Pages

Friday, April 2, 2010

HARAP MAKLUM


Tuesday, March 23, 2010

si rama-rama dan madu..


rumah itu pada asalnya kepunyaan si kumbang. tetapi telah diserahkan kpd si rama-rama.si kumbang dan mawar meninggalkan si rama-rama keseorangan di situ. sunguh janggal. selama ini, si rama-rama hanya berada bersama-sama mereka-mereka..tetapi..keadaan sudah berubah..mereka-mereka itu berada nun di sana..si rama-rama tidak mampu utk berpatah balik mngejar mereka-mereka.

ye..tidak mampu. apa yg harus dilakukan si rama-rama adalah memulakan kehidupan yang baru. rumah itu. rumah itu perlukan seeorang yang mampu mengubahnya menjadi kembali ceria. si rama-rama cuba utk meramahkan diri bergaul dgn penghuni2 rumah itu. si rama-rama terharu dek kerana layanan segelintir penghuninya..namun beliau sedikit kecewa dengan penghuni2 yang memandang sinis terhadapnya...tatkala itu, si rama-rama berduka lara..terkadang duduk keseorangan..termenung. ada kala si kumbang datang membantu tapi si kumbang tidak mampu utk berbuat apa2..

ketika ini, si rama-rama mula mengumpul bahan2 utk menceriakan kembali rumah itu..ye, mereka semua perlukannya. hari demi hari, minggu demi minggu,bulan demi bulan berlalu..rutin harian si rama-rama, mengutip madu di taman. seringkali madu yang dimahukan itu tidak diperolehi..jika sebelum ini, hasil kutipan madunya itu boleh dibanggakan, tetapi kini, madu-madu yang diperolehi semakin, semakin berkurang..timbul kekesalan di hati si rama-rama..dia juga inginkan hasil seperti rakan2nya yang lain, tetapi..hampa..seringkali si rama-rama menyalahkan dirinya..mahu saja rasanya dia meninggalkan rumah itu dan duduk di taman mngutip madu2 setiap masa. namun si rama-rama berfikir panjang.."rumah itu sekarang adalah tanggungjawabku" berbisik si rama-rama.

tatkala keseorangn..ada sahaja datang membantu..si rama2 bersyukur kerana mmpunyai kenalan2 yang bnyk membantunya..mereka-mereka itu juga banyak membantu...

Thursday, March 18, 2010

"dunia baru"






Dunia baru si rama-rama.

“di sana rama-rama lebih tenang, lebih tenteram”..mereka-mereka itu antara penggerak semangat si rama-rama untuk menerjah ke jalan ini. Bersama-sama bergerak, menuju satu matlamat. Bermula bersama..namun di pertengahannya si rama-rama terpisah. Terpisah dari mereka.

Menuju ke satu jalan yang mana si rama-rama ditarik ke sana. Rama-rama mengikut sahaja. Dia dibawa berjumpa seekor kumbang dan sekuntum mawar. Terkejut. Terpaku. “Apakah benar? Tapi mengapa aku? Mengapa bukan dia? Kenapa begini?”. Kumbang dan mawar melontarkan seribu hujah dan pandangan mereka. Sejak pertemuan itu, hati si rama-rama sentiasa resah, gelisah, berduka lara. Kemurungan melanda.

Si rama- rama pada mulanya tidak mahu mengikut ke jalan ini kerana dia ingin bersama2 mereka-mereka di sana. Menuju matlamat itu. Tapi si rama-rama sudah ditarik oleh kumbang dan mawar. Si rama-rama keliru untuk memilih jalan mana yang harus dipilih. Jalan bersama mereka-mereka atau jalan bersama kumbang dan mawar. Setelah memikirkan baik buruknya, si rama-rama memilih untuk bersama kumbang dan mawar.

Kumbang dam mawar sebenarnya berkawan dengan mereka-mereka itu. Tapi jalan yang mereka pilih berbeza. Sejak keputusan itu dibuat, si rama-rama sering gundah gulana. Dia sering merasakan bahawa dia tidak mampu untuk terus bertahan di jalan ini. Jalan ini gelap, perlukan cahaya yang terang. Namun, sumber cahaya itu tidak banyak..kalau ada pun cahanya tidak begitu terang. Si rama-rama juga ada sumber cahaya.

Tapi sumber cahaya kepunyaan rama-rama itu kadang2 elok, kadang2 rosak..si rama2 gundah gulana sekali lagi. Di penjuru jalan, terdapat sebuah rumah yang baru dibina. rumah itu baru, tapi kelihatan kusam. Tidak bercat. Langsung tiada serinya. Orang ramai yang melihat rumah itu tentu berfikiran sama. Di dalam rumah itu terdapat banyak rama-rama dan terselit beberapa pepatung.


to be continue..

Wednesday, February 24, 2010

sesekali diujiNYa....


Sesekali DiUji
Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE
http://liriknasyid.com


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa


---moga Allah mmberiku kekuatan utk mnghadapi semua ni..bantulah hambamu yg sungguh hina disisimu ini Ya Allah..diri ini sering tewas..namun akan kugagahi jua..ya allah...

Saturday, February 6, 2010

MAHER ZAIN- insyaallah




Album :
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Saturday, January 9, 2010

"couple"??




Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini.hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.


Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,....

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.


Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”


Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.


Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran.Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan.Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam..


petikan: iluvislam .com
__________________________________________________________________________________


artikel ini saya tujukan buat renungan sahabt2 sy yg disayangi dan utk diri sendiri khasnya..kpd sahabatku ini, sedarlah bhwa anda punya fikrah yg faham mengenai isu ni, jgn sampai org hilang respek kpd anda kerana ni..ye... xdinafikan. anda bijak berhujah, bijak berkata2, bnyk ilmu, pngalaman, ramai yg menyanjung anda. cumanya mungkin anda tidak sedar kesalahan itu. kalau kita nk tarbiah @ nk nasihat org lain, diri sendiri harus ubah dulu. btul x?..anda tahu bgaimana batas2 pgaulan antara lelaki & perempuan..saya pasti anda tahu lbih drpd itu. perlu ke mesej antara lelaki pmpuan mngungkapkn kata "sayang", "cinta"."kasih"..??

sy agak terkilan, kerana selama ini saya respek anda dia atas segala kelebihan yg Allah berikan kpdnya..tapi bila mana saya dpt tahu, pergaulan dia dgn sahabat2 wanita tidak begitu terjaga..hmm..ye, mungkin alasan anda pada pndpt saya utk mnjaga hati sahabat wanita itu..tapi bukan dgn cara begini. pernah saudara terangkan konsep pgaulan yg sbnarnya?..jikalau ada perasaan suka antara satu sama lain bukn begini..Islam sendiri dah ajar..kalau sudah diberi ptunjuk bahwa dialah yang bakal mnjadi suri di hati anda.,why not, guna kaedah yg Islam dah ajar tu. perlunya ada org tengah, bukan trus direct je..jgn sampai jd fitnah bualan mulut rakan2 yg lain.

saya berkata2 kerana ramai yg bettanya tentang status hubungan kalian..takut timbul fitnah. bahaya. terkilan, anda sefikrah dengan kami, mmpunyai kefahaman, tapi berbuat begini...MAAF. tiada niat utk mmburuk2kan @ membuka aib kalian, tapi sebagai renungan dan muhasabah diri kita, diri kalian, apakah yg kita buat ni betul?..saya menegur kerana anda sahabat saya..sama2 kita menegur kesalahan masing2, supaya apa yg telah berlaku, dijadikan teladan supaya tidak terjadi lg pada masa akan datang..

asif jiddan, maaf banyak2 sekiranya ayat2 diatas bisa mengguris perasaan anda..INGATLAH SAHABAT..segala yang baik dtgnya drpd Allah, yg buruk tu dari kelemahan saya sendiri..smaa2lah kita muhasabah diri baalik..wallahualam.:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10

I'm the Manager of Bella.Go.Craft