Pages

Wednesday, May 4, 2011

Apabila gambar berbicara (2) :JODOHKU di mana?






jeng.jeng.jeng. buka buku HR. baru baca dua tiga muka surat, otak dah lemah.huhu. tetibe rase nak conteng2. inilah hasilnya. jalan2 tengok blog orang, terserempak dengan blog ini :)

____________________________________________________________________
Suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di sebuah lorong yang sangat panjang.. Mengembara mencari sebuah destinasi, namun semakin jauh kaki melangkah, destinasi yang ingin di tuju menjadi kian kabur.

Kadang-kadang Ali terjatuh, kadang-kadang Ali tergelincir, kadang-kadang Ali tersesat, kadang-kadang Ali berlari, kadang-kadang Ali mendaki bukit, kadang-kadang Ali menuruni lembah.. Suatu pengembaraan yang sangat jauh.. Dan dia tidak tahu apa yang bakal menantinya di hadapan.. Hasbunallahuwanikmalwakil.. Bismillahitawakkaltualallah, wala haula wala kuwwatailla billah..

Ketika sedang mengembara, Ali akhirnya tiba pada persinggahan pertama, di situ, Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang kelihatan muram. Ali singgah lalu memberanikan diri untuk bertanya..

"Saudara, kenapa saudara bersedih?" Ali bertanya. Suasana sepi seketika. Masing-masing diam melayani perasaan. Tiba-tiba lelaki itu menangis. Ali menjadi serba salah, dia ingin segera berlalu pergi. Belum sempat dia mengatur langkah, lelaki itu tiba-tiba bersuara..

"Suatu masa dulu, aku mempunyai seekor rama-rama yang sangat cantik, kepaknya berwarna warni, aku bahagia setiap kali melihat dia mengibarkan kepaknya, indah sekali.." Lelaki itu mula bercerita, wajahnya yang suram sekejap tadi kelihatan berseri seketika, seolah-olah sedang menggambarkan keindahan rama-rama miliknya itu. Namun, sebaik sahaja selesai berkata-kata, wajahnya kembali suram.. Dia kembali murung.

"Sayangnya rama-rama itu sudah tiada.. kerana terlalu mencintai rama-rama itu, aku telah memegang sayapnya terlalu erat, dan akhirnya aku telah mematahkan sayapnya yang indah itu... dia menderita kesakitan kerana aku.. akhirnya dia mati dan meninggalkan aku sendirian..." Lelaki itu menyambung kata-katanya, di hujung ceritanya itu, dia menangis semahu-mahunya. Tangisan seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan. Beberapa minit menemani lelaki itu, Ali akhirnya meminta diri untuk meneruskan perjalanannya..

Sampai di persinggahan ke dua, Ali melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.. angannya jauh entah ke mana. Ali berasa pelik lalu terdetik untuk bertanya. Ali menghampiri lelaki itu, beberapa ketika berbasa-basi, Ali kemudianya menanyakan hasrat hatinya, dia ingin tahu kenapa lelaki itu sedang duduk termenung..

"Maafkan saya, boleh saya tahu kenapa saudara duduk termenung sendirian di sini?. seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.." Ali mengajukan soalan.. Pemuda di hadapannya membalas renungan matanya. Lama dia membisu, namun akhirnya dia memulakan cerita..

"Ibu bapa aku berpesan kepada aku agar aku merentasi sebuah taman yang indah, meminta aku agar memilih bunga yang paling cantik dan tunjukan kepada mereka. Aku juga tidak dibenarkan untuk berpatah balik atau menoleh ke belakang.." Pemuda itu bersuara seakan-akan berbisik. Dia seolah-olah sudah tidak punyai semangat untuk meneruskan kata-katanya. Suasana sepi beberapa ketika. Kemudian pemuda itu kembali menyambung ceritanya..

"Ketika meredah taman itu, aku terjumpa bunga yang cantik..tapi aku sangka bunga di hadapan pasti lebih cantik lalu aku biarkan bunga itu, begitulah seterusnya hingga akhirnya, bila aku tiba di hujung taman, aku tidak dapat memilih mana-mana bunga kerana aku rasakan bunga yang paling cantik adalah bunga yang pertama aku temui, tapi aku tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang lagi.. aku menyesal kerana tidak memilihnya terlebih awal, aku menyesal kerana tidak menghargainya.. kini aku tidak punyai apa-apa.." begitulah cerita pemuda itu.. Ali mendengar penuh teliti. Terbit rasa simpati di hatinya.. Namun Ali juga tidak dapat berbuat apa-apa, nasi sudah menjadi bubur. Setelah bersalam-salaman, Ali sekali lagi meminta diri, perjalanannya harus di teruskan..

Ali meneruskan lagi perjalanannya.. tiba di satu persinggahan, Ali bertemu pula seorang lelaki yang kelihatan sedang mencari-cari sesuatu. Matanya melilau ke kanan ke kiri, ke depan dan ke belakang. Dia mencari sesuatu. Ali simpati lalu cuba menghampiri, manalah tahu sekiranya dia dapat menghulurkan bantuan..

"Abang cari apa?" Ali kemudiannya bertanya kepada lelaki itu.

"Burung aku, burung aku yang cantik, aku sayang dia, aku kasihan melihat dia terkurung lalu aku bukakan pintu sangkarnya.. sayangnya, sebaik saja aku membuka pintu, dia pergi tinggalkan aku di sini, aku perlukan dia, aku sayang dia, aku mahu dia kembali, tapi dia sudah pergi jauh.." Lelaki itu menceritakan serba ringkas. Ali mengerti bahawa tiada apa yang dapat di bantu kerana burung itu sudah terbang jauh. Sebelum berlalu, Ali sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tabah mengharungi dugaan hidup. Lelaki itu sekadar menganggukan kepalanya, namun tidak sempat beberapa minit kemudiannya, dia kembali mencari-cari burung kesayangannya itu. Ali benar-benar kasihan melihatnya. Namun perjalanan harus diteruskan.

Setelah beberapa ketika meneruskan perjalanan, Ali berasa penat dan ingin berhenti berehat. Di perhentian kali ini... Ali ternampak seorang lelaki sedang menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, lelaki itu menangis. Ali berasa pelik, sungguh jarang lelaki menangis, lelaki itu menangis pasti kerana ujiannya bukan sedikit.. Sekali lagi Ali menghampiri lelaki itu.. Mulanya, Ali tidak berani bersuara, takut mengeruhkan lagi suasana.. Ali sekadar membatukand diri, menanti masa yang sesuai untuk bertanya..

Namun belum sempat Ali bertanya, tiba-tiba lelaki di sebelahnya menyapanya..

"Kau pasti hairan melihat aku menangis bukan?" Lelaki itu memulakan kata-katanya. Ali sekadar menganggukan kepalanya..

"Dahulu, aku dan wanita saling mencintai. Kami hidup bahagia bersama. Namun suatu hari, terjadi perselisihan faham antara kami, lalu aku secara tidak sengaja berkata kepada wanita, aku katakan bahawa dia bukan tulang rusukku.." Kata-kata lelaki itu tersekat-sekat dan terhenti di situ..pipinya masih basah.

"Kata-kata aku itu telah membuat wanita sedih dan kecewa, dia pergi meninggalkan aku, doakan agar aku dapat ketemu tulang rusukku.. bertahun kami terpisah, akhirnya kami dipertemukan lagi, aku dan dia masih lagi tidak ketemui tulang rusuk masing-masing..malangnya, setelah bertemu semula, dia akhirnya pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.. dadaku terasa sakit yang amat sakit.. kini baru aku sedar bahawa dialah tulang rusukku, namun semuanya sudah terlambat.. dia sudah tiada lagi.." begitulah kisah lelaki itu. Kisah yang benar-benar menyentuh hati. Ali juga turut merasa simpati.. Ali cuba memujuk sekadar temampu namun lelaki itu tetap juga hanyut di ombak duka. Tangisan penuh kekesalan.

Begitulah kehidupan ini.. kita mencari jodoh terbaik kita, mencari dan mencari hingga kadang-kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kite menangisi kehilangannya.

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita.


sumber : KLIK SINI

19 hari bersabung NYAWA di hutan rimba.



sudah khatam buku "19 hari Sesat Di Gunung Tahan :Pengalaman Nur Umaisarah Sameaun". ada yang tanye kenapa saya beli buku ni? walaupun kisah Umai ini agak 'lama' untuk dikongsi.

sebab saya tahu, ada perkara yang cuba disampaikan kepada umum. hati tertarik untuk menyelongkar kisah ini.

perkara pertama yang muncul di ruang legar fikiran- subhanallah, hebat kuasaMu ya Allah. ! tidak dapat dibayangkan seorang wanita yang secara fitrah digambarkan sebagai seorang yang lemah, meredah hutan belantara seorang diri selama 19 hari tanpa makan!. 19 hari bersabung nyawa menanti bantuan tiba dengan penuh kesengsaraan.

- mengisi perut dengan meminum air sungai sahaja!, terjatuh, luka, cedera, terseliuh. tidur di celah-celah batu sungai, apabila terasa lapar beliau memejamkan mata dan membayangkan makanan yang enak-enak, hampir-hampir lemas, susut berat badan 14 kilogram.


KLIK UTK BERITA LANJUT


saya cuba membayangkan diri saya di tempat Umaisarah. oh. tidak terjangkau dek fikiran. anda pula?. bayangkan situasi yang sama. tidak dapat merasakan kekuatan seperti Umai. situasi yang dialami beliau membawa dia tunduk sepenuhnya kepada penghambaan kepadaNya yang Maha Esa, menilai erti hidup, membenihkan sifat syukur dalam segala sesuatu.~

"saya mahu kekuatan seperti dia! saya mahu semangat seperti dia! "

hidayah itu milik allah. tiada apa yang mustahil. yakinlah! :)

Tuesday, May 3, 2011

apabila gambar berbicara (1)


sejak petang tadi sudah mula mengemas sedikit barang-barang yang mahu dibawa pulang ke rumah. persiapan untuk pulang ke kampung halaman semula setelah 3 tahun bertapa di utm ni. ops. belum sampai masanya untuk saya membuat entry perpisahan. membuka kotak barang. saya jumpa benda-benda ni. mungkin tiada makna bagi anda, tapi bermakna bagi saya. anda juga pasti ada bukan?





kad-kad ucapan ini diberi sewaktu kem pemantapan jkm 2010/2011. cukup berharga.


bila kumpul-kumpul balik. waw! banyak. ada lagi separuh tinggal kat rumah. setiap satunya punya kenangan berbeza. cukup berharga ~

gambar ini dilukis oleh seorg junior jkm sewaktu kursus jkm 2011/2012 di agrotek resort. eh, dia ni. ada makna apa2 ke ni? kenapa lukis gambar lelaki utk akak? haha kenapa sy masih menyimpan lukisan ini walaupun ia sekadar lukisan?. kerana saya menghargainya. terima kasih junior! doakan akak korang ni. hehe :)


dari sini, saya belajar bagaimana menghargai orang sekeliling saya. orang bagi madu, balaslah madu kan. :)

Friday, April 22, 2011

Pesta buku menunggu kehadiran anda ;)




EVENT :
30th Kuala Lumpur International Book Fair 2011 / Pesta Buku Antarabangsa KL 2011
VENUE :
Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur
ADMISSION :
FREE ADMISSION for all visitors
DATE :
Friday, 22nd April 2011 - Sunday, 1st May 2011
TIME :
Mondays-Thursdays (10.00am - 8.00pm)
Fridays-Sundays (10.00am - 9.00pm)
MORE INFORMATION :

alhamdulillah, lepas juga hajat saya mahu ke pesta buku. jenuh mencarik sape boleh temankan. ingat memang nak pergi sorang je tadi. at last, nisah (roomate) nak teman. so, go on thanks nisah!..walaupun sekarang sedang mood final exam tidak mematahkan semangat utk ke sana. ececeh;) walaupun saya bukanlah seorang yang tegar buku. ada lagi buku yang dibeli tapi belum dibaca lagi. huhu.


pesta buku ni memang waktu ditunggu-tunggu . dapat less la katekan. walaupun tidaklah sebanyak mana. syukur~ hari ni hari pembukaan. suasana tidaklah sesak seperti tahun lepas. masih boleh berjalan lenggang mak limah.huhu.mungkin waktu itu saya pergi pada hujung minggu yang tentunya lautan manusia membanjiri pwtc ni.

kali ni karangkraf bukak booth dalam dewan tun dr ismail. suasana agak suram sedikit tanpa aktiviti yang fun dan menarik. first day mungkin~ jalan-jalan masuk ke booth pts publication. oh. sini memang ramai manusia. mata banyak tertumpu pada buku-buku pts. sedang melilau-lilau mencari buku-buku menarik. oh. saya jumpa kak Umi Kalsom . ngehehe. baru semalam dok komen kat status kak umi nak ajak saing sekali pergi. dia kata nak serbu pesta buku. huuhu. keciknya dunia.tak janji pon nak jumpa. kami geng Mersik dulu( teringat time kat pesantren Tapuz dok lepak ngan kak umi tepi pantai sambil borak-boorak). ;D

oh. tak sempat nak pergi booth hidayah publication.(-_-)




tadaaa. inilah buku yang sempat diserang. ngehe.

1) Si Blogger Kampung. tengok kak umi beli. dia kata student utm punye buku. so, try. support utm student.huhu
2) Muhammad Al-Fateh by Abdul Latip Talib
3) Salahudin Al-Ayubi by Abdul Latip Talib
4) Perubatan islam dan bukti sains moden by Dr Danial Zainal Abidin. serius !baca buku ni baru bape lembar, sgt menarik. sila try kawan2.

4 buku PTS satu buku Ana Muslim nak bagi hadiah kat adik. hehe. satu lagi buku Teater Muzikal Kanak2 Ali Baba. free cd. ini buku terbitan istana budaya. saya suka muzikal. tapi belum berkesempatan merasai suasananya. mungkin satu hari nanti.;)


alhamdulillah, jumlah keseluruhan tak lebih bajet. masih boleh beli lagi ;)

see, dapatla diskaun sikit. ngehehe.


saya syorkan kepada anda, silalah ke pesta buku ini. tak rugi. duit habis untuk ilmu kan;D
ada masa 10 hari lagi. saya rasa seperti mahu pergi sekali lagi pada last day nanti.sudah ada target buku. hehe. sape mahu kirim, sila mesej saya ye.

oh,by the way. sesiapa yang berminat nak beli buku pts ,anda boleh dapat diskaun dari sini.
KUPON DISKAUN BUKU PTS

untuk pencinta buku karangkraf- DISKAUN BUKU KARANGKRAF

selamat memborong. bangsa membaca bangsa berilmu ;)

Thursday, April 21, 2011

"Dalam Mihrab Cinta". bakal pengganti KCB?





Sinopsis novel 'Dalam Mihrab Cinta'


Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

Dipesantren ini Syamsul terusir kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian kerana keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencuri. Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.

Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?


p/s:Ayat dalam bahasa Indonesia.Sorry la ye.


Lirik bunga-bunga cinta(Ost Dalam Mihrab Cinta)

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta


p/s: oh tidak! mengapakah tetibe suka lagu ni. -_-

barisan pendukung Dalam Mihrab CInta (DMC) :D

asmirandah ni kalau tak silap ada berlakon dlm KCB 2. bekas tunang mas azzam ke? eh.haaa. lupe!

dia ni jugak blakon dalam KCB- ayyatul husna :)


saya suka karya Kang Abik @ pak Habiburrahman. walaupun saya bukan penggemar novel. hehe. menginteprasi sebuah novel menjadi filem kadangkala menarik lebih ramai pembaca mahupun penonton untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan. filem KCB- Ketika cinta bertasbih. saya mula mengikutinya sejak siri pertama.dan kini sudah masuk siri KCB Meraih Ridho Ilahi. tapi siri special ramadhan dan Meraih Ridho Ilahi belum sempat diintai. oh. cuma beberapa episod yang sudah ditonton. konflik makin hebat. :) selama 2 tahun rasanya. semenjak KCB 1, demam KCB dikalangan pengikut2 setianya. sampaikan puisi di dalam cerita tersebut juga bisa diingat. ini sudah parah. haha..

adakah kemunculan filem Dalam Mihrab Cinta (DLC) bakal mewujudkan satu fenomena seperti mana KCB? hehe.




KCB tetap dihati <3 :))
ini abang dan kakak saya :) haha. bukan2. ini mas azam sama anna dalam KCB.oh! :))
ini juga saya suka! :D

p/s: bila Malaysia mahu mencipta filem2 seperti ini?

untuk/perhatian:- KRU production. David Teo. Ahmad Idham. Shamsul Yusof. mamat khalid. n so on..:)) haha

Thursday, March 31, 2011

50 Petua Syed Mokhtar Al Bukhary


kenal tak sape ni? bagi yang tak kenal boleh tekan link bawah. menarik!

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.


26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

50.Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.


p/s : kan bagus kalau ramai orang yang berfikiran seperti dia! beliau idola saya dalam dunia perniagaan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10

I'm the Manager of Bella.Go.Craft