Pages

Sunday, September 27, 2009

eid- mubarak


time g beraye kt umah syidah..huhu

ngan mak kt umah bah jam
family picture
family picture juge..
Shikin n syidah..
ngan syidah..huhu


salam...lame xjenguk blog ni. seminggu berholiday raya..raya tahun ni xde ape2 sangat. dan peristiwa2 yg menyakitkan hati pada raya kedua tu memang xboleh nak dilupakan. bile dipikir2kan balik memang sakit betul la hati ni. tapi nak buat mcm mane. kita xboleh nak mlawan takdir. ada hikmah Allah uji kami anak beranak mcm ni..

dah3..kita tinggalkan bende2 ni..masuk bende yg best2 sikit la..huhu.kan raye. raya ke 5 lepas saya dan shikin beraya ke rumah syidah.kt tali air dua tu. yg dekat ngan penggambaran Nur kasih tuu.hehehe..pomot nih..rindunya kat diorang xterkata..dok berborak citer tu,citer ni sampai la satu cte pasal kawan kami sorg tu-atika . ada khabar berita yg kurg baik disebarkan pasal dia. kitorg ponxtau kesahihan nye. nak tanye dia takut dia kecik hati sebab ni bende besar. melibatkan maruah dia. mintak maaf tikah..

dok raye sini sane..perhati kawan2..sume dah lain..cume segelintir je yg still same dan xberubah.hmm..xtau la mcm mane nk ckp. masing2 dah ada pendirian masing2. to shikin n syidah.thanks 4 being my best fren..korang memang memahami aku...huhu..dah3.kembang pulak kang diorang ni..hehe.

malas nak menaip da..juz nak post gambar2 yg diambil mnggunakan Olympus yg bru dibeli mgu lepas..huhu..

Wednesday, September 16, 2009

kepada semua blogger dan sahabat2..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sejuta keampunan dititipkan,
moga redha Ilahi memberkati kita semua.
di lebaran penuh bermakna,
hayatilah ia sebaikya...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

mohon kemaafan kepada semua minal a'idin walfaizin

p/s : jemput dtg rumah semua..huhu..jom raya! " selamat berhari raya..ucapanku untuk semua..maaf dipinta dan diberi..semoga ikatan berkekalan abadi"

Saturday, September 12, 2009

3 topik


assalamualaikum..pd pg sabtu yg indah dan nyaman skali ini, kami bru shja pulang dr suatu tmpt utk mlakukan ssuatu yg mulia di bulan barakah ini.alhamdulillah.. satu malam di sana mmberi ktenangan dan saya kira dpt memuhasabah diri sejenak tentang apa yg kita telah lakukan spanjang kita hidup ini..terlalu bnyk perkara yg menimpa diri saya sama ada perkara yg mnggembirakan dan mnjatuhkan terutama apabila sy memegang jawatan ini. apabila diri terasa begitu lemah dan tidak berdaya sekali utk mghadapi segala macam perkara, Allah is the first. firman Allah ada memnyebut

"Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan"(surah Al-An`am:64)


Ini pula satu ayat yang diterima daripada seorang rakan :-

"Adakah apabila anda menangis & bersedih,anda mendapat apa yang anda mahukan?
Adakah anda tidak percaya pada Rukun Iman ke 6(percaya pada qada & qadar)
Adakah anda boleh dikatakan orang beriman selagi tidak diujiNya?
Adakah anda dapat membuat pilihan antara dunia & akhirat,yang mana anda mahu?
Adakah anda tidak melihat pengajaran dari kisah para Anbia` & sahabat? Adakah mereka tidak diuji?

Apabila anda diuji,katakanlah...cukuplah bagiku Allah

Kita milik Allah & akan kembali padanya..ingatlah Allah,maka hati-hati akan menjadi tenang"

ayat ini cukup memberi makna kepada diri saya. terima kasih kpd yg mmberi.

“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”



“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)



TOPIK 2

dua hari lepas saya baru sahaja mendapat panggilan daripada sahabat karib yg kini berada di Universiti Malaya,Nilam Puri, Kelantan ( Pijek a.k.a Hafizi) dan Rasyidah daripada Kolej Universiti Islam selangor(KUIS). rindu kepada sahabat2 sesekolah sedikit terubat. teringat di zaman persekolahan saat berada di dalam kelas, ketika waktu rehat, ketika menelaah pelajaran bersama, ketika dimarahi guru, ketika mengikuti program dan pelbagai lagi peristiwa menarik. Ya Allah! rindunya korang! . Atika Md Noor ( UiTM, Alor Gajah,Melaka), Nur Ashikin Misran( UM,Nilam Puri) adalah sahabat karib saya selain daripada Pijek dan Rasyidah. Kebanyakan sahabat2 sekelas saya mengambil jurusan agama spt (Syariah, usuluddin, dan Fiqh) di KUIS. dan saya mendapat berita bhwa bekas2 pelajar sekolah saya(SAMTK) mndpt tempat disana sbg seorang yg dikenali ramai antaranya sebagai presiden persatuan, ahli2 masjid, kem komanden dan pengarah program. tahniah kawan2!

Dunia persekolahan dan universiti jauh berbeza..di kampus, kita kene bnyk berdikari, survive diri sendiri dan sahabat2 juga berbeza. mungkin belum kenal lebih mendalam lagi. tidak ketemu lagi sahabat yang memahami diri ini...:((rindunya korang!)

TOPIK 3

Usrah, meeting dan program..
dah banyak kali akak2 PMI tanye "dah berapa kali buat usrah?"..setelah dilantik mnjdi naqibah ini, seringkali saya merasakn diri ini tidak layak langsung utk memikul tnggungjawab ini. namun inilah dia tanggungjawab. bukan tak ada masa, tapi saya sendiri tidak meluangkan masa utk usrah. hehe..insya-allah lepas ni akan dibuat juga.jgn risau. utk program pula, 3 program akan saya akan turut serta. 11/10, Kejohanan Futsal Terbuka di Sport Planet Ampang, kedua, pada 14/11., program Majlis Penganugerahan Kolej 09 dan ketiga program Ekspedisi Dakwah Orang Asli (XPDC DOA)di Pahang mungkin pada 4-6/12. jawatan2 telah diberikan dan agak berat sebenarnya utk saya terima terutama program yg melibatkan orang luar iaitu XPDC DOA. program di bawah PMi yang saya kira program yg memberi cabaran dari segi fizikal dan paling penting mental. insyaallah, sy akan melakukn yg terbaik utuk ketiga2 program ini. Amin...


p/s: nak pegi Brotherhood Art nak beli baju. to be continued...wasalam.





Sunday, September 6, 2009

AYAM vs H1N1







AYAM??
fobia kot tgok ayam..tp sekeliling kita sume makanan slalunya ada unsur ayam kan??haritu kak teha ada join Kursus HPA. org HPA ckp mmg btul ayam2 yg ada kt malaysia ni almost 80% ayamnya berenzimkan babi..pasal tu org cakap ayam skrg dgn dulu jauh beza rasanya. haritu abah ckp dulu kalau ratah tulang ayam..sedap..sampai hancur tulangya dimakan. tapi skrang tengok pun dah smacam.

hujung tahun 2007, timbulnya isu ayam yg disuntik dgn enzim babi yg dikatakan dapat mempercepatkan proses ptumbuhan ayam. tapi skrg nampak snyap je. seolah2 xde tindakan. kalau nak dikutkan hampir stiap hari makan ayam.sape yg xsuke makan ayam kan?. bila dgr balik isu ni, then cube kaitkan dgn isu selesema babi @ H1N1.

sorg lecturer sy (ustaz nik zaim) ada cerite,katenya virus ni sebenarnya hanya akan berjangkit kpd babi sahaja tp knapa manusia pun boleh bjangkit? cube pkir..mgikut pndpt dan pandangan beliau knapa manusia pun boleh djangkiti virus tersebut adalah kerana mungkin di dalam badan seseorang tersebut adanya unsur2 @ enzim2 babi yang mengalir dalam tubuh mereka. contohnya, dia pernah makan sosej@ ayam@ coklat @ apa2 makanan yg mungkin mempunyai enzim binatang tsebut. oleh itu, virus ini dengan mudahnya menjangkiti mereka. itu hanyalah pandangan beliau. tp bg sy ianya boleh diterima logik akal mungkin..

harap2 lpas ni kalau nak beli apa2 makanan ke tengok2lah isi kandungannya ea. kalau nak beli ayam tu tnye dulu org yg jualnya, sama ada ayam itu dr pembekal yg ok @x.tak pun kalau mmg dah suke sgt makan ayam, beli ayam organik. yg HPA punye tu ke( haha..kak teha.promot lg HPA ni.xde komisyen??huhu..). sy sendiri dah suggest kat family kalau boleh elakkan ayam biasa. kt Kuala Slangor ada rasenye ayam organik ni. xpun tukar kpd burung puyuh ke ikan ke makanan laut ke. kt rumah slalu gak makan burung puyuh. goreng tpung ke masak rndang ke. kan rasenye mcm ayam jugak. hehe..

lpas tu set kt otak, no more AYAM.kalau boleh jgn beli lgsung ayam ni.(mmg susah pun nak tinggal..mcm mane ea?) bagitu kt sahabat2 lain..kurgkn makan ayam tau.


p/s: kalau nak tau halal @ x makanan tu, boleh lawati web JAKIM- www.halal.gov.my atau nak mudah sms je HALAL[ no barcode] hantar ke 32728.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10