Pages

Friday, June 29, 2012

Rencah Kehidupan: Amal


Salam Jumaat yang indah lagi barakah, Penghulu segala hari <3


Semalam sempat 'call' mak . harini sudah masuk seminggu mak, atuk dan nenek berada di tanah suci. Berbeza sedikit dengan semasa saya ke sana bulan lepas. Pakej yang dipilih mak ni, rupenya terus direct dari Malaysia ke Makkah, transit 10 minit di Doha. Sampai di Makkah, letak barang , makan dan terus bersiap untuk menunaikan umrah pertama. Alhamdulillah semua sihat, masih diberi kekuatan untuk beribadah. Mak kata penginapan kat Hotel Rayyan, jarak lebih kurang 20 minit ke Masjidil Haram. Cuaca sudah mencecah 50 lebih darjah celcius. Moga mereka diberi kekuatan untuk meneruskan kembara ibadah ini. Ameen.


Habis exam, terus berkemas untuk pulang ke kampung halaman. Oleh kerana saya sudah berjanji dengan adik-adik junior di UTM,KL untuk singgah sebentar, maka saya luangkan satu hari di sana. Diari rindu bersama mereka terubat jua akhirnya.




Alang-alang turun KL, saya mengambil keputusan untuk keluar membeli sedikit barang. Menaiki LRT dari Damai ke KL Sentral. Mungkin sudah jadi 'habit'. Saya gemar sekali memerhati karenah dan gelagat manusia.Sambil berdiri dengan menyandarkan badan ke sisi pintu, di satu sudut pandangan saya tertumpu kepada seorang pemuda lingkungan 20-an sedang bertadarus al-Quran. Mushaf itu dipegang erat sekali. Halwa mata dijamu dengan pemandangan sebegini, sejuk rasa hati. :)


" Next station : Kampung Baru"

Seorang ibu muda  memimpin  tiga orang anaknya masuk ke dalam LRT. Kerusi yang ada semunya sudah penuh. Di sisi kanan, duduk anak-anak muda yang sedang asyik mendengar muzik, di sebelahnya, anak muda yang sedang rancak berbual sesama sendiri. Di sisi kiri pula, duduk seorang wanita yang sedang asyik bermain ipad. Ibu muda itu kelihatan letih dan sepertinya memerlukan rehat. Alhamdulillah, di satu sudut yang lain pula, seorang pemuda berkaca mata dan berkemeja tampil memberikan kerusi yang diduduknya sebentar tadi kepada ibu muda itu. Seorang pemuda lagi bangkit mempelawa anak-anaknya pula untuuk duduk. Allah. Kebaikan yang kecil itu mampu memberi kebahagian kepada orang lain. Nikmatnya hidup. Menjadi seorang yang bahagia dan mampu membahagiakan orang lain.



Dalam LRT pun kita boleh tambah amal .  (>_<) 



"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia."

Monday, June 18, 2012

Exam Weak



Alhamdulillah. selesai 3 paper. Dan 3 paper lagi bakal menyusul.

14/6 - Leadership
15/6 - Human Development
18/6 - Total Quality Management
21/6 - Commercial law
22/6 - Technology Information System
25/6 - Management of Technology

  

Minggu lepas jadi leader dan doktor
pagi tadi jadi supervisor
dua hari lagi jadi lawyer dan pakar komputer,
 Minggu depan jadi manager.


Sekarang baru faham kenapa pencapaian pelajar dari kos pengurusan teknologi mendapat senarai ranking paling rendah dalam fakulti kami.

Orang selalu anggap pengurusan itu petik jari saja. 
It's not easy man.


"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" Asy-Syarh:6



p/s: Siang dirasa malam, malam dirasa siang. Enjin otak harus bekerja semaksimum mungkin. Untung dapat aplikasikan management lagi-lagi  dalam minggu-minggu exam macam ni.:)

Monday, June 4, 2012

Masih ku ingat: "Taman Syurga"





I feel lost inside myself.............................and I believed it's still left at Mecca and Madina, Allah!



Hari ini sudah masuk hari ke-11 setelah kembalinya kami dari Tanah Suci. Dan tahap kerinduan itu masih tidak berubah dan tidak berubah




Masih ku ingat,


Rasulullah bersabda, “Di antara rumah dan mimbarku adalah taman dari taman-taman surga, dan mimbarku di atas telagaku”. 


Sewaktu pertama kali berpeluang masuk ke Raudhah (taman syurga) di Masjid Nabawi. Pagi itu seusai solat subuh, saya dan Azyan mengambil keputusan untuk duduk di masjid sehingga kebenaran untuk ke Raudhah dikeluarkan. Kawasan Raudhah hanya dibuka untuk jemaah wanita pada waktu tertentu selepas solat subuh, zohor dan isyak kalau tidak silap saya. Terdapat satu ruang di sediakan untuk jemaah yang mahu masuk ke Raudhah mengikut negara. Kami mencari-cari ruang untuk jemaah Malaysia. Tidak ketemu. Rupanya jemaah Malaysia ditempatkan di bahagian jemaah Indonesia. Kami duduk di bahagian belakang dan bertadarus sebentar. Hampir 5 minit duduk, pandangan kami tertumpu di bahagian atas. Bumbung sedang terbuka. Subhanallah, Cantik! Tiba-tiba kelihatan sekumpulan jemaah arab , bangun dan berlari- lari  ke bahagian kiri. Allahuakbar. Kami berpandangan sesama sendiri.

 Oh. Rupanya pintu ke Raudhah sudah dibuka. Tetapi jemaah Malaysia masih tidak dibenarkan untuk masuk.  Kami menanti dengan penuh kesabaran menunggu isyarat kebenaran masuk bagi jemaah Malaysia dan Indonesia. Hampir 40 minit berlalu, masih belum dipanggil jua. Sehinggakan hanya tinggal jemaah dari beberapa negara sahaja. Teringat sewaktu berbual dengan Ustazah Naimah di Pusat Islam, UTM, beliau ada memberitahu, jemaah kita biasanya akn diberi kebenaran masuk pada waktu-waktu akhir.  Sewaktu jemaah dari negara Iran (kalau tidak silap, saya sudah terlupa) dipanggil masuk, Azyan menoleh ke arah saya.

" Nak ikut dorang tak ? jom. "  

Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk mengikut jemaah tersebut ke Raudhah memandangkan jemaah kita masih lagi belum dipanggil.  Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ke Raudhah kami tidak ditahan oleh petugas. Padahal kiri dan kanan kami dikelilingi oleh petugas yang memakai serba hitam itu.

" Hajja, Hajja! Duduk, duduk! "

Ayat ini begitu sinomim dan menjadi bahan bualan kami sesama sendiri. Mungkin kerana slang sebutan mereka yang kelihatan lembut dan bercampur dengan slang arab.

Berjalan dan terus berjalan. Memerhati sekeliling dan mata saya tertumpu di bahagian karpet. Bahagian karpet yang berwarna hijau itulah raudhah, manakala karpet berwarna merah masih lagi kawasan masjid. Kami semakin hampir. Selangkah, dua langkah kami semakin hampir dengan Makam Nabi Muhammad. Alhamdulillah, Allah izin kami untuk sampai ke sini.Tidak semena-mena air mata ini mengalir deras, tidak terbendung lagi. Saat ini,kita begitu dekat dengan baginda Nabi Muhammad S.A.W.



 Apakah layak untuk umat-Mu ini berada di sini? 
Sejauh mana aku mengamalkan sunnah-Mu?


 Terasa begitu kerdilnya diri ini menjadi umat-Mu ya Rasulullah..Allahuakbar. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah bermain di bibir. Tidak lupa, salam yang dikirim sahabat-sahabat dan sanak saudara di Malaysia kepada baginda saya sampaikan. Sempat juga kami menunaikan solat sunat dua rakaat, berzikir dan berdoa. Berdoa di kawasan Raudhah antara doa yang paling mustajab. Disini, doa akan diangkat terus ke langit kepada Allah S.W.T tanpa perlu kepada perantaraan mahupun hijab. Insyallah, dengan izin-Nya, doa itu mudah untuk dimakbulkan. Kebiasannya, jemaah yang mengambil terlalu banyak masa untuk beribadat dan berdoa di kawasan raudhah akan diminta untuk keluar. Pandangan saya tertumpu pada seorang jemaah yang kelihatan sujud terlalu lama, ditarik tangannya oleh petugas supaya memberi peluang kepada jemaah yang lain. Setelah selesai semuanya, kami bergegas mencari jalan keluar. Pandangan saya beralih pula kepada kanvas yang menjadi pintu penghadang sepanjang kawasan Raudhah. Ada yang menulis nota-nota kecil seakan-akan doa. Ada yang menulis nama. Di satu sudut, kelihatan jemaah Syria yang sedang asyik menangis teresak-esak sambil mengucup tiang putih itu.


Rasulullah SAW pernah bersabda, “Shalat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih utama 1.000 kali dibanding shalat di masjid lainnya kecuali di Masjidil Haram dan shalat di Masjidil Haram lebih utama 100.000 kali shalat daripada masjid lainnya.”



" I feel lost inside myself,     And I believed its still left there"




*Zulaikha Althafunnisa*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10