Pages

Tuesday, February 1, 2011

Apabila mereka menjauh kerana kamu..




Saya, kalau berkawan, saya berkawan dengan semua orang. Tidak kiralah dia free hairkah, unfree hairkah, tua dari sayakah, muda dari sayakah. Saya senang dengan semuanya. Semuanya sama. Dan jika saya bersahabat, saya bersahabat sampai mati, inshaALLAh. Itu prinsip saya dalam persahabatan.

Sejak kebelakangan ini, ramai sangat dari kalangan kawan-kawan mengadu nak berubah kepada yang lebih baik. Tetapi malangnya, apabila mereka bertaut pada orang yang mereka percaya untuk membantu mereka berubah, orang itu pula menjauhi mereka dan memandang jelek akan mereka.

Sebetulnya, saya sedih apabila diceritakan begini.

Apabila mereka mengadu, terasa sangat dicucuk-cucuk dada ini. Kenapa ya? Oh, mungkin juga saya pernah merasainya diwaktu saya nakal-nakal dahulu. Tetapi, bukan ini caranya layanan yang sepatutnya pada mereka yang ingin bertaut untuk berubah.

Kalau anda, anda yang bagaimana?

Mereka Ingin Dibantu, Lalu Manusia Lain Menjauh

Bukan sekali dua saya mendapat mendengar rintihan hati dikalangan kawan-kawan dan sahabat saya sendiri.

“Saya cuba dekat. Mereka masam muka. Saya cuba tegur, mereka tak respon. Saya cuma nak berubah jadi baik macam mereka.. Apa, tak layakkah tudung pendek macam kami ni bergaul dengan kakak-kakak pakai tudung labuh?”

Termenung seketika.

Tidak dinafikan, ada juga manusia dikalangan seperti yang dimaksudkan itu bersikap dingin pada mad’u. Dan yang lebih tak menyedapkan hati lagi adalah mereka hanya berkumpul sesama mereka. Kalau tidak sebulu, maka takkan kamcing.

Oh. Saya cuba bersangka baik. Mereka cuba menjaga pergaulan.

Tetapi, kenapa menjaga pergaulan sampai orang lain tidak boleh masuk ataupun sebulu dengan mereka? Tidak cukup dengan itu, dipandang serong. Senyum juga tidak berbalasa, malahan!

Anda tahu, jika ada dikalangan kita bersikap seperti ini, pasti orang yang telah berniat untuk berubah kepada yang lebih baik akan kecewa dan mengambil balik jalan lama. Kerana, pada mereka, tiada kekuatan untuk berubah, tiada pautan. Lebih-lebih lagi pada sesiapa yang mendapat tentangan keluarga.

Pastinya tidak mudah.

Asalnya Nak Berubah, Semakin Menjauh

Apabila berusaha untuk mencari orang yang dipercayai boleh membantu, tetapi yang berlaku pula sebaliknya. Nah, saya berani katakan, ramai diantara yang berubah akan tidak memikirkan lagi hendak berubah. Tambahan, mereka menjadi benci dan anti dengan orang-orang yang mereka harapkan.

Saya pernah mengatakan kepada beberapa orang,

“Kalau mereka tak layan kamu. Kamu carilah orang lain, belajar dengan orang lain. Jangan kecewa dengan sikap sesetengah orang. Yang nak berubah kamu. Boleh jadi kamu lebih baik daripada mereka suatu hari nanti..”

Saya bagitahu mereka begitu, sebab begitulah yang saya buat dan pernah buat.

Hmm. Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya adalah, berilah pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan pertolongan anda ; perlukan bimbingan anda. Perlukan nasihat anda, pandangan anda.

Dekati mereka. Bukan jauhi mereka.

Jangan Bezakan, Semuanya Sama

Terimalah sesiapa yang datang kepada anda dengan seadanya. Kalau tidak mampu membantu, biar mereka merasakan bahawa anda sentiasa anda. Tolong.

Anda tahu, ramai di luar sana yang kembali ke jalan gelap semula. Malah lebih jauh. Saya tidak boleh salahkan mereka 100%. Kerana mereka masih bertatih dan sedang mengumpul kekuatan.

Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Tiada. Ya, tiada.

Yang ada hanya perbaiki lagi yang tidak baik. Buang sifat tidak baik jauh-jauh.

Mungkin sudah tiba masanya setiap dari kita belajar erti merendahkan hati. Merendahkan hati dengan sesiapa sahaja, tidak kira tua atau muda.

Hei Sahabat, bayangkan mereka yang mencari kebenaran itu adalah saudara-saudara sepertalian darah kamu, mungkin sahaja kamu tidak sanggup biarkan, bukan?

Marilah, mulakan kembali. Dekati mereka yang telah kamu jauhi. Bantu seadanya, nescaya ALLAh akan membalasnya dengan sesuatu yang lebih bernilai di akhirat sana. Buang ego dan perasaan yang tidak baik. Duduklah di tepi mereka, sehingga anda boleh menepuk-nepuk bahu mereka.

Dan berikanlah mereka kekuatan melalui pelukan kasih sayang anda.

Buka genggaman tangan anda, dan genggamlah tangan mereka yang datang kepadamu dengan erat. Sama-samalah melangkah ke arah kebaikan. Di dunia kan hidup saling membantu.

Katanya hendak berjiran di syurga, maka kenalah berkorban untuk saudara!

Peringatan untuk diri saya sendiri lebih-lebih.

Semoga ALLAh merahmati.


sumber: cintailahi.com

p/s: saya suka penulisan beliau. seakan-akan sama dgn gaya penulisan Hilal Asyraf di dalam Langitilahi.com:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10