Pages

Saturday, June 27, 2009

kenapa kita diuji?


1. KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

AL-QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


2. KITA BERTANYA : KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

AL-QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 216


3. KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

AL-QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286


4. KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?

AL-QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

Surah Ali-Imran ayat 139


5. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah Ali-Imran, ayat 200


6. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Surah Al-Baqarah ayat 45


7. KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

AL-QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... "

Surah At-Taubah ayat 111


8. KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

AL-QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Surah At-Taubah ayat 129


9. KITA BERKATA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!

AL-QURAN MENJAWAB
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Surah Yusuf ayat 12

- masyaallah..segala pertanyaan kita telah terjawab dalam AL- Quran.

* petikan daripada http://aisyahhumairahikram.multiply.com/

untuk renungan bersama


Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk. ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman...

cuba kita tanya diri kita sendiri...


-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk ???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...


* petikan daripada http://aisyahhumairahikram.multiply.com/

Thursday, June 25, 2009

muhasabah cinta by EdCoustic..


ptg tadi sedang dok belek2 blog org lain, sy tertarik dgn lirik dan lagu ni, hayatilah...

Wahai...Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi..
Muhasabah cintaku...

Tuhan.. Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu...

Friday, June 19, 2009

petanda ke?


entry ni tah pape tah.tp nak gak ckp. mcm nih, sejak 3-4 hari ni, ktorg (yan n yani) asyik2 buat discussion pasal kawin . Bagus jugak...haha. (x malu). 3 hri lepas, ktorg tidur pukul 3 pg dok bercerita pasal bende ni ..tapi sambil2 buat research untuk program kesuma..ada la sikit. pastu time g masak, tambah lagi sorg yg berminat ngan discussion ni iaitu nini. Huhu..Ptgnya kot, tetiba mak cik cleaner(mak abg rustam) tanye
"bile nak kawin?"
dgn spontannya sy mnjwb ...
"lepas diploma, mak cik!"
hahaha..gatal!mcm mane tah boleh tetiba spontan ckp mcm tu..k, itu ok lg, ni ha. smalam time g mintak penajaan kt jalan masjid india ngan yani. Tetiba ada bangla yg promote baju pengantin kt sy. kt yani x. padahal bangla tu sblah yani. bukn sorg, xsampai 5 minit bjalan, tetiba bangla yg lain pulak promote. tp yg peliknya dia xde plak promote kt yani..haha..pape je lah. maybe ade aura2 nak kawin! hahaha...petande ke??

Monday, June 15, 2009

one question


salam di pagi yg cukup nyaman skali. Hari kedua kt banglo auh. best ah kt sini..rasa mcm kt umah. tapi better blok APG kan3?. mcm ni, smlm sy ada mndengar satu ungkapan yang diucapkan seseorang iaitu jodoh daripada allah ialah apabila seseorang itu bertentang mata dan pandangan itu menusuk ke hati, kita kene terus pergi merisik dia, jumpe mak ayah dia. Tapi bende ni dah lama sy dok pkir2..
" kalau pmpuan mcm mane? kalo dah pandgn ptama tu mnusuk ke hati dia, dan mnybbkn pmpuan tu terpikirkn dia je..perlu ke dia memberitahu perihal tersebut kpd empunya badan? tp mcm mmalukan kaum hawa la pulak..pmpuan dah fitrahnya perasaan "malu " tu ada..


mcm mane tu? lontarkan pandangan anda..


p/s: ni hanyalah sbg satu soalan yg xterjwb..jgn pkir bukn2 dah.

Saturday, June 13, 2009

singgah kejap ke muktamar








ni sume gambar time muktamar pas mgu lpas. sekejap je pergi.dpt tgok gerai2 kt sekitar stadium tu je..xsmpt msuk.yang bestnya, semua barang yang dijual adalah produk muslim. ha.. en. hairuzzafwan( lecturer P.p) pun meniaga..huhu.tapi xdpt masuk stadium tu tengok muktamarnya. memang rugi la jugak. nak buat macam mane.Pasal time tu nak balik kampung kat banting. hmm.. 2 hri lpas tu mak dgn abah eksiden time kat shah alam nak pergi JAIS uruskan pasal ape tah. hmm.. kes langgar lari . hbis ditinggal mcm tu je. bumper kereta dpn hbis remuk. hantar bengkel kene hampir RM 600 la jugak. huh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10