Pages

Thursday, March 18, 2010

"dunia baru"






Dunia baru si rama-rama.

“di sana rama-rama lebih tenang, lebih tenteram”..mereka-mereka itu antara penggerak semangat si rama-rama untuk menerjah ke jalan ini. Bersama-sama bergerak, menuju satu matlamat. Bermula bersama..namun di pertengahannya si rama-rama terpisah. Terpisah dari mereka.

Menuju ke satu jalan yang mana si rama-rama ditarik ke sana. Rama-rama mengikut sahaja. Dia dibawa berjumpa seekor kumbang dan sekuntum mawar. Terkejut. Terpaku. “Apakah benar? Tapi mengapa aku? Mengapa bukan dia? Kenapa begini?”. Kumbang dan mawar melontarkan seribu hujah dan pandangan mereka. Sejak pertemuan itu, hati si rama-rama sentiasa resah, gelisah, berduka lara. Kemurungan melanda.

Si rama- rama pada mulanya tidak mahu mengikut ke jalan ini kerana dia ingin bersama2 mereka-mereka di sana. Menuju matlamat itu. Tapi si rama-rama sudah ditarik oleh kumbang dan mawar. Si rama-rama keliru untuk memilih jalan mana yang harus dipilih. Jalan bersama mereka-mereka atau jalan bersama kumbang dan mawar. Setelah memikirkan baik buruknya, si rama-rama memilih untuk bersama kumbang dan mawar.

Kumbang dam mawar sebenarnya berkawan dengan mereka-mereka itu. Tapi jalan yang mereka pilih berbeza. Sejak keputusan itu dibuat, si rama-rama sering gundah gulana. Dia sering merasakan bahawa dia tidak mampu untuk terus bertahan di jalan ini. Jalan ini gelap, perlukan cahaya yang terang. Namun, sumber cahaya itu tidak banyak..kalau ada pun cahanya tidak begitu terang. Si rama-rama juga ada sumber cahaya.

Tapi sumber cahaya kepunyaan rama-rama itu kadang2 elok, kadang2 rosak..si rama2 gundah gulana sekali lagi. Di penjuru jalan, terdapat sebuah rumah yang baru dibina. rumah itu baru, tapi kelihatan kusam. Tidak bercat. Langsung tiada serinya. Orang ramai yang melihat rumah itu tentu berfikiran sama. Di dalam rumah itu terdapat banyak rama-rama dan terselit beberapa pepatung.


to be continue..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10