Beberapa hari lalu saya bersembang dengan Najwa
tentang perkahwinan.
“Najwa, nanti bila
dah dewasa nak abah dengan mama carikan calon suami atau nak cari sendiri?”
“Apalahlah Abah ni,
lambat lagilah nak kawin. Not interested to discuss this topic. NEXTTTT” jawab
Najwa selamba.
“Awa, nanti bila
Awa dah kahwin kan, Awa nak anak berapa ya?”
“Ish Abah ni, tak
habis lagi rupanya. Awa tanya abah baliklah, ha nanti Abah nak cucu berapa?”
“Abah nak ramai
cucu. Nanti senang nak pilih mana satu nak wrestling dengan atok diorang. Best
cucu ramai ni tau”
Mengekek kami
ketawa.
Saya dan Ain
berkahwin pada usia yang muda (dalam konteks zaman kami dianggap muda bila
berkahwin pada usia 24). Pada usia 25 kami dikurniakan Najwa. Indahnya
dianugerahkan anak pada usia berkenaan menyebabkan saya dan Ain tidak punyai
masa untuk berseronok-seronok ke sana sini melalui zaman bujang kami.Ramai kawan-kawan
yang mengusik Ain dan saya (kerana kami sebaya) semasa kami hulurkan kad
jemputan perkahwinan.
“Wah, cepatnya
kahwin. Amboi tak tunggu lama pun ya?”
“Ewah, terus ngap
sayot aja ya? Kenal 6 bulan terus nak kahwin dah. Tak enjoy dulu Naz? Rugi tau
tak enjoy”
“Baru umur 24
korang dah nak kawin? Ekonomi tak stabil lagi. Gaji baru berapa sebab baru
kerja. Nanti belum apa-apa dah ada anak. Perempuan cepat nampak tua bila dah
beranak pinak tau. Nanti tak sampai 30 tahun dah macam 40 an”
Semua usikan ini
kami hanya balas dengan senyuman.
Disember ini usia
perkahwinan kami mencecah 16 tahun. Anak-anak juga sudah ada yang remaja. Najwa
sudah 15, Najman 13 dan Najmi 11 tahun. Lucunya bila
berjumpa teman-teman yang mengusik dahulu lain pula nada usikan mereka.
“Eh dah ada anak
dara dah kau Naz. Dua hero nipun dah bujang dah haa. Aduhai, anak aku baru
sekolah tadika anak kau pulak dah tak lama nak masuk universiti”
“Adui, ruginya
kahwin lewat ni. Untung kau Ainon. Najwa dah macam adik beradik dah dengan
mamanya.”
Sekali lagi kami
tersenyum.
Teringat saya satu
cerita yang pernah kami sembangkan di suatu petang semasa Najwa masih berusia 3
tahun
“Ain, nanti kan
masa umur kita 50 tahun, Najwa dah 25 usianya. Dah keluar universiti dah.
Bolehlah dia tanggung belanja adik-adiknya nanti”
“Entah-entah dia
ikut jejak kita bang, habis belajar terus kahwin. Belum pencen dah bercucu dah
kita agaknya.
Abang tau tak masa
kat office kan, kadang-kadang we just know that we have shifted gears and moved
on in our life as compared to our peers?” Balas Ain.
Tekun saya memasang
telinga.
“Tadi masa kat
office, sembang masa lunch dengan kawan-kawan. Ada yang sama umur dengan kita,
ada yang senior.
Masa geng yang dah
ada anak-anak kecil macam kita sembang pasal pampers, ruam lampin, anak dah
mula merangkak, yang tumbuh gigi ada yang lagi senior usianya dari kita dan
belum berkahwin bersembang perkara-perkara yang kita dah tak boleh nak relate
dah tau bang?”
“Hmm..abang tak
faham ni, maksud Ain?”
“Mereka ni cerita
benda-benda macam erm.. nanti nak kahwin nak lelaki yang hensem, yang ada
kumis, ada yang kata nak lelaki seksi ada bulu dada. Ish, dah tak boleh masuk
dah kita dalam cerita-cerita macam ni.
Bila fikir kan
bang, kesian sebenarnya. Apalah yang kawan-kawan kita yang belum kahwin tu cari
agaknya dalam pasangan mereka kan?
Nak cari Mr Perfect
agaknya. Tinggi sangat benchmarknya. Sampai sekarang masih sendiri.
Mereka ni semua
sunyi tau bang?. Tak ada pasangan yang nak kongsi kegembiraan, sedih, mengadu,
kesian kan?”
Saya terdiam
seketika cuba menyusun ayat
“ Mana ada manusia
sempurna kan Ain? Semua kita ni ada kekurangan. Yang sempurna tu Allah SWT.
Setiap pasangan tu
memang ditakdirkan jodohnya saling melengkapi. Kurang si lelaki ditampung
isteri. Macam tu jugak sebaliknya. Macam kita ni kan saling melengkapi kan?”
“Maksud abang?”
Desak Ain inginkan kepastian
“Macam kita nilah.
Ain suka dengar, abang yang banyak cakap. Abang tak pandai matematik, Ain ada
degree dalam matematik. Kalau makan ayam goreng, Abang tak suka peha ayam tapi
sukakan bahagian kepak dan dada. Ain pulak sebaliknya.
Kan saling
melengkapi tu.
Sepatutnya kita ni
memang kena memilih tapi harus bertempat. Kita boleh letak senarai KPI yang
kita kehendaki dari pasangan kita tu tapi tak bolehlah kesemua KPInya nak
dipenuhi. Kalau ada katalah
sepuluh perkara yang kita nak dari pasangan kita. Janganlah nak dapatkan
kesemua sepuluh kriteria baru nak kahwin. Dapat tujuh jadilah dulu. Tiga lagi
kriteria tu kita binalah dalam alam rumahtangga.
We have to be
practical as we do not live in an ideal world”. Jelas saya
Ain mengangguk.
“Wah pandai abang
matematik tu. Dah siap pakai percentage dan nisbah bagai tu ha” Usik Ain.
Berderai ketawa
kami berdua.
Apa yang kita
tunggu sebenarnya? Kenapa jodoh kita tak kunjung tiba?
Saya nak kongsikan
sedikit apa yang saya temui di dalam buku yang di hadiahkan sepasang teman
rapat saya.
Buku ini bertajuk
Inspirasi cinta terhebat. Intailah mukasurat 3 seksyen tengah bertajuk
“Ya Allah, Aku tak
ingin sendiri – Kenapa jodoh tak kunjung datang?”
Persoalan yang saya
tanyakan tadi disusul soalan dalam buku yang ditulis Burhan Sodiq dengan
bersahaja.
Bila ditanya
tentang jodoh apa yang kita lakukan sebenarnya dalam menangani hal jodoh?
Adakah kita memilih
menunggu dan terus menunggu, sambil berharap penuh cemas?
Atau adakah kita
akan melakukan ‘sesuatu’, agar jodoh itu datang menyapa?
Soal jodoh ini
bukan soal enteng kan?
Saya pasti perasaan
seseorang yang menanti jodohnya datang tapi tak juga kunjung tiba akan
bercampur baur perasaan cemas, kecewa dan lambat laun perasaan ini menjadi
tekanan yang berlarutan apabila orang sekeliling mula mendesak dan menyakitkan
dengan soalan-soalan sensitive yang bertubi-tubi.
Bila kita ke
kenduri kendara contohnya. Sosek-sosek orang kampung bertanya pada ibu dan ayah
kita;
“Ish anak kamu tu
lawa orangnya, berpendidikan pulak, apa lagi yang dicarinya tu bang/kak? Atau
Lewat sangat
usianya anak abang tu dah tu, takda calon lagi ke?”
Kalau sekali dua
mungkin tahan cuping telinga, tapi kalau selalu? Saya ada teman yang masih solo
bercerita yang dia serik pulang ke kenduri kendara sanak saudara kerana serik
diaju soalan-soalan sebegini.
Mungkin ramai yang
masih seorang di luar sana memberi berbagai jawapan pada rasional kenapa masih
membujang. Barangkali ada yang
mengatakan belum ada calon yang sesuai, ekonomi belum stabil, masih belajar
lagi, takut terkongkong dan sebagainya. Terpulanglah.
Suka saya kongsikan
konteks murah rezeki selepas berumahtangga mengikut Al-Quran yang disebutkan di
dalam Surah An-Nur ayat 32;
“Dan nikahilah
orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang patut (menikah)
daripada hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan
memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi
maha mengetahui”
dan mafhum hadis
riwayat Imam Dailami dalam Musuad-al-Firdaus ;
“Carilah oleh
kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)”
Sebab itulah orang
tua-tua kata jangan risau lepas berkahwin dan punyai anak tak cukup bagi anak-anak
makan, adalah ‘rezeki anak’ tu nanti.
Pernah dengar kan
begitu?
Pada
sahabat-sahabat lelaki yang masih bujang ketahuilah bahawa terdapat tiga kunci
kebahagiaan suami dalam isteri yang solehah iaitu;
1. Jika dipandang
membuat semakin sayang,
2. Jika kamu pergi
membuat tenang kerana dapat menjaga
kehormatannya dan;
3. Taat pada suami
Pilihlah bakal
isteri kerana agamanya kerana Imam Tabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik R.A
bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda;
“Barangsiapa yang
menikahi wanita kerana kehormatannya (jawatannya), maka Allah SWT hanya akan
menambah kehinaan; barangsiapa yang menikah kerana hartanya, maka Allah SWT
tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana
hasab (kemuliaannya), maka Allah SWT hanya akan menambah kerendahannya. Dan
barangsiapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya,
membentengi farji (kemaluannya) dan mempererat silaturrahim, Maka Allah SWT
akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut.”
Janganlah kita
jadikan alasan pernah kecewa, inginkan perkahwinan yang glamour umpama puteri
raja, tak mampu kerana mas kahwin dan hantarannya mahal, cacat anggota dan rasa
rendah diri, tidak boleh kahwin tanpa bercinta dahulu, langkah bendul dan
sebagainya sebagai halangan untuk berumahtangga.
Moga yang masih
mencari bertemu yang dihajati dan segera membina istana bahagia. Insyaallah :)
3 comments:
hidup ini penuh dugaan. usaha ikhtiar jangan jemu. rakan2 yg menghadapi masaalah sebegini, saya mencadangkan untuk berjumpa seorang pengamal perubatan yang mengatasi masaalah jodoh ini secara Islamik, berdasarkan ayat2 Al-Quran. Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar ni guru agama. bertugas di sekolah agama Daerah Pontian, Perawakannya pun sederhana. Sepanjang pengetahuan beserta saudara mara & sahabat handai menemui beliau nampaknya belum pernah perubatannya mengguna kemenyan atau benda2 kotor. Alamatnya : kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Saya teruja melihat rakan kita dapat rakam beberapa foto perubatan beliau dalam :
http://my.opera.com/saharaaban/albums/
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
terima kasih sumirah atas perkongsian tersebut. no tel ustaz adi wijaya yang baru saya peroleh dari rakan di pontian : 013-7251546
terima kasih jasima & sumirah. bln lepas baru antar makcik ke sana (jumpa ustaz adi wijaya bin iskandar, kg belahan tampok, rengit, batu pahat). tak susah rupanya cari lokasi rumahnya. tanya orang bakso medan lebih mudah, ramai orng tahu sebab keluarga ustaz tu mengusahakan bakso tu. Alhamdulilah, tak sampai sebulan, sebelum ramadhan lalu makcik dah dipinang orang. Lepas Syawal nanti majlis langsung nikahnya.
Post a Comment