Pages

Friday, July 24, 2009

Temuduga : calon Jenazah


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.






sila semak..




ni gmbr plakon korea tu,,lupe la namanya..huuhu,sape tah edit dia pkai tudung..
hah!ni lee Da he..plakon cite "Mygirl".best!:)

berpandukan kepada perkara-perkara ini, silalah semak di mana anda berada berpaksikan ungkapan-ungkapan berikut :
  1. wanita sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan paras wajahnya, tetapi dari kecantikan hati yang ada di baliknya.
  2. wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dlihat dr sejauh mana dia menutupi tubuhnya.
  3. wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyak kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.
  4. wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah bunyi suaranya, tetapi dari apa yang mulutnya sering membicarakan.
  5. wanita sejati bukanlah dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara.
  6. wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian, tetapi dilihat sejauh mana dia berani memperteguh kehormatannya.
  7. wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia alami, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dgn syukur.
  8. wanita sejati bukanlah dilihat dari sifat mudahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatannya dalam bergaul.
  9. wanita sejati bukanlah dilihat dari kekhuatirannya digoda, tetapi dilihat dari kekhuatiran orang jadi tergoda.
antara kesemua ungkapan2 ini, saya lebih berminat dgn ungkapan pada nombor 1, 6,8, dan 9. anda pula??..jom kongsi ..

* artikel drpd majalah nur edisi julai 2009.

Thursday, July 23, 2009

11 jenis manusia didoa malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

**Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Monday, July 13, 2009

teguran kerana kesilapan dan kelalaian..


setiap manusia pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan. dari sekecil-kecil silap ke sebesar-besar silap. sukar sama sekali untuk dielak. kadangkala apabila kita menegur kesilapan seseorang, kita tidak sedar bahawa kita sendiri juga ada melakukan kesilapan yang sama. misal kata saya menegur mereka supaya tidak ketawa terlalu kuat kerana tidak manis dipandang. bila difikirkan kembali sebenarnya saya juga pernah melakukan perkara serupa. kerana itu, teguran itu sangat penting. kerana daripada satu teguran kita tahu apa yang kita buat. sama ada salah @ betul..


dari sudut kedua pula, saya menegur seseorang kerana kelalaiannya dalam pergaulan( ikhtilat) yang saya kira dia mungkin tidak sedar dan alpa akan statusnya dan kedudukannya. mungkin baginya, ia adalah sesuatu yang normal bagi seorang remaja yang menginjak usia ini.

saya berbuat demikian kerana bersebab. kalau tidak kerana sayangnya sebagai seorang sahabat, sudah lama saya membiarkan beliau begitu. kerana bagi saya, beliau ada kelebihan tersendiri. sayang sekiranya dibiarkan bakat dan ilmu serta pengalaman yang ada pada beliau, disia-siakan begitu sahaja. bagi saya, dia memerlukan seseorang yang menegurnya dalam apa sahaja aspek kerana ada kala sikapnya itu berubah sehingga leka dan jauh daripada allah.

saya mengharapkan teguran yang diberikan ini menjadi pedoman dan panduan hidup kita dan tidak seharusnya kita menganggap teguran itu sebagai sesuatu yang negatif sehingga kita tidak bertegur sapa sesama sendiri dan menyimpan dendam terhadap orang tersebut. teguran ini untuk renungan bersama khususnya kepada diri saya sendiri yang sering melakukan kekhilafan. dan jutaan kemaafan dipohon sekiranya ada dia antara kita yang tidak dapat menerima sesuatu teguran itu. dan bukan niat saya untuk mengaibkan atau memburuk-burukkannya. tetapi ingatlah! daripada satu teguran seseorang itu, kita akan sedar akan kelemahan dan kekhilafan yang kita lakukan. tegurlah diri saya sekiranya saya juga melakukan kesilapan...

wallahualam..


Tuesday, July 7, 2009

ketika Cinta Bertasbih the movie..



sekali lagi karya penulis novel tersohor, Habiburrahman El Shirazy diangkat menjadi sebuah filem seperti mana filem Ayat-ayat Cinta yang mendapat sambutan hangat terutama dalam kalangan remaja.

semasa saya menonton trailer ini di dalam youtube, saya tertarik dengan satu puisi iaitu :

Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta....



Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa-gesa nenuliskannya,
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta...
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..




Syabas Habiburrahman...
Karya anda sentiasa mendapat tempat di hati remaja terutamanya muslimah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10