Pages

Monday, May 18, 2009

Adakah istilah 'CINTA ISLAMIK'?


Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu.

Tetapi betulkah cinta seperti itu yang kita semua hendakkan? Saya berfikir balik kerana sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai. Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal.

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu.

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”

Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”

Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya.

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu.

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis.

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut.

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi.

Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 42)

Saya tertarik dengan seorang satu artikel yang menceritakan tentang seorang rakan yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya.

Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya.


Bagi pengejar-pengejar cinta, pendilema cinta, pemadam api marak cinta yang terbakar sebelum masanya, penurun naik iman cinta, pendemam cinta dan siapa sahaja anda yang dijaidkan Allah yang Maha Pencinta itu dengan penuh cinta dan rahmat-Nya, berhentilah!
Dari bacaan-bacaan cinta-dunia-sekularmu. Dan gantikanlah dengan yang ini(banyak manfaat dan baiknya insyaAllah)

Novel : Ketika Cinta Bertasbih
Novelis : Habiburrahman El Shirazy
Sarjana Al Azhar University Cairo.
Terbitan: Ar Risalah Product Sdn Bhd
Tebal : 484 muka
Harga : $21.90

Sebuah buku cinta yang murni, telah lama terbit, tapi tetap segar dalam kesuciannya. Bacalah, sambil bertasbih! Semoga banyak pengajaran yang mengesan di hati dari pembacaannya. Pengajaran yang mungkin tidak diperolehi di kuliah Akademi Islam mahupun Masjid Negara atau Negeri sekalipun.wasalam...

4 comments:

::Aliffadhol:: on May 18, 2009 at 11:02 PM said...

salam..menarik2..
truskan...
cume nk tnye..
ni tulis sndri ke ??

::nabila.raihan:: on May 19, 2009 at 10:19 PM said...

aaa...

itu sir..hiihi

::Aliffadhol:: on May 20, 2009 at 5:29 PM said...

hmm...kalo ni tulisan owg len..
sertakan skali penulisnye..
serta sumber dari mana..

mcm dalam saifulislam.com pn ckp..
nk amek artikel die leh..
tapi sertakan sekali name die..
sbg tande kite hrgai buah fikiran n idea die..

::nabila.raihan:: on May 20, 2009 at 5:40 PM said...

hmmm..
baik bos!

syukran krana mnegur..

akan dperbaiki utk masa2 akan datang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10