Pages

Thursday, November 13, 2014

Whats Next? :job hunting


Assalamualaikum.

Petang-petang gini feeling lain macam. Sebelum terlambat, alhamdulillah syukur saya sudah pun grad secara rasmi sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi UTM. 3 tahun menjadi perantau di bumi Johor cukup memberi momen-momen pahit manis dalam hidup saya.

So, berbalik kepada tajuk utama. "Whats next?"

- Diploma holder
- Bachelors holder
- Kerja
- Kawin

Nah. Terasa  tua nya di situ. 3 tahun diploma. 3 tahun degree belajar dalam course yang sama. Total enam tahun bergelumang dalam pengurusan teknologi. Bila orang tanya, apa beza pengurusan teknologi dengan pengurusan perniagaan? Saya pun jawab bla bla bla dan kaitkan dengan inovasi and komersialisasi. Itu secara teorinya sahaja.

Selepas tamat latihan praktikal bulan Julai yang lepas, saya sudah mula aktif mencari peluang-peluang kerja kosong. Hari-hari review jobstreet, jobinfo, SPA n etc. Dan selama berbulan-bulan ber-job hunting, saya dapati sangat sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang betul-betul sesuai dengan course yang saya pelajari. Itu hakikatnya. Tiada beza student pengurusan teknologi dengan pengurusan pejabat atau pengurusan perniagaan.

Saya teringat sewaktu berbual-bual dengan seorang pelajar SPACE yang mengambil course pengurusan teknologi ini. Beliau merupakan pemegang Diploma dalam bidang Engineering. Dan menyambung pengajian dalam Pengurusan Teknologi. Dan sekarang beliau merupakan seorang Engineer. Fuhh. Hebat. Graduan pengurusan teknologi boleh jadi engineer. Saya dapat tahu akak ni rupanya major dalam manufacturing.

Ya!. baru saya ingat. Sewaktu permulaan degree, kami telah diberikan pilihan sama ada untuk mengambil aliran inovasi atau pembuatan. Saya dan beberapa orang rakan telah memilih untuk mengambil aliran pembuatan manakala sebahagian besar rakan kelas yang lain memilih untuk mengambil aliran inovasi. Tidak lama kemudian, kami diberitahu bahawa tiada pilihan untuk kami kerana fakulti hanya membuka pendaftaran bagi aliran inovasi. Pensyarah memberitahu bahawa inovasi mempunyai masa depan peluang pekerjaan yang lebih cerah. Dan sekarang saya rasa fakta itu masih belum relevan. Inovasi masih lagi sesuatu yang baru di Malaysia. Sudah tentu peluang pekerjaan yang ada juga masih belum banyak. Pusat-pusat inovasi dan komersialisasi juga belum banyak.

Saya terfikir, kalau course ini dibuka juga untuk aliran pembuatan, pasti ada lubang-lubang kerja yang sesuai. Bidang pembuatan sangat luas. Perkara ini membuatkan saya terfikir sejenak, kenapa agaknya fakulti lupuskan aliran ini?

Nevermind, kerja boleh dicari. Yang penting jangan memilih. Zaman sekarang, bukan zaman untuk memilih kerja. Well. Saya kena teruskan jugak bekerja di Goodyear ni sampai habis kontrak dan sampai dapat kerja yang lebih baik. Sob sob.



Friday, July 4, 2014

Andai waktu bisa diputar.


Salam 6 Ramadhan.

Alhamdulillah masih dipertemukan untuk menikmati Ramadhan yang dipenuhi dengan ganjaran-ganjaran terhebat buat mereka yang merebutnya.

Puasa.

Sunnguh mengingatkan saya pada memori di Tanah Haram. Ketenangan. Kedamaian. Waktu di sana tidak lain difikir adalah untuk ibadah semata. Moga satu masa nanti berpeluang lagi menjejakkan kaki di sana.

Bila rasa rindu, album gambar ditatap satu persatu. Entry blog dibaca kembali. Kadang kala meninjau di facebook Prof Kamil. Setiap bait kata yang dikongsi di fb, begitu terkena dengan jiwa.

Entah kenapa, kebelakangan ni, asyik teringat mereka-mereka.
Kolej Siswa Semarak,
Mencatat seribu satu kenangan,
Berprogram bersama-sama,
Bacaan Al-Mulk beramai-ramai,
Pasar Jumaat- nasi kerabu legend,
Ronda UTM naik basikal,
Jalan kaki dari UTM ke KLCC,
Main layang-layang kat padang,
Tidur kat bilik TV pejabat kss,
Tengok movie kat masjid blok C,
Qiam kat masjid baru,
Pengsan masa dalam bengkel manufacturing,
Ulang-alik ke Pusat Darah Negara untuk check up,
Masak cookies kat First Shop,
Luahan perasaan dengan Kak Yati, Kak Ros dan Kak Syidah,
Bagi ucapan depan JKM dan Jawatankuasa Kolej UPSI, cuak sehh,
Rewang dan masak bubur lambuk ramai-ramai,
Makan kat Selera Semarak- menu feveret Nasi putih + Tomyam + telur dadar terbaik!,
Balik makan, singgah PSZ tengok TV,
Hujung minggu naik basikal beli roti canai kat SS,
makan bawah pokok besar depan blok APG,
Tunggu pukul 12, bukak tingkap, tarik langsir, tengok lampu KLCC tutup,
haih,
Dan banyaaaak lagi..


Andai waktu bisa diputar,

Memori,
Sewaktu berasa sahabat seperjuangan KSS, UTM KL. Memang tidak ku lupa.
Saat aku jatuh dan tiada daya kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab,
Hadir insan-insan yang sentiasa memberi sokongan,
Menghadirkan harapan,
Meminjamkan bahu,
Menjadi tongkat,
Menjadi saya-sayap,
Menghulurkan nasihat,
Yang tidak mungkin lupus dalam ingatan.

Terima kasih buat insan-insan yang hadir dalam hidup saya. *kesat air mata*

Tuesday, April 1, 2014

Kesudahan bahagia.





Tuhan,
Tatkala aku punya pilihan,
Hadir tanpa diduga,
Datang menyinggah,
Sementara atau selamanya,
Mohon sekali,
Itu bukan mainan,
Bukan usikan,
Keseriusan yang pasti,

Punya ciri,
Walau tidak sepertinya,
Berubah itu bisa,
 
Dunia seakan mengerti,
Harapan sebesar bumi,
Tatkala semakin menghampiri,
Cuba untuk memiliki,
Pilihan aku inikah yang pasti? 
 
Kesudahan,
Ke arah kebahagiaan.
 



*4.37 p.m*
*1 April 2014*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10