. Semuanya baik, semuanya teratur lagi kemas. Yang engkau cakap itu mesti jamaah-jamaah yang lain. Mereka itu memang berterabur…samseng pun ada!”

“Inilah yang aku maksudkan. Engkau menganggap jamaah engkau yang terbaik, orang lain menganggap jamaah dia yang terbaik dan begitulah seterusnya. Akhirnya berlawan pedang siapa yang terbaik, habuk masih belum disapu.”

“Habis engkau apa beza? Engkau tidak menyertai mana-mana jamaah, engkau hanya sebatang lidi yang tidak menyapu apa-apa habuk juga!” tegas Syukri, nadanya sudah berubah sikit, lebih tinggi daripada sebelumnya. Ketulan ais dalam jus tembikainya sudah mula cair.
“Islam ini luas, Islam ini lapang, ada pelbagai sarana dan jalan. Seseorang itu bebas memilih cara yang efektif untuk dia berusaha demi kebaikan agama dan umat. Jangan memenjarakan diri dengan satu sarana aje.”

“Habis engkau guna cara apa?” tanya Syukri tidak sabar.
“Aku guna vacuum cleaner. Penyapu lidi dah ketinggalan zaman daaa…!” balas Muhammad Amin tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Syukri.

Begitulah perupamaan-perumpamaan yang dipaparkan di dalam buku tersebut yang sedikit sebanyak berlaku dalam kalangan jemaah-jemaah Islam pada hari ini. Semoga menjadi pengajaran dan panduan bagi kita semua dalam menyebarkan risalah Allah SWT. Untuk bacaan lanjut antum boleh beli buku itu atau baca sedikit dalam laman web yang ana letak di atas tadi.. Wallahu'alam.


copy from http://allinonestand.blogspot.com

Monday, August 23, 2010

Tenanglah Jiwa, Damailah Hati..




hari berganti hari. tanpa disedari kita sudah hampir kepada pertengahan ramadhan. terasa sayu seketika. jemaah yang bersolat jemaah dan terawih di masjid pula semakin lama semakin maju ke depan ( berkurang). alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan untuk bersama2 berterawih, bertadarus bersama jemaah yang lain.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan dan salah seorang manusia itu mungkin saya dan mungkin anda. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya. Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.

Di sinilah kita perlu memujuk diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati.

Teringat kata2 ustaz khairuddin semasa di masjid tadi." manusia ni imannya bertambah dan berkurang. iman manusia tak akan naik je. kalau sentiasa naik tu, malaikat dan para nabi. begitulah apabila di awal ramadhan,masing2 bersemangat. lautan manusia sibuk membanjiri masjid2 berdekatan. tapi apabila sudah naik ke minggu kedua,dan seterusnya. masing2 dah kurang semangat, buat yang fardhu je. sedikit demi sedikit jemaah yang hadir. akhirnya tinggal bilal dan imam sahaja" seloroh ustaz. hehe.

apabila saat semangat itu hadir, wah! berkobar-kobar, bahagia. tapi apabila fasa semangat itu jatuh, down seolah-olah seperti kehilangan sesuatu. hati resah, gelisah, kemalasan melanda. begitu juga saya dan anda sekalian.

tekanan demi tekanan diterima.

kebekangan ini, saya sedang berhadapan dengan fasa yang paling tidak disukai( down).allah, besar sungguh ujian dan dugaan yang Kau berikan kepadaku.. terlintas di fikiran,Tidakkah kita hairan melihat Hamzah bin Abdul Muttalib RA? Dia mati di medan Uhud. Bahkan mati dalam keadaan yang amat mencucuk jiwa. Hatinya dimamah dan tubuhnya dilapah-lapah. Hidung dan telinganya dipotong. Hingga Rasulullah SAW juga menjeruk rasa bersedih hati, hingga Rasulullah SAW terpaksa menghalang makciknya Safiah bte Abdul Muttalib dari melihat Hamzah.

Kita hairan. Apakah yang membuatkan mereka kekal tabah? Bahkan bukan semata-mata tabah bertahan rasa. Mereka terus tulus berjuang menegakkan agamaNya.

Apa yang menggerakkan mereka? Apa yang mencuci kelukaan mereka apabila ditimpa kesukaran demi kesukaran? Apakah yang merawat jiwa mereka? Saya tiada jawapan lain melainkan keimanan yang sempurna kepada Allah SWT.

saya sedar, saat kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.

Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.
Tenanglah jiwa, damailah hati.

Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.

Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.

juga, mohon doa kalian semua supaya saya dapat kembali aktif, kembali bersemangat masih bisa bernafas di atas bumi ciptaan Allah ini dan masih bisa memikul "bebanan' ini.insyaallah. ayuh, stand up!.

credit to langitilahi.com

Wednesday, August 11, 2010

ahlan wasahlan ya ramadhan..




syukur, alhamdulillah pada saat dan detik ini saya masih diberi peluang olehNya untuk bernafas dengan sempurna di atas muka bumi ini. hari ini- 1 ramadhan 1431 hijrah bersamaan 11 Ogos 2010. cuaca yang sungguh baik sejak dari semalam.

subhanallah. hari2 ku berlalu dengan pelbagai aktiviti dan program. setiap hujung minggu ada sahaja ke sana ke mari. hari ahad yang lalu, saya telah mengikuti satu mesyuarat bersama masjid dan beberapa ahli KSS dan PMi. meeting yang agak lama bermula dari jam 9.30 pg hingga 3 petang. huhu. dijamu pula dengan nasi lemak dan nasi beriyani gam yang sungguh enak :) alhamdulillah. mesyuarat yang mana membincangkan pelbagai isu dan perancangan aktiviti sepanjang bulan ramadhan. dan pada hari itu juga kami diberitahu mengenai majlis pelancaran bulan penghayatan al-quran dan forum ramadhan pada esok harinya (isnin). on the spot, diberi tugas menjadi biro multimedia menyediakan montaj, poster, backdrop. huhu. jadi bidan terjun seketika.

dan ketika itu saya usulkan kepada Ustaz K (Khairuddin) untuk menumpang satu program yang kami rancang iaitu ( Pelancaran Tabung "UntukMu Palestin"). alhmdulillah, lega rasanya apabila selesai sahaja pelancaran tabung itu berlangsung. dan saya kira itu adalah titik permulaan saya kepada "misi" yang saya cuba sampaikan kepada mahasiswa khususnya. mohon doa daripada semua supaya misi ini berjaya. ;)


kelmarin, buat pertama kalinya melaksanakan solat di Masjid UTM IC yang baru. subhanallah. sukar digambarkan perasaan ini.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.



selamat berpuasa..;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10