Sementara mood Wajadiri masih ada ni, rasanya seperti ingin mencoret sesuatu. Coretan lakaran diari kehidupan sepanjang sebulan training sehingga ke hari ini. Cewah.
Untuk membuat keputusan menyertai Karnival Wajadiri Nasional Peringkat IPT dan Sekolah 2013 ini, saya kira bukanlah sesuatu yang mudah. Faktor halangan utama dengan jadual final exam yang selang sehari sebelum tarikh kejohanan.Saya mula mencari jalan keluar. Ditambah dengan pujukan rakan-rakan dan desakan diri sendiri, akhirnya saya membuat keputusan untuk turut serta. Muktamad.
Bermulalah hari demi hari, latihan berjalan setiap petang. Ya. Bukan mudah untuk mendisplinkan diri. Antara perkara yang saya lihat dalam silat adalah faktor displin yang diterapkan dalam setiap individu. Saya akui. Kadang saya tewas dengan disiplin waktu. Ahh. Malu. Training Wajadiri bukan seperti training-training biasa, bukan seperti training demo bukan seperti training SRP. Seringkali nilai disiplin ini ditekanan oleh pengurus dan tenaga pengajar. Stress, tertekan? Tipulah kalau tak rasa perasaan ni. Saya bukanlah atlet. Dahulunya saya bukanlah penggemar aktiviti sebegini. Kadang terpikir balik. Apa agaknya yang membuatkan saya tertarik dengan silat ini? (think)
Penangan Wajadiri membuatkan saya tersenyum sendiri. Seminggu sebelum kejohanan, disebabkan terlalu asyik menonton video Wajadiri yang lepas sehingga terbawa di dalam mimpi. Tersedar di alam nyata bila badan rebah di bawah katil. Aduhai. Boleh tahan tegang urat leher sampai terpaksa berurut dengan Mak Lang. Eheh.
Sehari sebelum Wajadiri, saya dan 3 orang skuad yang lain bertolak ke Kelantan sedikit lewat berbanding skuad yang lain kerana masih lagi bergelut dengan kertas dan pen di dewan peperiksaan. Habis sahaja exam, terus bergerak ke Sri Puteri menaiki bas ke Kuala Lumpur. Macam-macam halangan dilalui. Terasa macam sedang berjuang dalam rancangan Amazing Race gitu. Jam 7.00 malam turun dari TBS untuk menaiki KLIA Transit ke LCCT. Nak dijadikan cerita, pada waktu tu tiba-tiba perkhidmatan tergendala. Tiket flight jam 9.50 malam. Masing-masing dah buntu. Jadi, tiada pilihan lain. Kami terus bergegas ke KL Sentral untuk mendapatkan bas ke LCCT. Alhamdulillah ada. Naik sahaja bas, ingatkan dia nak terus gerak rupanya masih mahu tunggu beberapa penumpang yang lain. Jam menunjukkan 8.00 malam. Masih berbaki 1 jam 50 minit. Sorang demi sorang antara kami menebalkan muka pergi berjumpa dengan pemandu bas untuk meminta beliau supaya bergerak awal. Beliau memahami. Sampai di LCCT jam 9.38 malam. Jejak je kaki di sana terus memecut sepantas kilat. Ceh. Malu tu dah letak kat tepi. Sampai kaunter check in semua tutup. At last masih ada satu lagi kaunter yang buka. Alhamdulillah syukur sangat. Semua skuad yang ada di Kelantan masing masing dah risau kami ni tertinggal flight. Peristiwa ini mengingatkan saya dengan peristiwa semasa hampir tertinggal flight di Airport Jeddah bersama rakan- rakan GOP @ Arab Saudi tahun lepas. ;)
Di hari kejadian, mood masih lagi tidak stabil. Saya akui. Waktu bertanding, saya tidak mendapat fokus yang secukupnya sehingga tidak dapat membuat yang sehabis baik. Geram dengan diri sendiri. Saya lebih gemar mendiamkan diri waktu itu. Macam-macam perasaan timbul. Sampai saat ini saya merasakan saya tidak layak untuk pingat itu. Sungguh, saya tidak layak. Melihat kembali video tersebut, saya jadi malu. Saya sepatutnya mampu buat yang lebih terbaik. Namun perancangan Allah itu maha Hebat. Bagi saya kemenangan ini menjadikan diri terasa cukup kerdil. Masih banyak yang perlu dipelajari.Masih banyak dan banyak lagi..
tak sangka sungguh! |
Yang dulunya tak pernah sentuh, tak suka langsung air 100 Plus, terus suka. Sebab nak segarkan badan lepas training.
Yang dulunya susah nak berhenti minum air berais, dapat juga tahan walaupun tewas jugak kadang-kadang. Haha. Maafkan saya cikgu.
Yang dahulunya tak suka langsung jogging dan berpeluh, terus suka (yeke?)
Yang dahulunya hanya berat tulang, kini berat dengan muscle. (Ini tak boleh terima) ( -_-)
Dari sini, Allah kurniakan insan-insan istimewa di sekeliling saya. Mereka sungguh ohsem. :)
Tahniah UTM! Juara keseluruhan kategori IPT. |
3 comments:
membaca post ini seakan turut merasai sendiri perjalanan yang telah bella lalui. catatan yang menarik dan pasti apa yang dirasai dan dilalui sepanjang training/wajadiri adalah perjalanan yang manis dan harapnya menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang dalam 'perjuangan' silat ini. semoga bella dan rakan-rakan dapat terus berjuang dan menjadi salah seorang pendokong silat ini bukan untuk kita sahaja tp untuk masyarakat setempat. bak kata pepatah jadikan diri kita benih (silat) yang baik. dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak kelaut menjadi pulau. =)
membaca post ini seakan turut merasai perjalanan yang telah bella lalui. akui pengalaman berwajadiri sangat manis dan menjadi satu kerugian jika tidak dapat sertai wajadiri ini. Tahniah dan syabas diucapkan walaupun tidak ada pengalaman menyertai wajadiri namun berjaya membolot kesemua hadiah yang dipertandingkan. harap pengalaman berwajadiri ini menjadi pemangkin untuk bella terus berjuang dalam 'perjuangan' silat ini.
Tahniah..
Akak rasa kemenangan yang diperolehi tu, Allah zahirkan dengan Pingat & Piala atas sebab kecekalan & ketabahan Nabila mengharungi pelbagai kesukaran pada masa yang sangat suntuk.
Post a Comment