Pages

Wednesday, June 29, 2011

CARA UKUR BERAT BLOG/ WEB




assalamualaikum..

rasanya dah ramai kot yang tau. tapi takpe. mana-mana yang tak tau tu boleh cuba. dalam keghairahan mengedit dengan bermacam widget tambahan dalam blog kita, rupenye dah over doss lah pulak kan. bila bukak page, dia akan loading lambat bebenor. ssenang je nak ukur. macam ni:-




haha. tak lah. masuk web ni:-



kalau korang punye ukuran lebih daripada 100 kb. tu tandanya dah overdoss lah tu. saya punye 170 kb. ! pehh. memang overdoss sgt ler ni. BMI yang normal adalah 100 kb. kalau kurang dari tu rasanya lagi ok kot. lagi cepat loading.

cuba la. jangan ingat manusia je ada berat. blog pon ada. :)

p/s: lepas ni kene buang widget yang tak perlu sangat tu.sobsob.

Tuesday, June 28, 2011

RESEPI: IKAN KERAPU STIM





assalamualaikum..

entry masak-memasak pulak. malam semalam abah bawak balik ikan kerapu besar punya. sebesar peha! err. taktak. besar dua lengan la kot. fresh dari laut. tapi bukan abah la tangkap, beli kat nelayan la kot. kelebihan rumah dekat dengan laut .pantai barat la katakan :) dapat makan fresh-fresh punya.

minggu lepas jalan-jalan kat pantai naik moto dengan adik. kuis-kuis pasir pantai dengan harapan nak tulis impian di hati. sekali tengok kerang punyelah banyak kat pesisir-pesisir pantai . apelagi pi lah kutip sampai penuh dua plastik merah tu. hebat tak hebat dalam masa kurang setengah jam.haaha. hebat la sangat. balik rumah. malam tu terus buat kerang bakar kat luar rumah cicah dengan air asam. lepas isyak makan ramai-ramai depan tv macam makan kerepek. cool~ hadiahnya! malam tu tidur gatal-gatal badan. tulah. dah tau alergik nak makan jugak, padan muka! tapi doktor suruh makan kerang banyak2!

back to the recipe:-

1 ekor ikan kerapu (sukahati nak besar mane)
4 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang besar dihiris
sedikit halia diricik
3 biji cili hidup( kalau nak pedas lagi lebihkan)
2 batang serai diketuk
sedikit asam keping (sebab tomato takde, kalau gune tomato lagi ffresh)
secawan air masak
sedikit lobak
sedikit perahan air limau nipis
sedikit garam dan perasa tambahan

cara-cara :-

1) panaskan kukusan. masukkan sedikit minyak didalam tray. tuangkan bahan hirisan. masukkan ikan.

2) masukkan halia, serai dan asam keping. masukkan air. biarkan ikan masak 20 minit hinga 25 minit.

3) bila dah nampak macam ada lemak-lemak ikan keluar tu tandanya dah nak masak. kemudian masukkan lobak, garam, limau nipis dan bawang besar. biarkan dalam 5 minit.

4) sedia untuk dihidang :) simple kan.


ada orang masak tak letak sayur. tapi saya lebih suka letak sayur sebab dapat jimat masa masak 2 in 1. hehe. tak payah masak lauk sayur. :)


KHABAR DARI BUMI PALESTIN- BERITA BAIK!




Dengan penuh kesyukuran, Aqsa Syarif mendapat panggilan dari Gaza bahwa Kilang Roti Rakyat Malaysia di bumi Gaza telah membuat keluaran sulungnya kira-kira pukul 1 pagi tadi waktu Malaysia, 28 Jun 2011 (8 malam waktu Gaza, 27 Jun 2011). Ir Abdulrahem Shehab (person in charge), bertanggungjawab merialisasikan pembinaan dan pengoperasian kilang tersebut, kirim salam kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama-sama membantu. Mohon sebar luaskan. berita baik ini. [Gambar: kilang roti itu ketika pembinaannya]


Projek lain yang akan diusahakan Aqsa Syarif ialah Penerusan Projek Ternakan Lembu, Projek Ikan Air Tawar, Back to School, Micro Credit & Program Rantissi Hospital.

Untuk menyumbang bank-in ke Aqsa Syarif Berhad, 551575004299 (Mayban Islamic ), 12092010034904 (Bank Islam).

info-info terkini boleh diperoleh daripada KLIK SINI

tak mampu pergi Gaza, hulurkan sumbangan kewangan semampu kita pon boleh kan:)


Wednesday, June 22, 2011

" Muda lagi lah!tak kan dah nak kahwin kot. "








Ahmad memasuki kedai Coach. Terasa asing apabila dia melihat begitu ramai wanita dalam kedai itu. Dia merasakan deria lelakinya tidak dapat membantunya untuk memilih beg tangan yang cantik untuk umminya. Lalu dia terserempak dengan Nur.

Nur: Biar benor! AHMAD!!!

Hampir semua orang dalam kedai itu memandang Ahmad.

Ahmad: Oit, apa jerit-jerit ni? Malu ar.

Nur: Sori-sori. Aku cuma terkejut je nampak ko dalam kedai camni. Oh ye, lupa bagi salam. Assalamualaikum!

Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah. Ha, alang-alang ko ada kat sini boleh tak ko tolong ajar aku camne nak pilih beg tangan yang cantik-cantik? Ini bukan bidang aku la.

Nur: No hal. Kalau nak beli beg tangan ni, kita tengok material, size, ngan style.

Ahmad: Wow, spoken like an expert.

Nur: Of course!

Ahmad: Okay, aku rasa nak amik yang fabrik je kot. Size tak nak besar sangat. Style pulak...hmmm, yang ni susah sket. Orangnya simple-simple je. Takde la suka berhias lebih-lebih sangat.

Nur: Ko nak beli untuk girlfriend ko ke nih?

Ahmad: Pergh, soalan kiamat!

Nur: Amboi, dramatik habis!

Ahmad: Haha, gurau je. Nur, aku mana ada girlfriend. This is for my lovely mother.

Nur: Oh, untuk Mother's Day ek?

Ahmad: Mother's Day dah dekat ke? Tak tau plak. Ha, ngam-ngam la aku beli beg nih.

Nur: [Berfikir sekejap] Ko memang takde girlfriend ek?

Ahmad: Yup, tak de.

Nur: Aku tak caya la.

Ahmad: Astaghfirullah, aku tak tipu la. Buat ape aku nak girlfriend bila Allah ada sediakan alternatif yang lagi baik kat aku?

Nur: Apa alternatifnya?

Ahmad: Seorang isteri.

Nur: Hai, dah pikir nak kawen dah? Ko muda lagi lah!

Ahmad: Oh, ye ke?

Nur: Ye la. Kalu nak kawen pun tunggu la umur ko 30 ke or akhir 20-an ke. Baru la sesuai. Skang ko muda lagi.

Ahmad: Aku tak tau plak. Hmm...apa pulak umur yang sesuai untuk aku dapatkan girlfriend?

Nur: Ha, apa yang ko mengarut ni?

Ahmad: Ye la, tadi ko bagi aku umur yang sesuai untuk aku berkawen tapi takde plak ko bagi aku umur yang sesuai untuk aku berzina.

Senyap sebentar.

Nur: Err, aku rasa beg ni sesuai untuk mak ko.

Ahmad: [Senyum]

----------
Inspired by a real conversation I once had with a friend.



p/s: style kan cara penyampaian mesej dia! good lah . antara anak muda yang berbakat dlm dakwah yg versatile. ( muka ada iras-iras hilal asyraf ):)

Friday, June 17, 2011

apabila pakaian muslimah jadi bahan lawak.







Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.

Apakah reaksi pihak berwajib??

p/s: membara je bila tengok video ni!

kelemahan perempuan? kelemahan lelaki?





Kelemahan perempuan adalah telinga dan kelemahan lelaki adalah mata.:)

Jangan hairan jika lelaki mudah tertarik kepada kecantikan perempuan terlebih dahulu, kemudian barulah anda berminat untuk lebih mengenalinya, menyelidik latar belakang agamanya, statusnya dalam masyarakat dan hartanya.

Perempuan tidak mudah dibelai matanya, sebab yang dipentingkan oleh seorang perempuan ialah budibahasa yang ‘tangkap lentok’.

Kerana itu, perempuan tidak memandang pada rupa paras lelaki dan lebih tertarik kepada lelaki yang mengambil berat kepada dirinya.

Thursday, June 16, 2011

peristiwa penting dalam Islam di bulan Rejab


Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan dan merupakan bulan yang penting dalam Islam. Bulan Rejab termasuk dalam empat bulan yang diharamkan berperang. Terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini.

Antaranya :-


1) Hijrah ke Habsyah

Peristiwa ini berlaku pada tahun kelima kebangkitan Rasulullah s.a.w.

Kaum muslimin di Mekah menghadapi penyiksaan dan penindasan yang dahsyat yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy. Mereka tidak berdaya lagi untuk tinggal di Mekah, lantas memaksa mereka berfikir jalan untuk bebas dari kesengsaraan yang dihadapi.

Ketika itu, turunlah surah az-Zumar yang mendedahkan tentang tindakan hijrah.

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. Bertakwalah kepada Tuhanmu”.Ingatlah orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. “. (az-Zumar :10)

Najasyi, pemerintah Habsyah (Ethiopia) ketika itu terkenal sebagai seorang yang adil dan tidak menindas rakyatnya. Justeru, Rasulullah memerintahkan kaum muslimin untuk berhijrah ke Habsyah sebagai langkah untuk menyelamatkan agama mereka dari fitnah yang dihadapi.

Rombongan ini terdiri dari enam belas orang termasuk empat wanita dan dipimpin oleh Uthman bin Affan r.a. Hijrah ini berlaku pada tahun kelima kebangkitan Rasulullah s.a.w dan merupakan hijrah pertama yang berlaku dalam sejarah Islam.

2) Isra’ dan mikraj

Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah s.a.w pada waktu malam dengan menaiki buraq dari Masjidil Haram ke Baitulmaqdis manakala mikraj bermaksud naiknya Rasulullah s.a.w dari Baitulmaqdis ke Sidratul Muntaha. Ulama’ kuat menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke-10 kebangkitan baginda s.a.w.

Rasulullah diangkat ke langit dan dibawa bertemu dengan para nabi terdahulu. Baginda juga diperlihatkan dengan siksaan neraka dan juga nikmat-nikmat di syurga. Baginda kemudian dibawa naik bertemu dengan Allah s.w.t dan ketika itulah perintah solat diturunkan ke atas umat Islam.

3) Perang Tabuk

Nama Tabuk diambil sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab.

Peristiwa Perang Tabuk ini berlaku selepas pembukaan kota Mekah. Setahun selepas tercetusnya Perang Mu’tah, Madinah tiba-tiba dihebohkan dengan berita bahawa tentera Rom sedang membuat persiapan untuk menyerang kota itu. Rasulullah s.a.w mengambil keputusan untuk bertempur dengan tentera Rom di tempat mereka ini dan dengan itu dapat menghalang pihak Rom dari menyerang Madinah.

Kaum muslimin berlumba-lumba menginfakkan harta untuk membiayai peperangan. Uthman bin Affan menyedekahkan 900 ekor unta dan 100 ekor kuda selain wang. Abu Bakar pula menginfakkan keseluruhan hartanya manakala Umar al-Khattab menyerahkan separuh dari harta miliknya.

Rasulullah s.a.w bergerak menuju Tabuk bersama-sama 30,000 tentera muslimin. Walaupun banyak harta yang telah diinfakkan, namun masih belum mencukupi untuk menampung bala tentera yang sebegini besar. Ditambah pula dengan kemarau teruk yang melanda ketika itu. 18 orang tentera terpaksa bergilir-bergilir menunggang seekor unta dan mereka juga terpaksa memakan daun-daun kayu sebagai alas perut.

Apabila Rom mendapat tahu kemaraan tentera Islam dengan jumlah yang besar, mereka mula berasa gerun. Pemerintah Ailah Yuhana (John) telah datang menemui Rasulullah s.a.w dengan tujuan untuk berdamai. Atas pertolongan Allah, pertempuran antara muslimin dan Rom tidak tercetus dan tentera Islam bergerak pulang ke Madinah tanpa menghadapi sebarang tentang musuh.

4) Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis pertama kali dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab. Sejak tercetusnya Perang Salib pada zaman Abbasiyah, tentera kristian telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Maqdis. Akhirnya, setelah 500 tahun berada dalam kekuasan Islam, kota ini telah ditawan tentera Salib.

Mereka menduduki kota itu selama hampir 60 tahun sebelum dibebaskan semula oleh panglima Islam yang terkenal, Salahuddin al-Ayubi. Peristiwa penawanan semula kota Baitul Maqdis dari tentera salib ini berlaku pada hari Jumaat, 27 Rejab pada tahun 583H.

5) Kelahiran Imam Shafie

Imam Shafie dilahirkan pada tahun 150H bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris dan tergolong dalam kerabat Rasulullah s.a.w dimana beliau dari keturunan Bani Mutalib. Beliau seorang yang cerdas dan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Pada usia 7 tahun , Imam Shafie telah menghafal keseluruhan al-Quran dan pada usia 15 tahun, beliau diberi keizinan untuk mengeluarkan fatwa.

Imam Shafie merantau ke beberapa tempat untuk menuntut ilmu. Antara tempat yang pernah didudukinya ialah Mekah, Madinah, Iraq, Yaman dan Mesir. Beliau telah berguru dengan ulama’-ulama’ terkenal seperti Imam Malik bin Anas, mufti Mekah Muslim bin Khalid az-Zanji dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Kehebatan beliau dalam dunia ilmu dikagumi oleh semua orang termasuk guru-gurunya sendiri. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: ”Imam Shafie itu ibarat matahari bagi dunia”


sumber : KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10