|
bergambar di lcct sebelum bertolak ke Colombo
|
Assalamualaikum w.b.t
Tiada kata lain yang dapat diungkapkan tika ini selain lafaz alhamdulillah pujian-pujian dan syukur kupanjatkan buat-Mu ya Allah.
Tanggal 12 Mei 2012 menjadi satu tarikh yang cukup bermakna bagi rombongan kami seramai 11 orang. Kembara ibadah selama 13 hari di tanah suci Mekah dan Madinah, menyelusuri sirah perjuangan para sahabat, menziarah rasul junjungan Rasulullah s.w.t, menjejakkan kaki di Baitullah memberi seribu satu coretan memori indah yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Pada awalnya semasa di LCCT, saya sedikit gelisah kerana menantikan kehadiran keluarga yang tidak kunjung tiba walaupun jam sudah menunjukkan kurang dari satu jam untuk berlepas. mulanya saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa datang jauh dari rumah ke lcct. Mujur rumah nenek di Banting dan tidak berapa jauh dari lcct. Alhamdulillah lebih kurang 10 minit sebelum boarding, sempat jugak jumpa.
|
selamat mendarat di Sri Lanka Airport |
|
akhirnya tiba di King Abdul Aziz Airport, Jeddah |
|
proses penyerahan visa |
Setibanya di King Abdul Aziz airport, perjalanan diteruskan untuk check-in di Madinah dan hotel tempat kami menginap tidak jauh dari masjid Nabawi. kali pertama menjejakkan kaki di masjid Nabawi, meremang satu badan, tak semena-mena berjurai air mata. macam mimpi je semua ni. sSeusai solat subuh, saya dan Azyan menunggu di bahagian depan masjid untuk masuk ke dalam Raudhah - makam Rasulullah. Alhamdulillah Allah permudahkan. kami masuk bersama jemaah Arab yang lain kerana kebiasaanya jemaah Indonesia dan Malaysia akan dilepaskan paling akhir. Ya Allah, tidak tergambar perasaan itu! ketika berada di masjid Nabawi, kita disaran supaya memperbanyakkan selawat dan salam kerana kita begitu dekat dengan kekasih Allah Rasulullah s.w.t.
|
di Bukit Uhud bersama Wani dan Hanis |
|
Ladang kurma |
|
Masjid Nabawi pada waktu malam |
|
menjamah nasi arab bersama daging unta |
|
hotel tempat penginapan kami |
Belum puas rasanya berada selama empat hari di madinah, kami mula bergerak untuk ke Mekkah. masing-masing sudah siap dengan pakaian ihram.Perjalanan menaiki bas lebih kurang 6 jam diiringi dengan bertalbiyah. selepas check in di hotel, kira-kira jam 11 malam kami berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram untuk menjalankan umrah yang pertama. Perasaan sama ketika berada di masjid Nabawi menyelubungi diri tatkala melangkah masuk ke Baitullah. Subhanallah!
|
dalam perjalanan ke Masjid Tanaeem untuk miqat |
|
Bukit Safa |
sepanjang berada di Mekah, saya sempat berpuasa sunat satu hari bersama rakan-rakan yang lain. Pengalaman terbaik berpuasa di sana, dengan keadaan cuaca yang panas memcecah 45 darjah celcius. hanya Allah yang tahu perasaannya. Pada hari yang sama, kami sempat mengerjakan umrah. selesai tawaf masing-masing berpecah. takut juga pada mulanya bila pikir dah terpisah sorang-sorang ni. tapi takpe hilang pon masih dalam masjid. selesai solat zohor, saya mengambil keputusan untuk Saie sendirian di level 2 dengan harapan dapat terserempak dengan rakan-rakan lain. yang kelakarnya, disebabkan cuaca yg amat panas, hampir 30 minit sekali saya ke tempat air zam-zam untuk membasahkan kepala, tangan dan stokin. lega yang amat!. habis lencun telekung. tak sangka betul bila jumpa kawan-kawan yang lain, diaorang pon buat benda yang sama. haha. Seusai azan Maghrib, 6 cawan air zam-zam menjadi santapan. Malam tu pulak ustaz sharizal jamu kami yang berpuasa ni dengan nasi arab. memang kembungla perut. alhamdulillah~
|
perkarangan masjidil haram pada waktu malam |
|
aiskrim arab |
|
Jabal Thur |
|
Jabal Rahmah |
Jabal Rahmah dikatakan menjadi tempat pertemuan nabi Adam dan Hawa setelah terpisah hampir 100 tahun. kat sini ramai orang tulis nama dengan harapan untuk mendapatkan jodoh. kita tak disarankan untuk berbuat demikian. cukuplah sekadar berdoa semoga dipertemukan jodoh yang sesuai , yang soleh, yg dapat membimbing dan dapat melengkapi kekurangan kita dan bapa yang baik untuk anak-anak :)
bila cakap pasal jodoh ni, teringat satu peristiwa menarik. masa tu dalam perjalanan balik dari Masjidil Haram berseorangan. tengah berjalan sambil melihat barang-barang yang dijual di kedai, dlam hati bermonolog sendirian. "Allah tu Maha Kuasa. mana tau kalau keluar je dari kedai ni, Allah nak tunjukkan jodoh kita". ya Allah. Benar! Hebatnya Kuasa doa di tanah Suci, sebaik sahaja saya melangkah kaki keluar dari kedai tersebut, betul-betul muncul melintas depan mata" . jantung berdegup deras, terkelu lidah.Siapakah hamba Allah yang bertuah itu? hehe.rahsia la. mane boleh bagitau. Sama ada benar mahupun kebetulan, Allah itu sebaik-baik perancang. Saya cuma mampu berdoa supaya dipermudahkan jika benar dia adalah jodoh yang telah ditetapkan . Aminnn..:) (feeling-feeling macam cerite KCB time Abdullah Khairul Azzam first time jumpa Anna Althafunnisa masa kawan dia tertinggal buku dalam bas tu)
|
landasan keretapi yang sedang disiapkan untuk kemudahan jemaah. KTM malaysia terlibat sama dengan projek ni. terbaik la. |
|
kat ladang unta |
|
masjid hudaibiyah lama |
|
replika projek masjidil haram yang bakal diperbesarkan untuk menampung jemaah |
|
perjalanan pulang ke hotel mengambil masa 20 minit berjalan kaki. |
|
menara jam |
|
depan masjidil haram |
|
di airport untuk pulang ke Malaysia |
|
sempat makan Al-Baik sebelum naik flight |
|
8 anak-anak , 2 bapa dan satu mak :) |
Dah hampir seminggu pulang dari sana, kerinduaan untuk beribadah di sana masih tetap teguh dalam jiwa. Salah satu doa saya di sana dah dimakbulkan. Dah 3-4 orang tegur kenapa nampak kurus. kihkih. 13 hari bersama rakan-rakan yang lain yang seolah-olah sebuah keluarga besar menjadikan group facebook Road to Saudi Arabia sentiasa 'update' dengan status-status berbaur kerinduan di tanah suci. :) insyaallah, banyakkan doa supaya dipermudahkan dan diberi kesempatan lagi untuk ke sana. Doakan ibu bapa kita, keluarga dapat pergi bersama-sama. mana tahu kalau dapat pergi lagi sekali bersama team Road to Saudi Arabia bersama pasangan masing-masing. Tak mustahil kan? ;D Saya menyimpan impian untuk tinggal di sana sama ada belajar mahupun bekerja mahupuuuuuun berkeluarga. hehe.
p/s : sejak pulang, badan masih tak rehat dengan secukupnya. Menyiapkan tugasan yang bertimbun, menghadapi test dan presntation. Tidur jam 2-3 pagi. Alhamdulillah sudah selesai 70% tugasan. sebenarnya terlampau bnyak idea yang terbuku kat otak dan tak terluah lagi kat sini. cuma sedikit coretan kosong. ikutkan hati macam nak karang satu buku je rasa.
1 comments:
bestnya.. harap dapat mengembara ke tanah suci melalui jalan darat suatu hari nanti...
Post a Comment