Pages

Sunday, February 20, 2011

perarakan Maulidur Rasul


inilah team kami !:)

at the end: siap jugak akhirnya. 6 pagi!


ni zombi-zombi yang tak tido. haha. yang tengah tu atuk zombi. haaa.!:D


apa yang penting; kerjasama! junior dan senior :D




Semalam ada Majlis Mulidur Rasul kat KSJ. KSS ada hantar wakil untuk perarakan. wahaha.bagi nama kat nona. asalnya dia tak bagi. kak bella kan sakit, kalau pengsan cmane?"- nona. ish. insyaallah kuat. allah tu kan maha adil. Dia berhak untuk tarik nikmat sihat dan beri nikmat sakit. itu tandanya Allah sayang kat kita. sebab tu Dia bagi kita sakit. :)teringin kot.da lama tak join. lelaki siap berbaju batik hitam, perempuan berjubah. alkisah sehari sebelum perarakan.

gara-gara untuk menyiapkan kain rentang, kami ( saya, nona, wani) tidur satu jam je! haha. zul, faiz hamizi,amin , dee ngan nisah langsung tak tido!. tak pernah dalam sejarah hidup tidur selama sejam saje. memang kentang lah.haha. jumaat malam tu ada ceramah maulidur rasul- ustaz dari Yayasan Sofa. lupe nama dia. balik je dari ceramah dalam pukul 10 setengah malam, dengan membonceng "Mia", kami berkampung di court tenis. misi menyiapkan kain rentang. tu diaaa. mata dok tersenggok2 buat ni ha. mula2 memang ramai yang tolong. akhirnya cuma bebrapa orang sahaja yang berjaya sampai ke akhirnya menyiapkan kain rentang!haha. yang lain semua dah "syahid. ;D

pukul 3 pagi- masih gagah mengecat banner. kelakar. dorang ni asyik buat lawak je la. topik utama cite Hantu kak Limah. pastu datang pulak Faiz Hamizi dok cte kene kacau kat blok V. dia tak bagi kitorang balik dulu, bahaya! ohoho. masa ni lah, budak2 ni sebok nak pinjam basikal. budak2 junior ni lah. haha. banyak jasa si "Mia" ni. hehe. masuk pukul 4 pagi- memang tak tahan dah mata ni. masa nak kaler line huruf dah terkeluar-luar. so, naik bilik tv atas, tido berjemaah bersama wani , dan nona. haa. kesian, tinggal mereka berempat saje yang habiskan touch up banner tu. hehe. pukul 6 pagi!. everything settled. siap2 pukul 7 pagi nak bertolak dah. seronoknya berarak 1 km. alhamddulillah. Allah bagi kekuatan walaupun berarak tanpa bersarapan terlebih dulu. dan juga tanpa makan ubat. oh yeah! :) nasib tidak berpihak kepada kami. walaupun tidak menang, tapi kami cukup puas dengan hasil kerje kami dan kerjasama antara junior dan senior. bahagianya bila ingat balik time buat banner tu. :)

Sunday, February 13, 2011

IZIS? siapakah?



Tidak semua bende yang kita minat, mampu membuatkan orang lain juga minat. begitu juga minat saya terhadap industri hiburan nasyid. tidak semua kawan saya berminat dengan nasyid. minggu lepas ada kawan bagitau pasal konsert Izzatul islam kt UM. tau tak Izzatul Islam ni sape? try google. dapatla jawapannya.

perjalanan mengambil masa satu jam melepasi 11 stesen lrt daripada damai ke stesen universiti secara seorang diri.huhu. nekad nak pergi sebab ada kawan kat sana. ni dia. yana dan shikin. pemandu pelancong selama setengah hari di UM.


Shikin-yana

first time jejak sana, cuak jugak la. suasananya macam utm skudai. berbukit-bukit. dalam kampus pon kene naik teksi. huhu. dalam poster program , dorang cakap kat Institut Europe. berjalan kakilah kesana dari kolej shikin(kolej 12). peluh2 jalan. sampai2 je bangunan tu. aik! asal takde orang. mesej ajk program. rupenye dorang da tukar tempat ke Auditorium KPS. huh. pusing lagi sekali. kebetulan time tu ada dua orang abang ni. tgah carik2 jugak. dan yang pasti seorang tu muka mmg familiar. tapi siapa eh? musykil2. siap ana enti lagi.mcm kenal. ni mesti orang2 kuat pmi. student upm kot. ohoh. abaikan2.

sampai je kt auditorium, masing2 macam terkejut sedikit. sebab ape? sebab MAJORITI yang datang orang Indonesia. haha. kelakar.dengan masing2 pakai baju batik indon. hanya KAMI yang tang2 nampak macam orang Malaysia. beli tiket, kemudian dapat makanan yang mengingatkan saya sewaktu berada di Padang, Indonesia tahun lepas. huhu. sejibot! dgn bekas kotak tu, dgn karipap tu. kenangan2. ~
cuba carik rambut mana yang lain drpd yg lain. hehe


konsert bermula dengan ucapan2 aluan dan sedikit montaj. memang suasana dalam auditorium itu seperti di Indonesia dengan skrip MC dan segalanya menggunakan pertuturan bahasa Indonesia. nak memahami bahasa dorang tu cukup memakan masa.huhu. banyak juga lagu yang dimainkan. dengan laungan takbir yang cukup bersemangat bergema di dalam dewan auditorium! kata-kata semangat dan seruan jihad cukup membuatkan masing2 seperti "speechless". lagu-lagu terakhir yang disampaikan seperti "Selamat Tinggal Sahabat" membuatkan hati ini sebak tatkala melihat salah seorang ahli group IZIS (Izzatul Islam) tidak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata. lagu ini cukup bermakna bagi saya.satu hari nanti pasti ungkapan "selamat tingal sahabat" itu akan terucap. pasti..

p/s : nantikan the next konsert :D

Saturday, February 12, 2011

Alhamdulillah! Allahuakbar! janji Allah itu pasti.


“Alhamdulillah….!”

Bersujud syukur setiap hamba Allah yang menghargai sebuah keadilan.

Keadilan yang menjadi tunggak sesebuah kuasa. Mengkhianatinya akan mengheret kejatuhan sebagai hukum Alam sebelum hukum Agama.

Tanggal bersejarah 11 Februari ’11, Omar Suleiman membuat pengumuman perletakan jawatan Presiden Republik Arab Mesir ketiga, Muhammad Hosni Sayyid Mubarak selepas tiga dekad pemerintahannya.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]

18 hari rakyat Mesir berhimpun di Dataran Merdeka Kaherah, tegas dengan satu tuntutan.

Pelbagai insentif ditawarkan oleh Hosni Mubarak, memecat kabinet dan melantik Perdana Menteri yang baru, malah buat pertama kalinya mewujudkan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh anak didik CIA kesayangannya, Omar Suleiman, segalanya ditolak dengan aman oleh seluruh rakyat. Mereka hanya mahukan satu.

Hosni Mubarak meletakkan jawatan!

Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.

Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.

Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.

Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.

Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.

Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.

Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.

Segalanya, ameen untuk semua itu!

TELADAN REVOLUSI TUNISIA

Mesir mengambil teladan yang amat penting daripada mesej yang dilontarkan oleh Revolusi Tunisia.

Sheikh Rashid Ghanushi, pemimpin al-Nahdhah yang kembali ke tanah air selepas 20 tahun dalam buangan, memberikan pendapat bahawa sebuah revolusi rakyat tidak boleh berlaku jika ada mana-mana parti yang cuba mendominasinya dengan slogan masing-masing. Seluruh rakyat mesti bersatu pada menuntut pengunduran regim zalim yang memerintah. Ia mesti bersifat gerakan rakyat. Bukan an-Nahdhah, bukan mana-mana parti.

Itulah wajah Revolusi Mesir.

Ia tidak didominasi oleh mana-mana parti, tidak juga oleh mana-mana pemimpin pembangkang.

Ia benar-benar sarat membawa kehendak seluruh rakyat yang menderita membayar 7 Pound untuk sebotol susu, ketika Presiden menghimpun harta mencecah USD70 billion, biar pun dia hanya manusia biasa yang kapasitinya mampu makan sekeping roti setiap pagi. Rakus, tamak dan kejam, rakyat sudah memainkan peranannya.

Al-Ikhwan al-Muslimun tidak bersikap simplistik pada membayangkan perjuangannya sebagai pengisi kekosongan yang berjaya diperolehi.

Mohamed Mustafa El-Baradei juga tidak memposisikan dirinya sebagai pemimpin rakyat Mesir pasca pengunduran Hosni Mubarak.

Justeru apakah masa depan Mesir?

MANUSIA YANG AMAN


Richard Mitchell di dalam bukunya The Society of Muslim Brothers membuat sedikit analisa menarik berkaitan dengan tabiat rakyat Mesir.

Pembunuhan Anwar El-Sadat pada 6 Oktober 1981 menggemparkan seluruh negara. Namun unik sekali, kejadian itu tidak mencetuskan revolusi. Apa yang menyusul kematian Anwar Sadat adalah sesuatu yang sangat aman. Yayasan-yayasan Islam terbentuk, ramai rakyat mula mendefinisikan jati dirinya sebagai Muslim dan Islamic Activism berkembang. Rakyat Mesir di peringkat marhaen yang terkenal dengan sifat agresif mereka, sebaliknya adalah rakyat yang komited dengan langkah-langkah aman untuk membentuk perubahan di negara yang diperintah secara hukum darurat oleh Hosni Mubarak ekoran pembunuhan Anwar El-Sadat itu.

Rakyat Mesir adalah rakyat yang komited dengan keamanan.

Inilah juga contoh yang ditunjukkan oleh demonstrasi aman jutaan penduduk Kaherah di Dataran Merdeka (Tahrir Square).

Biar pun ada usaha provokasi yang dibuat oleh jet-jet yang terbang rendah di awal kebangkitan, orang-orang upahan yang menimbulkan kacau bilau sambil menunggang kuda dan unta, serta 1001 usaha yang dilakukan oleh Hosni Mubarak termasuk usahanya mewujudkan rasa tertekan tertinggi apabila membuat pengumuman pada 10 Februari 2011 bahawa beliau tidak akan berundur, rakyat Mesir bertegas dengan tuntutan yang satu, dan mereka menuntutnya dengan AMAN.

Pastinya hal ini menjadi subjek yang diteliti oleh penduduk seluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Eropah yang dilanda ‘Ikhwanphobia’, tidak berhasil setakat ini pada mencari sisi-sisi keganasan yang sering digembar gemburkan.

Islamist bukan pengganas.

Mereka adalah manusia yang berintegriti.

Integriti yang bertunjangkan ajaran yang aman, ISLAM.

Malah imej ganas golongan Islamist itu sendiri adalah projek panjang regim warisan Jamal Abd al-Naser ini.

Semoga Mesir berjaya membentuk kehidupan yang lebih baik selepas pengunduran bersejarah Hosni Mubarak.

Amerika Syarikat memerhati. Regim Zionis memerhati. Eropah memerhati. Seluruh dunia memerhati.

Akan tetapi berpeganglah dengan firman Allah:

“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman “Jadilah engkau!” Maka ia terus menjadi.” [Yaasin 36: 82]

MUSNAHNYA KUASA MEDIA PERDANA


Namun saya gagal menyembunyikan rasa gembira yang amat sangat secara khusus terhadap Radio Televisyen Mesir.

Media dokongan regim Hosni Mubarak itu yang selama ini bertindak sebagai alat propaganda, menyembunyikan keadaan sebenar Mesir yang bergolak, mempotretkan baik hatinya Hosni Mubarak pada mendahulukan rakyatnya dengan pelbagai reformasi dan insentif serta tidak henti-henti mencela TV Satelit (Al-Jazeera secara khusus), Facebook, Twitter, Blog dan internet sebagai petualang negara yang sengaja menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap kerajaan yang memerintah…

Akhirnya Media itu jugalah yang menjadi platform Omar Suleiman mengumumkan kekalahan Hosni Mubarak!

Jamal Abd al-Naser tumbang oleh ‘racun’.

Anwar El-Sadat tumbang oleh peluru.

Hosni Mubarak tumbang oleh Facebook dan Twitter.

Media Perdana bukan lagi ‘tuhan’ yang menguasai pendapat umum.

Semoga iktibarnya diteladani dengan bijaksana oleh semua.

Malam ini, kita semua adalah Misri!


sumber : saifulislam.com


p/s : bagi sesiapa yang tak tahu, Misri itu ape. Misri = orang mesir = Egyptian

Tuesday, February 1, 2011

Apabila mereka menjauh kerana kamu..




Saya, kalau berkawan, saya berkawan dengan semua orang. Tidak kiralah dia free hairkah, unfree hairkah, tua dari sayakah, muda dari sayakah. Saya senang dengan semuanya. Semuanya sama. Dan jika saya bersahabat, saya bersahabat sampai mati, inshaALLAh. Itu prinsip saya dalam persahabatan.

Sejak kebelakangan ini, ramai sangat dari kalangan kawan-kawan mengadu nak berubah kepada yang lebih baik. Tetapi malangnya, apabila mereka bertaut pada orang yang mereka percaya untuk membantu mereka berubah, orang itu pula menjauhi mereka dan memandang jelek akan mereka.

Sebetulnya, saya sedih apabila diceritakan begini.

Apabila mereka mengadu, terasa sangat dicucuk-cucuk dada ini. Kenapa ya? Oh, mungkin juga saya pernah merasainya diwaktu saya nakal-nakal dahulu. Tetapi, bukan ini caranya layanan yang sepatutnya pada mereka yang ingin bertaut untuk berubah.

Kalau anda, anda yang bagaimana?

Mereka Ingin Dibantu, Lalu Manusia Lain Menjauh

Bukan sekali dua saya mendapat mendengar rintihan hati dikalangan kawan-kawan dan sahabat saya sendiri.

“Saya cuba dekat. Mereka masam muka. Saya cuba tegur, mereka tak respon. Saya cuma nak berubah jadi baik macam mereka.. Apa, tak layakkah tudung pendek macam kami ni bergaul dengan kakak-kakak pakai tudung labuh?”

Termenung seketika.

Tidak dinafikan, ada juga manusia dikalangan seperti yang dimaksudkan itu bersikap dingin pada mad’u. Dan yang lebih tak menyedapkan hati lagi adalah mereka hanya berkumpul sesama mereka. Kalau tidak sebulu, maka takkan kamcing.

Oh. Saya cuba bersangka baik. Mereka cuba menjaga pergaulan.

Tetapi, kenapa menjaga pergaulan sampai orang lain tidak boleh masuk ataupun sebulu dengan mereka? Tidak cukup dengan itu, dipandang serong. Senyum juga tidak berbalasa, malahan!

Anda tahu, jika ada dikalangan kita bersikap seperti ini, pasti orang yang telah berniat untuk berubah kepada yang lebih baik akan kecewa dan mengambil balik jalan lama. Kerana, pada mereka, tiada kekuatan untuk berubah, tiada pautan. Lebih-lebih lagi pada sesiapa yang mendapat tentangan keluarga.

Pastinya tidak mudah.

Asalnya Nak Berubah, Semakin Menjauh

Apabila berusaha untuk mencari orang yang dipercayai boleh membantu, tetapi yang berlaku pula sebaliknya. Nah, saya berani katakan, ramai diantara yang berubah akan tidak memikirkan lagi hendak berubah. Tambahan, mereka menjadi benci dan anti dengan orang-orang yang mereka harapkan.

Saya pernah mengatakan kepada beberapa orang,

“Kalau mereka tak layan kamu. Kamu carilah orang lain, belajar dengan orang lain. Jangan kecewa dengan sikap sesetengah orang. Yang nak berubah kamu. Boleh jadi kamu lebih baik daripada mereka suatu hari nanti..”

Saya bagitahu mereka begitu, sebab begitulah yang saya buat dan pernah buat.

Hmm. Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya adalah, berilah pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan pertolongan anda ; perlukan bimbingan anda. Perlukan nasihat anda, pandangan anda.

Dekati mereka. Bukan jauhi mereka.

Jangan Bezakan, Semuanya Sama

Terimalah sesiapa yang datang kepada anda dengan seadanya. Kalau tidak mampu membantu, biar mereka merasakan bahawa anda sentiasa anda. Tolong.

Anda tahu, ramai di luar sana yang kembali ke jalan gelap semula. Malah lebih jauh. Saya tidak boleh salahkan mereka 100%. Kerana mereka masih bertatih dan sedang mengumpul kekuatan.

Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Tiada. Ya, tiada.

Yang ada hanya perbaiki lagi yang tidak baik. Buang sifat tidak baik jauh-jauh.

Mungkin sudah tiba masanya setiap dari kita belajar erti merendahkan hati. Merendahkan hati dengan sesiapa sahaja, tidak kira tua atau muda.

Hei Sahabat, bayangkan mereka yang mencari kebenaran itu adalah saudara-saudara sepertalian darah kamu, mungkin sahaja kamu tidak sanggup biarkan, bukan?

Marilah, mulakan kembali. Dekati mereka yang telah kamu jauhi. Bantu seadanya, nescaya ALLAh akan membalasnya dengan sesuatu yang lebih bernilai di akhirat sana. Buang ego dan perasaan yang tidak baik. Duduklah di tepi mereka, sehingga anda boleh menepuk-nepuk bahu mereka.

Dan berikanlah mereka kekuatan melalui pelukan kasih sayang anda.

Buka genggaman tangan anda, dan genggamlah tangan mereka yang datang kepadamu dengan erat. Sama-samalah melangkah ke arah kebaikan. Di dunia kan hidup saling membantu.

Katanya hendak berjiran di syurga, maka kenalah berkorban untuk saudara!

Peringatan untuk diri saya sendiri lebih-lebih.

Semoga ALLAh merahmati.


sumber: cintailahi.com

p/s: saya suka penulisan beliau. seakan-akan sama dgn gaya penulisan Hilal Asyraf di dalam Langitilahi.com:)

Alahai..beruntungnya jadi isteri :)





Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

sumber: www.petua.org
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10