Pages

Showing posts with label Bumi Suci: Makkah dan Madinah. Show all posts
Showing posts with label Bumi Suci: Makkah dan Madinah. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Kuasa Doa :Babak Selipar dan Air Zam-zam



Assalamualaikum.

Err. Macam mama nak mula ni ye. Segan pulak singgah sini. Berhabuk sudah. Tengok post list, banyak betul draf-draf entry yang tak sempat untuk dikhatamkan penceritaannya.

Takpa. Kita mula balik sikit-sikit.

 Sambil-sambil blogwalking dan fbwalking ni, mata sesekala melihat pada skrin tv. Siaran TV Alhijrah menjadi pilihan. Pasang telinga mendengar celoteh Ustaz Elyas Ismail. Lucu juga ye beliau. Santai, tapi mesej sampai. Topik: kehebatan doa. Petang tadi di TV9 Tnyalah UStazah juga berkisarkan topik ini.

Bercerita tentang doa. Saya mula teringatkan peristiwa sewaktu mendapat jemputan untuk sama-sama turut-serta dalam misi Road to Saudi Arabia KSS-UTM.

Waktu itu, En Noraimi ( pengetua) sendiri menelefon bertanya sama ada saya ingin turut serta atau tidak. Allahu Rabbi. Indeed. Dalam hati waktu itu meronta-ronta untuk berkata "ya". Tapi atas kekangan yang tertentu, saya meminta sedikit waktu untuk memikirkan jawapannya kerana En Noraimi meminta untuk menyerahkan deposit secepat mungkin. Fakor kewangan menjadi keutamaan.

Sudah lah waktu itu saya tidak punya sebarang tajaaan/ pinjaman selama hampir setahun. Hanya bergantung kepada wang yang diberi ibu bapa setiap bulan. Kusut memikirkan soal ini. Tabungan yang ada tidak seberapa. Berkali-kali saya meminta pandangan dari emak. Dan saya masih tidak punya jawapan yang pasti. Istikharah dan doa tanpa putus. Tanpa diduga, saya mendapat satu panggilan daripada seorang teman.

"Salam, Nabila. Akak ni. Akak nak tanya lah. Kraf awak tu, awak amik tak tempahan untuk weeding? Akak nak survey untuk weeding abang akak"

Pertanyaan tersebut menjadi realiti. Tempahan sebanyak 1000 biji keychain untuk majlis perkahwinan. Allah. Tidak dapat kugambarkan perasaan waktu itu. Saya pasti benar ini merupakan antara rezeki yang Allah tunjuk bagi memudahkan perjalanan saya. Sememangnya ia benar-benar membantu. Dengan berkat hasil daripada membuat keychain ini ditambah dengan wang tabungan daripada akaun Tabung Haji saya, Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan bayaran tersebut.




Nahh. Hebatkan kuasa doa?

*Air Zam-zam

Mengimbas kembali memori di Tanah Suci. Teringat saya waktu di Masjidil Haram sewaktu kami berpuasa sunat beramai-ramai. Hari Khamis. Pagi itu kami melaksanakan ibadah umrah. Selesai miqat  di Masjid Aisyah, terus ke masjidil Haram untuk rukun tawaf pula. Entah bagaimana kami terpisah antara satu sama lain. Janjinya untuk bertemu di tempat sekian sekian setelah semua selesai tawaf. Tapi tidak ketemu.

Saya terpisah keseorangan. Telefon tiada untuk menghubungi mereka. Risau sebenarnya. Lantas, saya mengambil keputusan untuk saie sendirian dengan harapa mungkin bertemu mereka di pertengahan jalan. Dengan cuaca panas terik ditambah perut yang berbunyi, sungguh. Dugaan bagi orang yang berpuasa. Setiap 30 minit saya singgah ke bahagian tong air zam-zam. Lencun juga telekung ni habis dijirus dengan air.Lega seketika. Sehinggalah waktu Zohor tiba.



Selesai solat, saya mohon doa supaya diketemukan semula dengan teman-teman yang lain. Tergerak hati untuk ke tempat air zam-zam semula.. Akhirnya, saya bertemu dengan Jannah, tidak lama kemudian, datang pula Zulhelmi dan Zulfadzli. Alhamdulillah.

Rupanya salah faham berlaku tentang lokasi pertemuan semula kami sewaktu tawaf tersebut. Ada yang tunggu di tingkat bawah dan ada yang tunggu di tingkat atas.



Nah. Saya dibawa mereka ke tingkat bawah. MasyaAllah. Sejuk sungguh. Patut bahagia je muka mereka. Hehe. Kami duduk di satu sudut. Sejuk sehingga lena tidur masing-masing. Sesekala mata memerhati jemaah-jemaah yang sedang ber saie. Perut pula tak berhenti dari berkeroncong.

hampir waktu Maghrib, disebabkan tiada makanan untuk dijamah, hanya air zam-zam sahaja. Perut meminta nasi. Waktu azan semakin hampir, saya cuma mampu berdoa, dengan minum air zam-zam ini insyaAllah saya akan kenyang dan tidak mengganggu urusan ibadah selepas itu.



Alhamdulillah. 6 gelas habis. Benar, kenyang sungguh. Sehingga sewaktu pulang ke hotel, kami dijamu dengan nasi arab. Tapi masing-masing hanya menjamah sedikit sahaja. Barangkali dek kerana kenyang minum air zam-zam. Hehe




*Selipar

 Hari keberapa kurang pasti. Seingat saya pada waktu Zohor. Kami ke masjid sedikit lewat ketika, berjalan dari hotel ke masjid dengan jarak yang agak jauh. Cuaca panas terik. hampir 40 darjah celcius.

Berjalan dengan pantas sehingga tiba di  pintu Marwah. Mengah-mengah rasanya. Imam sudah mula bacaan. Kami segera meletakkan selipar masing-masing di bahagian tepi tiang sedikit tersorok. Ada yang meletakkan di dalam bungkusan bag.


Kisahnya, selesai sahaja solat. Hati terdetik.

"Agaknya selamat tak selipar aku kat luar tu. Biasanya kitorang letak kat dalam. Kali ni letak kat luar pulak. Dahla banyak kes hilang selipar ni"

Pertanyaan itu hanya berlegar dalam fikiran buat seketika.


Selesai semuanya, kami bercadang untuk pulang semula ke hotel untuk menjamah hidangan tengahari. Sampai di Pintu Marwah, masing-masing lantas mencapai selipar. Eh, selipar saya tiada. Begitu juga selipar kepunyaan seorang lagi teman saya. Allah. Tersenyum di hati. Lantas saya terfikir kembali apa yang saya omelkan di dalam hati sebelum ini.

Nah. Kan Allah balas cash. Sedangkan itu baru terdetik dalam hati. :)

Kerap kali saya berfikir semula, Allah hebatnya kuasaMu. Bagaimana seorang pelajar seperti saya dan teman-teman yang lain, yang tidak punya sumber pendapatan sendiri akhirnya bisa menjejakkan kaki ke Tanah Suci?

 Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.








Monday, June 4, 2012

Masih ku ingat: "Taman Syurga"





I feel lost inside myself.............................and I believed it's still left at Mecca and Madina, Allah!



Hari ini sudah masuk hari ke-11 setelah kembalinya kami dari Tanah Suci. Dan tahap kerinduan itu masih tidak berubah dan tidak berubah




Masih ku ingat,


Rasulullah bersabda, “Di antara rumah dan mimbarku adalah taman dari taman-taman surga, dan mimbarku di atas telagaku”. 


Sewaktu pertama kali berpeluang masuk ke Raudhah (taman syurga) di Masjid Nabawi. Pagi itu seusai solat subuh, saya dan Azyan mengambil keputusan untuk duduk di masjid sehingga kebenaran untuk ke Raudhah dikeluarkan. Kawasan Raudhah hanya dibuka untuk jemaah wanita pada waktu tertentu selepas solat subuh, zohor dan isyak kalau tidak silap saya. Terdapat satu ruang di sediakan untuk jemaah yang mahu masuk ke Raudhah mengikut negara. Kami mencari-cari ruang untuk jemaah Malaysia. Tidak ketemu. Rupanya jemaah Malaysia ditempatkan di bahagian jemaah Indonesia. Kami duduk di bahagian belakang dan bertadarus sebentar. Hampir 5 minit duduk, pandangan kami tertumpu di bahagian atas. Bumbung sedang terbuka. Subhanallah, Cantik! Tiba-tiba kelihatan sekumpulan jemaah arab , bangun dan berlari- lari  ke bahagian kiri. Allahuakbar. Kami berpandangan sesama sendiri.

 Oh. Rupanya pintu ke Raudhah sudah dibuka. Tetapi jemaah Malaysia masih tidak dibenarkan untuk masuk.  Kami menanti dengan penuh kesabaran menunggu isyarat kebenaran masuk bagi jemaah Malaysia dan Indonesia. Hampir 40 minit berlalu, masih belum dipanggil jua. Sehinggakan hanya tinggal jemaah dari beberapa negara sahaja. Teringat sewaktu berbual dengan Ustazah Naimah di Pusat Islam, UTM, beliau ada memberitahu, jemaah kita biasanya akn diberi kebenaran masuk pada waktu-waktu akhir.  Sewaktu jemaah dari negara Iran (kalau tidak silap, saya sudah terlupa) dipanggil masuk, Azyan menoleh ke arah saya.

" Nak ikut dorang tak ? jom. "  

Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk mengikut jemaah tersebut ke Raudhah memandangkan jemaah kita masih lagi belum dipanggil.  Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ke Raudhah kami tidak ditahan oleh petugas. Padahal kiri dan kanan kami dikelilingi oleh petugas yang memakai serba hitam itu.

" Hajja, Hajja! Duduk, duduk! "

Ayat ini begitu sinomim dan menjadi bahan bualan kami sesama sendiri. Mungkin kerana slang sebutan mereka yang kelihatan lembut dan bercampur dengan slang arab.

Berjalan dan terus berjalan. Memerhati sekeliling dan mata saya tertumpu di bahagian karpet. Bahagian karpet yang berwarna hijau itulah raudhah, manakala karpet berwarna merah masih lagi kawasan masjid. Kami semakin hampir. Selangkah, dua langkah kami semakin hampir dengan Makam Nabi Muhammad. Alhamdulillah, Allah izin kami untuk sampai ke sini.Tidak semena-mena air mata ini mengalir deras, tidak terbendung lagi. Saat ini,kita begitu dekat dengan baginda Nabi Muhammad S.A.W.



 Apakah layak untuk umat-Mu ini berada di sini? 
Sejauh mana aku mengamalkan sunnah-Mu?


 Terasa begitu kerdilnya diri ini menjadi umat-Mu ya Rasulullah..Allahuakbar. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah bermain di bibir. Tidak lupa, salam yang dikirim sahabat-sahabat dan sanak saudara di Malaysia kepada baginda saya sampaikan. Sempat juga kami menunaikan solat sunat dua rakaat, berzikir dan berdoa. Berdoa di kawasan Raudhah antara doa yang paling mustajab. Disini, doa akan diangkat terus ke langit kepada Allah S.W.T tanpa perlu kepada perantaraan mahupun hijab. Insyallah, dengan izin-Nya, doa itu mudah untuk dimakbulkan. Kebiasannya, jemaah yang mengambil terlalu banyak masa untuk beribadat dan berdoa di kawasan raudhah akan diminta untuk keluar. Pandangan saya tertumpu pada seorang jemaah yang kelihatan sujud terlalu lama, ditarik tangannya oleh petugas supaya memberi peluang kepada jemaah yang lain. Setelah selesai semuanya, kami bergegas mencari jalan keluar. Pandangan saya beralih pula kepada kanvas yang menjadi pintu penghadang sepanjang kawasan Raudhah. Ada yang menulis nota-nota kecil seakan-akan doa. Ada yang menulis nama. Di satu sudut, kelihatan jemaah Syria yang sedang asyik menangis teresak-esak sambil mengucup tiang putih itu.


Rasulullah SAW pernah bersabda, “Shalat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih utama 1.000 kali dibanding shalat di masjid lainnya kecuali di Masjidil Haram dan shalat di Masjidil Haram lebih utama 100.000 kali shalat daripada masjid lainnya.”



" I feel lost inside myself,     And I believed its still left there"




*Zulaikha Althafunnisa*



Thursday, May 31, 2012

Kembara Rohani ke Tanah Suci


bergambar di lcct sebelum bertolak ke Colombo

Assalamualaikum w.b.t
Tiada kata lain yang dapat diungkapkan tika ini selain lafaz alhamdulillah pujian-pujian dan syukur kupanjatkan buat-Mu ya Allah.

Tanggal 12 Mei 2012 menjadi satu tarikh yang cukup bermakna bagi rombongan kami seramai 11 orang. Kembara ibadah selama 13 hari di tanah suci Mekah dan Madinah, menyelusuri sirah perjuangan para sahabat, menziarah rasul junjungan Rasulullah s.w.t, menjejakkan kaki di Baitullah memberi seribu satu coretan memori indah yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Pada awalnya semasa di LCCT, saya sedikit gelisah kerana menantikan kehadiran keluarga yang tidak kunjung tiba walaupun jam sudah menunjukkan kurang dari satu jam untuk berlepas. mulanya saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa datang jauh dari rumah ke lcct. Mujur rumah nenek di Banting dan tidak berapa jauh dari lcct. Alhamdulillah lebih kurang 10 minit sebelum boarding, sempat jugak jumpa.

selamat mendarat di Sri Lanka Airport

akhirnya tiba di King Abdul Aziz Airport, Jeddah

proses penyerahan visa


Setibanya di King Abdul Aziz airport, perjalanan diteruskan untuk check-in di Madinah dan hotel tempat kami menginap tidak jauh dari masjid Nabawi. kali pertama menjejakkan kaki  di masjid Nabawi, meremang satu badan, tak semena-mena berjurai air mata. macam mimpi je semua ni. sSeusai solat subuh, saya dan Azyan menunggu di bahagian depan masjid untuk masuk ke dalam Raudhah - makam Rasulullah. Alhamdulillah Allah permudahkan. kami masuk bersama jemaah Arab yang lain kerana kebiasaanya jemaah Indonesia dan  Malaysia akan dilepaskan paling akhir. Ya Allah, tidak tergambar perasaan itu! ketika berada di masjid Nabawi, kita disaran supaya memperbanyakkan selawat dan salam  kerana kita begitu dekat dengan kekasih Allah Rasulullah s.w.t.


di Bukit Uhud bersama Wani dan Hanis

Ladang kurma










Masjid Nabawi pada waktu malam


menjamah nasi arab bersama daging unta
hotel tempat penginapan kami
Belum puas rasanya berada selama empat hari di madinah, kami mula bergerak untuk ke Mekkah. masing-masing sudah siap dengan pakaian ihram.Perjalanan menaiki bas lebih kurang 6 jam diiringi dengan bertalbiyah. selepas check in di hotel, kira-kira jam 11 malam kami berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram untuk menjalankan umrah yang pertama. Perasaan sama ketika berada di masjid Nabawi menyelubungi diri tatkala melangkah masuk ke Baitullah. Subhanallah!



dalam perjalanan ke Masjid Tanaeem untuk miqat




Bukit Safa
 sepanjang berada di Mekah, saya sempat berpuasa sunat satu hari bersama rakan-rakan yang lain. Pengalaman terbaik berpuasa di sana, dengan keadaan cuaca yang panas memcecah 45 darjah celcius. hanya Allah yang tahu perasaannya. Pada hari yang sama, kami sempat mengerjakan umrah. selesai tawaf masing-masing berpecah. takut juga pada mulanya bila pikir dah terpisah sorang-sorang ni. tapi takpe hilang pon masih dalam masjid. selesai solat zohor, saya mengambil keputusan untuk Saie sendirian di level 2 dengan harapan dapat terserempak dengan rakan-rakan lain. yang kelakarnya, disebabkan cuaca yg amat panas, hampir 30 minit sekali saya ke tempat air zam-zam untuk membasahkan kepala, tangan dan stokin. lega yang amat!. habis lencun telekung. tak sangka betul bila jumpa kawan-kawan yang lain, diaorang pon buat benda yang sama. haha. Seusai azan Maghrib, 6 cawan air zam-zam menjadi santapan. Malam tu pulak ustaz sharizal jamu kami yang berpuasa ni  dengan nasi arab. memang kembungla perut. alhamdulillah~

perkarangan masjidil haram pada waktu malam

aiskrim arab



Jabal Thur


Jabal Rahmah
Jabal Rahmah dikatakan menjadi tempat pertemuan nabi Adam dan Hawa setelah terpisah hampir 100 tahun. kat sini ramai orang tulis nama dengan harapan untuk mendapatkan jodoh. kita tak disarankan untuk berbuat demikian. cukuplah sekadar berdoa semoga dipertemukan jodoh yang sesuai , yang soleh,  yg dapat membimbing dan dapat melengkapi kekurangan kita dan bapa yang baik untuk anak-anak :)

bila cakap pasal jodoh ni, teringat satu peristiwa menarik. masa tu dalam perjalanan balik dari Masjidil Haram berseorangan. tengah  berjalan sambil melihat barang-barang yang dijual di kedai, dlam hati bermonolog sendirian. "Allah tu Maha Kuasa. mana tau kalau keluar je dari  kedai ni, Allah nak tunjukkan jodoh kita". ya Allah. Benar! Hebatnya Kuasa doa di tanah Suci, sebaik sahaja saya melangkah kaki keluar dari kedai tersebut, betul-betul muncul melintas depan mata" . jantung berdegup deras, terkelu lidah.Siapakah hamba Allah yang bertuah itu? hehe.rahsia la. mane boleh bagitau. Sama ada  benar mahupun kebetulan, Allah itu sebaik-baik perancang. Saya cuma mampu berdoa supaya dipermudahkan jika benar dia adalah jodoh yang telah ditetapkan . Aminnn..:) (feeling-feeling macam cerite KCB time Abdullah Khairul Azzam first time jumpa Anna Althafunnisa masa kawan dia tertinggal buku dalam bas tu)


landasan keretapi yang sedang disiapkan untuk kemudahan jemaah. KTM  malaysia terlibat sama dengan projek ni. terbaik la. 

kat ladang unta

masjid hudaibiyah lama

replika projek masjidil haram yang bakal diperbesarkan untuk menampung jemaah 

perjalanan pulang ke hotel mengambil masa 20 minit berjalan kaki.

menara jam
depan masjidil haram



di airport untuk pulang ke Malaysia


sempat makan Al-Baik sebelum naik flight

8 anak-anak , 2 bapa dan satu mak :)


Dah hampir seminggu pulang dari sana, kerinduaan untuk beribadah di sana masih tetap teguh dalam jiwa. Salah satu doa saya di sana dah dimakbulkan. Dah 3-4 orang tegur kenapa nampak kurus. kihkih. 13 hari bersama rakan-rakan yang lain yang seolah-olah sebuah keluarga besar menjadikan group facebook Road to Saudi Arabia sentiasa 'update' dengan status-status  berbaur kerinduan di tanah suci. :) insyaallah, banyakkan doa supaya dipermudahkan dan diberi kesempatan lagi untuk ke sana. Doakan ibu bapa kita, keluarga dapat pergi bersama-sama. mana tahu kalau dapat pergi lagi sekali bersama team Road to Saudi Arabia bersama pasangan masing-masing. Tak mustahil kan? ;D Saya menyimpan impian untuk tinggal di sana sama ada belajar mahupun bekerja mahupuuuuuun berkeluarga. hehe. 


p/s :  sejak pulang, badan masih tak rehat dengan secukupnya. Menyiapkan tugasan yang bertimbun, menghadapi test dan presntation. Tidur jam 2-3 pagi. Alhamdulillah sudah selesai 70% tugasan. sebenarnya   terlampau bnyak idea yang terbuku kat otak dan tak terluah lagi kat sini. cuma sedikit coretan kosong. ikutkan hati macam nak karang satu buku je rasa.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10

I'm the Manager of Bella.Go.Craft