Pages

Wednesday, December 12, 2012

Hijrah mereka dan hijrah kita


Assalamualaikum semua.

Ye, dunia sebagai seorang pelajar sememangnya begini. Kalau tak sibuk dengan assignment, sibuk dengan program, sibuk dengan test. sibuk training. Sibuk jaga anak.( Eh. tak tak.) Rindu jugak nak aktif menulis macam dulu-dulu. Tapi tiap kali sign in blogger tiba-tiba otak stuck. Kekeringan idea.

Kering tak kering tetap nak menulis. Salah satu impian masa depan nak jadi penulis. Katanya. Berapa banyak cita-cita nak ni. Adehh. Nak jadi penulis skrip macam Ustaz Ubaidillah Alias yang buat skrip untuk cerita Warkah Cinta tu. Ha. Nampak tak nampak tak. Ni impian je la. tapi takpe kita cuba. Skill dan bakat tu boleh diasah kan. kadang-kadang ada jugak betulnya orang kata  manusia kidal ni cenderung kepada seni. tak kira la seni lukis ke, seni menulis ke. Weyy Lisa Surihani dengan  Yusry kidal kot dua-dua. :D

  "Love Allah, Love Muhammad" Pierre Andre nak buat filem yang fully islamik.. Afdhlin Shauki pulak nak buat filem berlatar belakang suasana Gaza. Allahu Allah. Ramai dah artis-artis yang sudah ber'hijrah' kepada kehidupan fitrah sebenar seorang Muslim. Moga Allah redha dengan usaha mereka. Tak mustahil satu hari nanti dunia artis dunia perfileman dunia penyiaran boleh diterapkan nilai-nilai islamik sebagaimana yang cuba diperjuangkan oleh TV Alhijrah.



Kita pulak? apa yang boleh kita sumbang untuk Islam dan masyarakat?
 Allahu Allah. Tersentap. :'(







Saturday, October 20, 2012

Senyum.




Sobahal khair ! :)

Alhamdulillah pagi ni cuaca cerah. Kebalakangan ni kerap kali hujan. Eh, bukan kerap tapi hari-hari. Jemur baju pagi-pagi, tengahari dah kena angkat. Itulah orang kata. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Malam tadi ada ceramah dari Ustaz Izhar Ariff kat stadium UTM. First time dengar dia ceramah kat tv9, terus suka. Best! Gaya cakap macam pergi je, bukan pergi pon. Kehkeh. Antara dua sebenarnya nak pergi ceramah ke pegi 'bulatan gembira'. Nampaknya Allah izin untuk bersama mereka dalam Bulatan Gembira. :)

Senyum. Antara sifat Rasulullah S.A.W- baginda sentiasa senyum. 

Boleh ke kita assume orang tu sedang gembira sebab dia suka sangat senyum.?

Atau boleh ke kita assume orang tu sombong sebab dia tak suka senyum?


Manusia. Memang tak lari dari prasangka begini. 
Sedangkan mungkin dia tak senyum sebab dia sakit gigi . Atau dia baru je terima berita kematian kucing peliharaanya di kampung. . Err~ 

 buat status di facebook, twitter bubuh icon smiley. Adakah ini menunjukkan dia sedang senyum secara zahirnya? Hmm.Not so. 





Senyum begini yg kita mahu. Aiwah!


Keep calm and pray :D
Janji Allah itu pasti .




Friday, October 5, 2012

Taman syurga dunia


Assalamualaikum.


Malam ni barulah tergerak hati, dan juga tangan ni nak menaip sesuatu. Kalau tak tergerak tangan macam mana nak menaip pulak kan. Banyak benda tak terkongsi kat sini. Dari KFiqh Politik, Talk Dr Zakir Naik- yang ni best sebab first time jadi volunteer untuk big event macam ni.


Baru perasan, kalau dulu ada cerita sikit je, suka benar nak update kat blog.

" rombongan cik kiah ke muzium negara "
"jodoh"
dan
"jodoh"
dan
"jodoh"

ohh~everything is about jodoh.

 hari jumaat antara hari yang ditunggu-tunggu. di pusat islam utm, sedang para jejaka khusyuk mendengar khutbah jumaat, para gadis pula berada di bahagian bawah pusat islam untuk berkumpul di taman-taman syurga. yeay! alhamdulillah. setiap minggu ada kesempatan join. Hari ini topik sangat best.

"Akhlak Seindah Bidadari by kak Ummu Solihin"

Dua jam perkongsian tak terasa.  First time dengar talk dari akak ni. Sebab minggu-minggu lepas biasanya ustazah jemputan. Tapiii. Personally,best sangat penyampaian kak ummu ni. Dia banyak kaitkan point dengan sirah-sirah, kisah nabi dan para isteri nabi. Sepanjang kak Ummu bercerita, terbit perasaann...

"Jeles dengan bidadari yang dikatakan perwatakannya amat menarik sekali! matanya bermata jeli, sinaran matanya lebih terang dari matahari, suaranya apatah lagi.   "

" Aku nak jadi bidadari! aku nak jadi bidadari! " hati kecil ini meronta. 

Lelaki soleh di dunia ini ganjarannya bidadari. Wanita solehah di dunia?

jangan risau ye para gadis sekalian,

semua wanita solehah di dunia ini juga akan mendapat bidadari dan yang paling best bukan dapat bidadari je, tapi kita yang akan jadi ketua bidadari. hebat tak hebat. Saya nak! Saya nak!

Ketua biadari yang sudah dijanjikan ganjarannya ialah Siti Fatimah R.A, Khadijah isteri nabi, Asiah isteri firaun.

Untuk itu, mari kita berusaha ke arah akhlak seindah bidadari. kita mampu mengubahnya :)



Saturday, July 28, 2012

"Aku sebagaimana yang hambaKu sangkakan"




Segala puji bagi Allah!

Jumaat semalam menjadi peristiwa yang takkan saya lupakan sampai bila-bila, Insha'Allah..

Selesai menyampaikan ceramah, seorang kakak mendekati saya..

"Ustazah, boleh saya cakap sedikit dengan ustazah", air mata tiba-tiba bergenang.

"Ye, boleh kak.." saya pantas membalas. Ada sedikit perasaan risau dalam diri saya.

"Ustazah, masih ingat tak sebelum ustazah pergi umrah dulu..kakak ada minta ustazah doakan sesuatu?" beliau cuba mengatur kata-kata untuk mengingatkan saya.

"Err..minta maaf kakak, doa yang mana satu ye?" saya cuba mendapat kepastian, banyak sangat doa yang dikirimkan para jemaah ketika itu.

"Yang kakak minta ustazah doakan kat Mekah, agar impian kakak untuk menunaikan umrah satu keluarga dalam dimakbulkan Allah," katanya dalam keadaan sebak.

"Oh ye, elly masih ingat kak..masih ingat. Elly memang buka surat akak, baca doa tu menghadap kaabah, di masjidil haram..malah sempat share dengan kawan berkenaan impian akak tu..
(kagum, impian beliau sangat tinggi..nak satu keluarga plak tu)
sebelum akak bagi surat tu pun, akak kan ada approach elly face to face untuk doakan hal ni.."

sejujurnya saya cuba mengiyakan tapi dalam hati masih ragu, apa sebenarnya yang ingin cuba disampaikan beliau kepada saya.

"Ustazah, padahal ustazah pun tahu..yang akak kan pernah cerita kat ustazah, yang kami ada masalah kewangan kan," suara beliau menggeletar, tiba-tiba jadi makin sayu..

Lantas memeluk saya.

"Ustazah, terima kasih sangat doakan akak..akak baru sahaja balik dari menunaikan umrah satu keluarga, Allah dengar.." pelukan beliau terhadap saya semakin kemas.

..tiba-tiba sahaja Allah gerakkan hati mak untuk taja kami sekeluarga menunaikan umrah, ya Allah ustazah, kami betul-betul tak sangka.." sambung beliau lagi.

"Allahu Akhbar, tahniah kak..alhamdulillah!" saya pula yang sambung menangis.

Pelukan kami semakin erat.

"Terima kasih ustazah, akak termotivasi dengan perkongsian sebelum ustazah berangkat dulu tu..pasal kisah pada umrah kali pertama ustazah, yang ustazah berdoa agar dapat pergi lagi menunaikan umrah dalam masa terdekat..juga kisah pensyarah ustazah tu, macam mana impaknya apabila kita sentiasa bersangka baik pada Allah, Alhamdulillah..terima kasih ustazah.."

Beliau mengakhiri kata-kata pada hari tu dengan hadith Qudsi yang sering memotivasikan hidup saya selama ini,

"Ana 'inda zhonni, 'abdi bii.."
~..Aku sebagaimana yang hambaKu sangkakan..~

hampir saya berputus asa kerana sebuah dugaan yang tak disangka-sangka menjengah dalam hidup saya..

Tiba-tiba sahaja saya diketuk kembali dengan tazkirah yang pernah saya sendiri sampaikan dan hampir saya lupa dengan janji Allah itu..Subhanallah, Terima kasih Allah!



Perkongsian daripada Finalis rancangan realiti Solehah TvAlhijrah- Wan Suhaili


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rindu tak terkata  pada dua kota suci Mekah dan Madinah. 
Ya Allah, jemputlah kami menjadi tetamu-Mu lagi Ya Allah. 



* Bercita-cita untuk menjejakkan kaki di Baitul maqdis pula. Ameen~
Baitul Maqdis, tempat ketiga paling suci bagi umat Islam.

Tidak diwajibkan membuat pelayaran kecuali kepada tiga masjid iaitu Masjid Al-Haram dan Masjid aku ini (Masjid Nabi s.a.w di Madinah) dan Masjid Al Aqsa.




Thursday, July 19, 2012

Saat kematian Saidina Umar Al-Khattab










Pada 23 Zulhijjah tahun 23 Hijrah Umar al Khattab dibunuh oleh Abu Lu’lu’ dalam masjid ketika menjadi imam sembahyang subuh. Setelah menikamnya sebanyak 6 kali maka Abu Lu’lu’ cuba melarikan diri namun dihadang oleh ahli jemaah yang berada dibelakang Umar al Khattab. Abu Lu’lu’ yang bersenjatakan pisau bermata dua sempat menikam 13 orang sebelum membunuh diri.

Dalam keadaan luka parah dan menahan kesakitan Umar al Khattab menyuruh Abdul Rahman Auf menjadi imam sembahyang. Selesai sembahyang baru mereka mendapatkan Umar al Khattab yang sedang terbaring berlumuran darah.

“Siapa yang menikamku?” tanya Umar al Khattab.

“Abu Lu’lu’ hamba Mughirah Syu’bah,” jawab Abdullah.

“Syukur kepada Allah kerana aku tidak dibunuh orang Islam,” ujar Umar al Khattab.

Datang seorang tabib cuba memberikan rawatan. Kemudian diberinya minum tetapi minuman itu keluar dari perutnya yang luka. 

“Wahai Amirul Mukminin, sudah tiba masanya,” kata tabib itu.

Orang ramai menangis tetapi ditegah oleh Umar dengan berkata. 
“Jangan kamu menangis. Nabi bersabda orang yang mati terazab dengan tangisan keluarganya.”

Kemudian Umar al Khattab memanggil anaknya Abdullah supaya menemui Aisyah isteri Rasulullah saw mohon kebenaran disemadikan bersebelahan dengan kubur baginda. Aisyah membenarkan dengan berkata . “Sebelum ini aku telah menyimpan tempat itu untuk aku tetapi hari ini aku menyerahkannya kepada Umar.”

“Wahai Amirul Mukminin, apakah tuan akan melantik Abdullah bin Umar sebagai pengganti?” tanya Al Mughirah.

“Demi Allah, aku haramkan keluarga dari jawatan ini…” jawab Umar al Khattab.

Kemudian Umar al Khattab menamakan 6 orang sebagai calun khalifah mereka ialah Uthman Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Sa’ad bin Abi Waqas. Mereka akan dipilih oleh ahli majlis syura.

Kemudian Umar al Khattab memberi wasiat kepada anaknya Abdullah bahawa beliau mempunyai hutang sebanyak 8 ribu dirham. “Jual semua hartaku untuk membayarnya. Jika tidak cukup kamu yang membayarkannya.”

Ali bin Abi Talib memandi dan mengkafankan Umar al Khattab. Kemudian beliau berkata. “Demi Allah, orang yang diselubungi kain kafan ini begitu cinta untuk menemui tuhannya.”

Jenazah Umar al Khattab disembahyangkan di masjid dengan Suhaib menjadi imamnya. Kemudian disemadikan bersebelahan dengan kubur Rasulullah saw dan Abu Bakar as Siddiq.

Orang yang turun ke liang lahad adalah Uthman Affan, Sa’id bin Zaid, Suhaib bin Sinan dan Abdullah bin Umar.

Kubur tiga sahabat sejati itu sentiasa dikunjungi orang ramai hingga ke hari ini. Setelah menziarahi dan berdoa di makam Nabi Muhamad saw dan Abu Bakar teruslah berdoa untuk Umar al Khattab pula.

“Salam sejahtera ke atasmu wahai yang menzahirkan Islam secara terang-terangan. Salam sejahtera ke atasmu wahai yang telah diberi gelaran al Faruq yang memisahkan antara yang benar dan salah, salam sejahtera ke atasmu yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak yatim dan menghubungkan kasih sayang dan engkaulah yang menjadikan agama Islam kuat dan gagah. Maka terima lah salam sejahtera serta rahmat dari Allah ke atasmu.”





sumber : facebook Abdul Latip ( Penulis buku)

Monday, July 16, 2012

Anak-anak acuan Al-Quran



Pagi-pagi sebelum buat sarapan, bukak TV9, sarapan 'rohani' dulu dengan rancangan Tanyalah Ustaz. Sambil-sambil buat kerja lain, telinga pasang. Multi-tasking katanya. Dua-tiga hari lepas, ada terbuka rancangan "Pesan Atok". Kalau tengok iklannya mesti tengok stail budak-budak ni semangat betul.

"kita berjumpa lagi dalam rancangannn.." 
"Pesan Atokk.! " ( sambil menunjukkan gaya 'good' dengan ibu jari ke arah atok)



Atok yang dimaksudkan ialah Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz. Masa tu, ada satu slot di mana, seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun mempersembahkan hafazan surah Luqman. Namanya Darwisya. Lancar sungguh. Sebelum umurnya empat tahun lagi, Darwisya sidah boleh menghafal surah-surah panjang seperti Al-Mulk, As-Sajadah dan Al-Waqiah secara serentak.

Pada umurnya dua tahun lapan bulan, dia sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek.Darwisya juga sudah diuji oleh Akademi Darul Huffaz serta mendapat sijil hafazan 30 surah terakhir daripada akademi tersebut. 


boleh baca di sini http://airasolehah.blogspot.com/2010/06/perdengar-al-quran-sejak-bayi.html









Tuesday, July 10, 2012

Kenapa Jodoh Tak Kunjung Tiba?







Beberapa hari lalu saya bersembang dengan Najwa tentang perkahwinan.



“Najwa, nanti bila dah dewasa nak abah dengan mama carikan calon suami atau nak cari sendiri?”



“Apalahlah Abah ni, lambat lagilah nak kawin. Not interested to discuss this topic. NEXTTTT” jawab Najwa selamba.


“Awa, nanti bila Awa dah kahwin kan, Awa nak anak berapa ya?”

“Ish Abah ni, tak habis lagi rupanya. Awa tanya abah baliklah, ha nanti Abah nak cucu berapa?”

“Abah nak ramai cucu. Nanti senang nak pilih mana satu nak wrestling dengan atok diorang. Best cucu ramai ni tau”

Mengekek kami ketawa.

Saya dan Ain berkahwin pada usia yang muda (dalam konteks zaman kami dianggap muda bila berkahwin pada usia 24). Pada usia 25 kami dikurniakan Najwa. Indahnya dianugerahkan anak pada usia berkenaan menyebabkan saya dan Ain tidak punyai masa untuk berseronok-seronok ke sana sini melalui zaman bujang kami.Ramai kawan-kawan yang mengusik Ain dan saya (kerana kami sebaya) semasa kami hulurkan kad jemputan perkahwinan.

“Wah, cepatnya kahwin. Amboi tak tunggu lama pun ya?”

“Ewah, terus ngap sayot aja ya? Kenal 6 bulan terus nak kahwin dah. Tak enjoy dulu Naz? Rugi tau tak enjoy”

“Baru umur 24 korang dah nak kawin? Ekonomi tak stabil lagi. Gaji baru berapa sebab baru kerja. Nanti belum apa-apa dah ada anak. Perempuan cepat nampak tua bila dah beranak pinak tau. Nanti tak sampai 30 tahun dah macam 40 an”

Semua usikan ini kami hanya balas dengan senyuman.

Disember ini usia perkahwinan kami mencecah 16 tahun. Anak-anak juga sudah ada yang remaja. Najwa sudah 15, Najman 13 dan Najmi 11 tahun. Lucunya bila berjumpa teman-teman yang mengusik dahulu lain pula nada usikan mereka.



“Eh dah ada anak dara dah kau Naz. Dua hero nipun dah bujang dah haa. Aduhai, anak aku baru sekolah tadika anak kau pulak dah tak lama nak masuk universiti”


“Adui, ruginya kahwin lewat ni. Untung kau Ainon. Najwa dah macam adik beradik dah dengan mamanya.”

Sekali lagi kami tersenyum.

Teringat saya satu cerita yang pernah kami sembangkan di suatu petang semasa Najwa masih berusia 3 tahun

“Ain, nanti kan masa umur kita 50 tahun, Najwa dah 25 usianya. Dah keluar universiti dah. Bolehlah dia tanggung belanja adik-adiknya nanti”

“Entah-entah dia ikut jejak kita bang, habis belajar terus kahwin. Belum pencen dah bercucu dah kita agaknya.

Abang tau tak masa kat office kan, kadang-kadang we just know that we have shifted gears and moved on in our life as compared to our peers?” Balas Ain.

Tekun saya memasang telinga.

“Tadi masa kat office, sembang masa lunch dengan kawan-kawan. Ada yang sama umur dengan kita, ada yang senior. 

Masa geng yang dah ada anak-anak kecil macam kita sembang pasal pampers, ruam lampin, anak dah mula merangkak, yang tumbuh gigi ada yang lagi senior usianya dari kita dan belum berkahwin bersembang perkara-perkara yang kita dah tak boleh nak relate dah tau bang?”

“Hmm..abang tak faham ni, maksud Ain?”

“Mereka ni cerita benda-benda macam erm.. nanti nak kahwin nak lelaki yang hensem, yang ada kumis, ada yang kata nak lelaki seksi ada bulu dada. Ish, dah tak boleh masuk dah kita dalam cerita-cerita macam ni.

Bila fikir kan bang, kesian sebenarnya. Apalah yang kawan-kawan kita yang belum kahwin tu cari agaknya dalam pasangan mereka kan?

Nak cari Mr Perfect agaknya. Tinggi sangat benchmarknya. Sampai sekarang masih sendiri. 

Mereka ni semua sunyi tau bang?. Tak ada pasangan yang nak kongsi kegembiraan, sedih, mengadu, kesian kan?”

Saya terdiam seketika cuba menyusun ayat

“ Mana ada manusia sempurna kan Ain? Semua kita ni ada kekurangan. Yang sempurna tu Allah SWT. 

Setiap pasangan tu memang ditakdirkan jodohnya saling melengkapi. Kurang si lelaki ditampung isteri. Macam tu jugak sebaliknya. Macam kita ni kan saling melengkapi kan?”

“Maksud abang?” Desak Ain inginkan kepastian

“Macam kita nilah. Ain suka dengar, abang yang banyak cakap. Abang tak pandai matematik, Ain ada degree dalam matematik. Kalau makan ayam goreng, Abang tak suka peha ayam tapi sukakan bahagian kepak dan dada. Ain pulak sebaliknya. 

Kan saling melengkapi tu.

Sepatutnya kita ni memang kena memilih tapi harus bertempat. Kita boleh letak senarai KPI yang kita kehendaki dari pasangan kita tu tapi tak bolehlah kesemua KPInya nak dipenuhi. Kalau ada katalah sepuluh perkara yang kita nak dari pasangan kita. Janganlah nak dapatkan kesemua sepuluh kriteria baru nak kahwin. Dapat tujuh jadilah dulu. Tiga lagi kriteria tu kita binalah dalam alam rumahtangga.

We have to be practical as we do not live in an ideal world”. Jelas saya

Ain mengangguk.

“Wah pandai abang matematik tu. Dah siap pakai percentage dan nisbah bagai tu ha” Usik Ain.

Berderai ketawa kami berdua.

Apa yang kita tunggu sebenarnya? Kenapa jodoh kita tak kunjung tiba?

Saya nak kongsikan sedikit apa yang saya temui di dalam buku yang di hadiahkan sepasang teman rapat saya.

Buku ini bertajuk Inspirasi cinta terhebat. Intailah mukasurat 3 seksyen tengah bertajuk 

“Ya Allah, Aku tak ingin sendiri – Kenapa jodoh tak kunjung datang?”

Persoalan yang saya tanyakan tadi disusul soalan dalam buku yang ditulis Burhan Sodiq dengan bersahaja. 

Bila ditanya tentang jodoh apa yang kita lakukan sebenarnya dalam menangani hal jodoh?
Adakah kita memilih menunggu dan terus menunggu, sambil berharap penuh cemas?
Atau adakah kita akan melakukan ‘sesuatu’, agar jodoh itu datang menyapa?
Soal jodoh ini bukan soal enteng kan?

Saya pasti perasaan seseorang yang menanti jodohnya datang tapi tak juga kunjung tiba akan bercampur baur perasaan cemas, kecewa dan lambat laun perasaan ini menjadi tekanan yang berlarutan apabila orang sekeliling mula mendesak dan menyakitkan dengan soalan-soalan sensitive yang bertubi-tubi.

Bila kita ke kenduri kendara contohnya. Sosek-sosek orang kampung bertanya pada ibu dan ayah kita;

“Ish anak kamu tu lawa orangnya, berpendidikan pulak, apa lagi yang dicarinya tu bang/kak? Atau

Lewat sangat usianya anak abang tu dah tu, takda calon lagi ke?”

Kalau sekali dua mungkin tahan cuping telinga, tapi kalau selalu? Saya ada teman yang masih solo bercerita yang dia serik pulang ke kenduri kendara sanak saudara kerana serik diaju soalan-soalan sebegini.

Mungkin ramai yang masih seorang di luar sana memberi berbagai jawapan pada rasional kenapa masih membujang. Barangkali ada yang mengatakan belum ada calon yang sesuai, ekonomi belum stabil, masih belajar lagi, takut terkongkong dan sebagainya. Terpulanglah.

Suka saya kongsikan konteks murah rezeki selepas berumahtangga mengikut Al-Quran yang disebutkan di dalam Surah An-Nur ayat 32;

“Dan nikahilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang patut (menikah) daripada hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi maha mengetahui” 

dan mafhum hadis riwayat Imam Dailami dalam Musuad-al-Firdaus ;

“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)”

Sebab itulah orang tua-tua kata jangan risau lepas berkahwin dan punyai anak tak cukup bagi anak-anak makan, adalah ‘rezeki anak’ tu nanti.

Pernah dengar kan begitu?

Pada sahabat-sahabat lelaki yang masih bujang ketahuilah bahawa terdapat tiga kunci kebahagiaan suami dalam isteri yang solehah iaitu; 

1. Jika dipandang membuat semakin sayang, 
2. Jika kamu pergi membuat tenang kerana dapat menjaga 
kehormatannya dan;
3. Taat pada suami

Pilihlah bakal isteri kerana agamanya kerana Imam Tabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda;

“Barangsiapa yang menikahi wanita kerana kehormatannya (jawatannya), maka Allah SWT hanya akan menambah kehinaan; barangsiapa yang menikah kerana hartanya, maka Allah SWT tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana hasab (kemuliaannya), maka Allah SWT hanya akan menambah kerendahannya. Dan barangsiapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluannya) dan mempererat silaturrahim, Maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut.”

Janganlah kita jadikan alasan pernah kecewa, inginkan perkahwinan yang glamour umpama puteri raja, tak mampu kerana mas kahwin dan hantarannya mahal, cacat anggota dan rasa rendah diri, tidak boleh kahwin tanpa bercinta dahulu, langkah bendul dan sebagainya sebagai halangan untuk berumahtangga.

Moga yang masih mencari bertemu yang dihajati dan segera membina istana bahagia. Insyaallah :)

Tuesday, July 3, 2012

Saham Akhirat









Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Boleh layari link di bawah untuk maklumat lanjut. 


Ayuh, bantu mereka. 

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim )

Friday, June 29, 2012

Rencah Kehidupan: Amal


Salam Jumaat yang indah lagi barakah, Penghulu segala hari <3


Semalam sempat 'call' mak . harini sudah masuk seminggu mak, atuk dan nenek berada di tanah suci. Berbeza sedikit dengan semasa saya ke sana bulan lepas. Pakej yang dipilih mak ni, rupenya terus direct dari Malaysia ke Makkah, transit 10 minit di Doha. Sampai di Makkah, letak barang , makan dan terus bersiap untuk menunaikan umrah pertama. Alhamdulillah semua sihat, masih diberi kekuatan untuk beribadah. Mak kata penginapan kat Hotel Rayyan, jarak lebih kurang 20 minit ke Masjidil Haram. Cuaca sudah mencecah 50 lebih darjah celcius. Moga mereka diberi kekuatan untuk meneruskan kembara ibadah ini. Ameen.


Habis exam, terus berkemas untuk pulang ke kampung halaman. Oleh kerana saya sudah berjanji dengan adik-adik junior di UTM,KL untuk singgah sebentar, maka saya luangkan satu hari di sana. Diari rindu bersama mereka terubat jua akhirnya.




Alang-alang turun KL, saya mengambil keputusan untuk keluar membeli sedikit barang. Menaiki LRT dari Damai ke KL Sentral. Mungkin sudah jadi 'habit'. Saya gemar sekali memerhati karenah dan gelagat manusia.Sambil berdiri dengan menyandarkan badan ke sisi pintu, di satu sudut pandangan saya tertumpu kepada seorang pemuda lingkungan 20-an sedang bertadarus al-Quran. Mushaf itu dipegang erat sekali. Halwa mata dijamu dengan pemandangan sebegini, sejuk rasa hati. :)


" Next station : Kampung Baru"

Seorang ibu muda  memimpin  tiga orang anaknya masuk ke dalam LRT. Kerusi yang ada semunya sudah penuh. Di sisi kanan, duduk anak-anak muda yang sedang asyik mendengar muzik, di sebelahnya, anak muda yang sedang rancak berbual sesama sendiri. Di sisi kiri pula, duduk seorang wanita yang sedang asyik bermain ipad. Ibu muda itu kelihatan letih dan sepertinya memerlukan rehat. Alhamdulillah, di satu sudut yang lain pula, seorang pemuda berkaca mata dan berkemeja tampil memberikan kerusi yang diduduknya sebentar tadi kepada ibu muda itu. Seorang pemuda lagi bangkit mempelawa anak-anaknya pula untuuk duduk. Allah. Kebaikan yang kecil itu mampu memberi kebahagian kepada orang lain. Nikmatnya hidup. Menjadi seorang yang bahagia dan mampu membahagiakan orang lain.



Dalam LRT pun kita boleh tambah amal .  (>_<) 



"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia."

Monday, June 18, 2012

Exam Weak



Alhamdulillah. selesai 3 paper. Dan 3 paper lagi bakal menyusul.

14/6 - Leadership
15/6 - Human Development
18/6 - Total Quality Management
21/6 - Commercial law
22/6 - Technology Information System
25/6 - Management of Technology

  

Minggu lepas jadi leader dan doktor
pagi tadi jadi supervisor
dua hari lagi jadi lawyer dan pakar komputer,
 Minggu depan jadi manager.


Sekarang baru faham kenapa pencapaian pelajar dari kos pengurusan teknologi mendapat senarai ranking paling rendah dalam fakulti kami.

Orang selalu anggap pengurusan itu petik jari saja. 
It's not easy man.


"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" Asy-Syarh:6



p/s: Siang dirasa malam, malam dirasa siang. Enjin otak harus bekerja semaksimum mungkin. Untung dapat aplikasikan management lagi-lagi  dalam minggu-minggu exam macam ni.:)

Monday, June 4, 2012

Masih ku ingat: "Taman Syurga"





I feel lost inside myself.............................and I believed it's still left at Mecca and Madina, Allah!



Hari ini sudah masuk hari ke-11 setelah kembalinya kami dari Tanah Suci. Dan tahap kerinduan itu masih tidak berubah dan tidak berubah




Masih ku ingat,


Rasulullah bersabda, “Di antara rumah dan mimbarku adalah taman dari taman-taman surga, dan mimbarku di atas telagaku”. 


Sewaktu pertama kali berpeluang masuk ke Raudhah (taman syurga) di Masjid Nabawi. Pagi itu seusai solat subuh, saya dan Azyan mengambil keputusan untuk duduk di masjid sehingga kebenaran untuk ke Raudhah dikeluarkan. Kawasan Raudhah hanya dibuka untuk jemaah wanita pada waktu tertentu selepas solat subuh, zohor dan isyak kalau tidak silap saya. Terdapat satu ruang di sediakan untuk jemaah yang mahu masuk ke Raudhah mengikut negara. Kami mencari-cari ruang untuk jemaah Malaysia. Tidak ketemu. Rupanya jemaah Malaysia ditempatkan di bahagian jemaah Indonesia. Kami duduk di bahagian belakang dan bertadarus sebentar. Hampir 5 minit duduk, pandangan kami tertumpu di bahagian atas. Bumbung sedang terbuka. Subhanallah, Cantik! Tiba-tiba kelihatan sekumpulan jemaah arab , bangun dan berlari- lari  ke bahagian kiri. Allahuakbar. Kami berpandangan sesama sendiri.

 Oh. Rupanya pintu ke Raudhah sudah dibuka. Tetapi jemaah Malaysia masih tidak dibenarkan untuk masuk.  Kami menanti dengan penuh kesabaran menunggu isyarat kebenaran masuk bagi jemaah Malaysia dan Indonesia. Hampir 40 minit berlalu, masih belum dipanggil jua. Sehinggakan hanya tinggal jemaah dari beberapa negara sahaja. Teringat sewaktu berbual dengan Ustazah Naimah di Pusat Islam, UTM, beliau ada memberitahu, jemaah kita biasanya akn diberi kebenaran masuk pada waktu-waktu akhir.  Sewaktu jemaah dari negara Iran (kalau tidak silap, saya sudah terlupa) dipanggil masuk, Azyan menoleh ke arah saya.

" Nak ikut dorang tak ? jom. "  

Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk mengikut jemaah tersebut ke Raudhah memandangkan jemaah kita masih lagi belum dipanggil.  Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ke Raudhah kami tidak ditahan oleh petugas. Padahal kiri dan kanan kami dikelilingi oleh petugas yang memakai serba hitam itu.

" Hajja, Hajja! Duduk, duduk! "

Ayat ini begitu sinomim dan menjadi bahan bualan kami sesama sendiri. Mungkin kerana slang sebutan mereka yang kelihatan lembut dan bercampur dengan slang arab.

Berjalan dan terus berjalan. Memerhati sekeliling dan mata saya tertumpu di bahagian karpet. Bahagian karpet yang berwarna hijau itulah raudhah, manakala karpet berwarna merah masih lagi kawasan masjid. Kami semakin hampir. Selangkah, dua langkah kami semakin hampir dengan Makam Nabi Muhammad. Alhamdulillah, Allah izin kami untuk sampai ke sini.Tidak semena-mena air mata ini mengalir deras, tidak terbendung lagi. Saat ini,kita begitu dekat dengan baginda Nabi Muhammad S.A.W.



 Apakah layak untuk umat-Mu ini berada di sini? 
Sejauh mana aku mengamalkan sunnah-Mu?


 Terasa begitu kerdilnya diri ini menjadi umat-Mu ya Rasulullah..Allahuakbar. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah bermain di bibir. Tidak lupa, salam yang dikirim sahabat-sahabat dan sanak saudara di Malaysia kepada baginda saya sampaikan. Sempat juga kami menunaikan solat sunat dua rakaat, berzikir dan berdoa. Berdoa di kawasan Raudhah antara doa yang paling mustajab. Disini, doa akan diangkat terus ke langit kepada Allah S.W.T tanpa perlu kepada perantaraan mahupun hijab. Insyallah, dengan izin-Nya, doa itu mudah untuk dimakbulkan. Kebiasannya, jemaah yang mengambil terlalu banyak masa untuk beribadat dan berdoa di kawasan raudhah akan diminta untuk keluar. Pandangan saya tertumpu pada seorang jemaah yang kelihatan sujud terlalu lama, ditarik tangannya oleh petugas supaya memberi peluang kepada jemaah yang lain. Setelah selesai semuanya, kami bergegas mencari jalan keluar. Pandangan saya beralih pula kepada kanvas yang menjadi pintu penghadang sepanjang kawasan Raudhah. Ada yang menulis nota-nota kecil seakan-akan doa. Ada yang menulis nama. Di satu sudut, kelihatan jemaah Syria yang sedang asyik menangis teresak-esak sambil mengucup tiang putih itu.


Rasulullah SAW pernah bersabda, “Shalat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih utama 1.000 kali dibanding shalat di masjid lainnya kecuali di Masjidil Haram dan shalat di Masjidil Haram lebih utama 100.000 kali shalat daripada masjid lainnya.”



" I feel lost inside myself,     And I believed its still left there"




*Zulaikha Althafunnisa*



Thursday, May 31, 2012

Kembara Rohani ke Tanah Suci


bergambar di lcct sebelum bertolak ke Colombo

Assalamualaikum w.b.t
Tiada kata lain yang dapat diungkapkan tika ini selain lafaz alhamdulillah pujian-pujian dan syukur kupanjatkan buat-Mu ya Allah.

Tanggal 12 Mei 2012 menjadi satu tarikh yang cukup bermakna bagi rombongan kami seramai 11 orang. Kembara ibadah selama 13 hari di tanah suci Mekah dan Madinah, menyelusuri sirah perjuangan para sahabat, menziarah rasul junjungan Rasulullah s.w.t, menjejakkan kaki di Baitullah memberi seribu satu coretan memori indah yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Pada awalnya semasa di LCCT, saya sedikit gelisah kerana menantikan kehadiran keluarga yang tidak kunjung tiba walaupun jam sudah menunjukkan kurang dari satu jam untuk berlepas. mulanya saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa datang jauh dari rumah ke lcct. Mujur rumah nenek di Banting dan tidak berapa jauh dari lcct. Alhamdulillah lebih kurang 10 minit sebelum boarding, sempat jugak jumpa.

selamat mendarat di Sri Lanka Airport

akhirnya tiba di King Abdul Aziz Airport, Jeddah

proses penyerahan visa


Setibanya di King Abdul Aziz airport, perjalanan diteruskan untuk check-in di Madinah dan hotel tempat kami menginap tidak jauh dari masjid Nabawi. kali pertama menjejakkan kaki  di masjid Nabawi, meremang satu badan, tak semena-mena berjurai air mata. macam mimpi je semua ni. sSeusai solat subuh, saya dan Azyan menunggu di bahagian depan masjid untuk masuk ke dalam Raudhah - makam Rasulullah. Alhamdulillah Allah permudahkan. kami masuk bersama jemaah Arab yang lain kerana kebiasaanya jemaah Indonesia dan  Malaysia akan dilepaskan paling akhir. Ya Allah, tidak tergambar perasaan itu! ketika berada di masjid Nabawi, kita disaran supaya memperbanyakkan selawat dan salam  kerana kita begitu dekat dengan kekasih Allah Rasulullah s.w.t.


di Bukit Uhud bersama Wani dan Hanis

Ladang kurma










Masjid Nabawi pada waktu malam


menjamah nasi arab bersama daging unta
hotel tempat penginapan kami
Belum puas rasanya berada selama empat hari di madinah, kami mula bergerak untuk ke Mekkah. masing-masing sudah siap dengan pakaian ihram.Perjalanan menaiki bas lebih kurang 6 jam diiringi dengan bertalbiyah. selepas check in di hotel, kira-kira jam 11 malam kami berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram untuk menjalankan umrah yang pertama. Perasaan sama ketika berada di masjid Nabawi menyelubungi diri tatkala melangkah masuk ke Baitullah. Subhanallah!



dalam perjalanan ke Masjid Tanaeem untuk miqat




Bukit Safa
 sepanjang berada di Mekah, saya sempat berpuasa sunat satu hari bersama rakan-rakan yang lain. Pengalaman terbaik berpuasa di sana, dengan keadaan cuaca yang panas memcecah 45 darjah celcius. hanya Allah yang tahu perasaannya. Pada hari yang sama, kami sempat mengerjakan umrah. selesai tawaf masing-masing berpecah. takut juga pada mulanya bila pikir dah terpisah sorang-sorang ni. tapi takpe hilang pon masih dalam masjid. selesai solat zohor, saya mengambil keputusan untuk Saie sendirian di level 2 dengan harapan dapat terserempak dengan rakan-rakan lain. yang kelakarnya, disebabkan cuaca yg amat panas, hampir 30 minit sekali saya ke tempat air zam-zam untuk membasahkan kepala, tangan dan stokin. lega yang amat!. habis lencun telekung. tak sangka betul bila jumpa kawan-kawan yang lain, diaorang pon buat benda yang sama. haha. Seusai azan Maghrib, 6 cawan air zam-zam menjadi santapan. Malam tu pulak ustaz sharizal jamu kami yang berpuasa ni  dengan nasi arab. memang kembungla perut. alhamdulillah~

perkarangan masjidil haram pada waktu malam

aiskrim arab



Jabal Thur


Jabal Rahmah
Jabal Rahmah dikatakan menjadi tempat pertemuan nabi Adam dan Hawa setelah terpisah hampir 100 tahun. kat sini ramai orang tulis nama dengan harapan untuk mendapatkan jodoh. kita tak disarankan untuk berbuat demikian. cukuplah sekadar berdoa semoga dipertemukan jodoh yang sesuai , yang soleh,  yg dapat membimbing dan dapat melengkapi kekurangan kita dan bapa yang baik untuk anak-anak :)

bila cakap pasal jodoh ni, teringat satu peristiwa menarik. masa tu dalam perjalanan balik dari Masjidil Haram berseorangan. tengah  berjalan sambil melihat barang-barang yang dijual di kedai, dlam hati bermonolog sendirian. "Allah tu Maha Kuasa. mana tau kalau keluar je dari  kedai ni, Allah nak tunjukkan jodoh kita". ya Allah. Benar! Hebatnya Kuasa doa di tanah Suci, sebaik sahaja saya melangkah kaki keluar dari kedai tersebut, betul-betul muncul melintas depan mata" . jantung berdegup deras, terkelu lidah.Siapakah hamba Allah yang bertuah itu? hehe.rahsia la. mane boleh bagitau. Sama ada  benar mahupun kebetulan, Allah itu sebaik-baik perancang. Saya cuma mampu berdoa supaya dipermudahkan jika benar dia adalah jodoh yang telah ditetapkan . Aminnn..:) (feeling-feeling macam cerite KCB time Abdullah Khairul Azzam first time jumpa Anna Althafunnisa masa kawan dia tertinggal buku dalam bas tu)


landasan keretapi yang sedang disiapkan untuk kemudahan jemaah. KTM  malaysia terlibat sama dengan projek ni. terbaik la. 

kat ladang unta

masjid hudaibiyah lama

replika projek masjidil haram yang bakal diperbesarkan untuk menampung jemaah 

perjalanan pulang ke hotel mengambil masa 20 minit berjalan kaki.

menara jam
depan masjidil haram



di airport untuk pulang ke Malaysia


sempat makan Al-Baik sebelum naik flight

8 anak-anak , 2 bapa dan satu mak :)


Dah hampir seminggu pulang dari sana, kerinduaan untuk beribadah di sana masih tetap teguh dalam jiwa. Salah satu doa saya di sana dah dimakbulkan. Dah 3-4 orang tegur kenapa nampak kurus. kihkih. 13 hari bersama rakan-rakan yang lain yang seolah-olah sebuah keluarga besar menjadikan group facebook Road to Saudi Arabia sentiasa 'update' dengan status-status  berbaur kerinduan di tanah suci. :) insyaallah, banyakkan doa supaya dipermudahkan dan diberi kesempatan lagi untuk ke sana. Doakan ibu bapa kita, keluarga dapat pergi bersama-sama. mana tahu kalau dapat pergi lagi sekali bersama team Road to Saudi Arabia bersama pasangan masing-masing. Tak mustahil kan? ;D Saya menyimpan impian untuk tinggal di sana sama ada belajar mahupun bekerja mahupuuuuuun berkeluarga. hehe. 


p/s :  sejak pulang, badan masih tak rehat dengan secukupnya. Menyiapkan tugasan yang bertimbun, menghadapi test dan presntation. Tidur jam 2-3 pagi. Alhamdulillah sudah selesai 70% tugasan. sebenarnya   terlampau bnyak idea yang terbuku kat otak dan tak terluah lagi kat sini. cuma sedikit coretan kosong. ikutkan hati macam nak karang satu buku je rasa.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10