Assalamualaikum.
Err. Macam mama nak mula ni ye. Segan pulak singgah sini. Berhabuk sudah. Tengok post list, banyak betul draf-draf entry yang tak sempat untuk dikhatamkan penceritaannya.
Takpa. Kita mula balik sikit-sikit.
Sambil-sambil blogwalking dan fbwalking ni, mata sesekala melihat pada skrin tv. Siaran TV Alhijrah menjadi pilihan. Pasang telinga mendengar celoteh Ustaz Elyas Ismail. Lucu juga ye beliau. Santai, tapi mesej sampai. Topik: kehebatan doa. Petang tadi di TV9 Tnyalah UStazah juga berkisarkan topik ini.
Bercerita tentang doa. Saya mula teringatkan peristiwa sewaktu mendapat jemputan untuk sama-sama turut-serta dalam misi Road to Saudi Arabia KSS-UTM.
Waktu itu, En Noraimi ( pengetua) sendiri menelefon bertanya sama ada saya ingin turut serta atau tidak. Allahu Rabbi. Indeed. Dalam hati waktu itu meronta-ronta untuk berkata "ya". Tapi atas kekangan yang tertentu, saya meminta sedikit waktu untuk memikirkan jawapannya kerana En Noraimi meminta untuk menyerahkan deposit secepat mungkin. Fakor kewangan menjadi keutamaan.
Sudah lah waktu itu saya tidak punya sebarang tajaaan/ pinjaman selama hampir setahun. Hanya bergantung kepada wang yang diberi ibu bapa setiap bulan. Kusut memikirkan soal ini. Tabungan yang ada tidak seberapa. Berkali-kali saya meminta pandangan dari emak. Dan saya masih tidak punya jawapan yang pasti. Istikharah dan doa tanpa putus. Tanpa diduga, saya mendapat satu panggilan daripada seorang teman.
"Salam, Nabila. Akak ni. Akak nak tanya lah. Kraf awak tu, awak amik tak tempahan untuk weeding? Akak nak survey untuk weeding abang akak"
Pertanyaan tersebut menjadi realiti. Tempahan sebanyak 1000 biji keychain untuk majlis perkahwinan. Allah. Tidak dapat kugambarkan perasaan waktu itu. Saya pasti benar ini merupakan antara rezeki yang Allah tunjuk bagi memudahkan perjalanan saya. Sememangnya ia benar-benar membantu. Dengan berkat hasil daripada membuat keychain ini ditambah dengan wang tabungan daripada akaun Tabung Haji saya, Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan bayaran tersebut.
Nahh. Hebatkan kuasa doa?
*Air Zam-zam
Mengimbas kembali memori di Tanah Suci. Teringat saya waktu di Masjidil Haram sewaktu kami berpuasa sunat beramai-ramai. Hari Khamis. Pagi itu kami melaksanakan ibadah umrah. Selesai miqat di Masjid Aisyah, terus ke masjidil Haram untuk rukun tawaf pula. Entah bagaimana kami terpisah antara satu sama lain. Janjinya untuk bertemu di tempat sekian sekian setelah semua selesai tawaf. Tapi tidak ketemu.
Saya terpisah keseorangan. Telefon tiada untuk menghubungi mereka. Risau sebenarnya. Lantas, saya mengambil keputusan untuk saie sendirian dengan harapa mungkin bertemu mereka di pertengahan jalan. Dengan cuaca panas terik ditambah perut yang berbunyi, sungguh. Dugaan bagi orang yang berpuasa. Setiap 30 minit saya singgah ke bahagian tong air zam-zam. Lencun juga telekung ni habis dijirus dengan air.Lega seketika. Sehinggalah waktu Zohor tiba.
Selesai solat, saya mohon doa supaya diketemukan semula dengan teman-teman yang lain. Tergerak hati untuk ke tempat air zam-zam semula.. Akhirnya, saya bertemu dengan Jannah, tidak lama kemudian, datang pula Zulhelmi dan Zulfadzli. Alhamdulillah.
Rupanya salah faham berlaku tentang lokasi pertemuan semula kami sewaktu tawaf tersebut. Ada yang tunggu di tingkat bawah dan ada yang tunggu di tingkat atas.
Nah. Saya dibawa mereka ke tingkat bawah. MasyaAllah. Sejuk sungguh. Patut bahagia je muka mereka. Hehe. Kami duduk di satu sudut. Sejuk sehingga lena tidur masing-masing. Sesekala mata memerhati jemaah-jemaah yang sedang ber saie. Perut pula tak berhenti dari berkeroncong.
hampir waktu Maghrib, disebabkan tiada makanan untuk dijamah, hanya air zam-zam sahaja. Perut meminta nasi. Waktu azan semakin hampir, saya cuma mampu berdoa, dengan minum air zam-zam ini insyaAllah saya akan kenyang dan tidak mengganggu urusan ibadah selepas itu.
Alhamdulillah. 6 gelas habis. Benar, kenyang sungguh. Sehingga sewaktu pulang ke hotel, kami dijamu dengan nasi arab. Tapi masing-masing hanya menjamah sedikit sahaja. Barangkali dek kerana kenyang minum air zam-zam. Hehe
*Selipar
Hari keberapa kurang pasti. Seingat saya pada waktu Zohor. Kami ke masjid sedikit lewat ketika, berjalan dari hotel ke masjid dengan jarak yang agak jauh. Cuaca panas terik. hampir 40 darjah celcius.
Berjalan dengan pantas sehingga tiba di pintu Marwah. Mengah-mengah rasanya. Imam sudah mula bacaan. Kami segera meletakkan selipar masing-masing di bahagian tepi tiang sedikit tersorok. Ada yang meletakkan di dalam bungkusan bag.
Kisahnya, selesai sahaja solat. Hati terdetik.
"Agaknya selamat tak selipar aku kat luar tu. Biasanya kitorang letak kat dalam. Kali ni letak kat luar pulak. Dahla banyak kes hilang selipar ni"
Pertanyaan itu hanya berlegar dalam fikiran buat seketika.
Selesai semuanya, kami bercadang untuk pulang semula ke hotel untuk menjamah hidangan tengahari. Sampai di Pintu Marwah, masing-masing lantas mencapai selipar. Eh, selipar saya tiada. Begitu juga selipar kepunyaan seorang lagi teman saya. Allah. Tersenyum di hati. Lantas saya terfikir kembali apa yang saya omelkan di dalam hati sebelum ini.
Nah. Kan Allah balas cash. Sedangkan itu baru terdetik dalam hati. :)
Kerap kali saya berfikir semula, Allah hebatnya kuasaMu. Bagaimana seorang pelajar seperti saya dan teman-teman yang lain, yang tidak punya sumber pendapatan sendiri akhirnya bisa menjejakkan kaki ke Tanah Suci?
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
0 comments:
Post a Comment