Pages

Tuesday, May 19, 2009

khas untuk sahabat2 perjuangan...


salam...acap kali dlm stiap posts yg sy buat smuanya adalah artikel2, isu2 smasa dan hangat( bak kata pres). utk entry kali ini, sy tujukn ucapan trima ksih yg tak terhingga kpd sahabat2 yg bnyk myokong saya sama ada scara lngsung @ xlngsung. kpd naqibah sy, Nur Fatihah bt Raslan a.k.a Kak Teha, Kak Ana, Kak Diyana, akak2 PMI(kak ummu,kak dijah,kak fiza, kak wafak, kak farisa n akak2 yg lain.) n smua sahabat ikhwah dan akhowat (kem) yg bnyk mmbri sgala macam input dan ilmu yg kbnyknya sy sndiri xtahu trutamanya bkaitan dakwah islamiah.

mereka lah yg banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kpd kami bagi mnjadi penerus generasi yg membawa syiar islam terutamanya di kampus. Amat berat tugas tsebut..mcm2 bnde yg terlintas di fikiran..

" layak ke aku"
" ape yg aku tahu, sdangkan diri aku pun ada kkurangan, nak nasihat org lain"
" sanggup ke nak pikul tnggungjawab ni?"

tingat satu ungkapan yg diucapkan oleh seorg akhi smasa kem tu.." antum semua terpilih dan antum dipilih oleh Allah utk ke sini"..(terdiam sejenak) a`ah laa...antara ratusan plajar dlkampus ni, hanya kami yg dipilih Allah. mungkin ada hikmah di sebalik ni.. Mlalui kem ni jugak la bru saya sedar yg selama apa yg saya belajar time sekolah dulu xdimanfaatkan dalam hidup.

Tringat satu situasi semasa di kem tersebut, seorang akhi bertanyakan "apa dalil jihad yg anti tahu?". sy hanya mngelengkn kepala. "dalil ukhwah? perjuangan? dakwah?" ..terdiam sekali lgi.."Astagfirullah..apa yg ak belajar dulu..xkan semua xingat lngsung.." bekata dlm hti.

sekarg bru sy faham mengapa semasa di sekolah dulu diajarkan subjek SMA- nahu, sorof, tafsir hadis, fekah tauhid dan balaghah.. Smua tu utk mmerlengkapkan diri kita dalam mneruskn khidupan ini.

teringat peristiwa semasa mngumumkan kputusan SMA(Sijil Menengah Agama), ustazah azizah ( tafsir hadis) mengucap ,

"nabila,tahniah! awak dpt mumtaz(91.6%)..awak ranking ke-4 dlm skolah ini! tahniah!".
.
lbih kurang mcm tu laa dia ckp. Tp terus terng sy katakan bhwa apa yg sy blajar, hafaz semua hnya kerana NAK JAWAB PERIKSA.. Niat sy tu salah sbnrnya..shinggakan sy tidak dapat mngingat satu pon dalil utk dijawab..terasa kerdil sangat diri ni...


KESIMPULANNYA, apa yg sy dpt disini, apa shja yg kita lakukan semuanya memerlukan NAWAITU(niat)..dgn niat tu boleh mngubah apa sahaja ..betul kan?

Monday, May 18, 2009

Adakah istilah 'CINTA ISLAMIK'?


Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu.

Tetapi betulkah cinta seperti itu yang kita semua hendakkan? Saya berfikir balik kerana sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai. Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal.

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu.

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”

Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”

Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya.

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu.

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis.

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut.

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi.

Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 42)

Saya tertarik dengan seorang satu artikel yang menceritakan tentang seorang rakan yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya.

Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya.


Bagi pengejar-pengejar cinta, pendilema cinta, pemadam api marak cinta yang terbakar sebelum masanya, penurun naik iman cinta, pendemam cinta dan siapa sahaja anda yang dijaidkan Allah yang Maha Pencinta itu dengan penuh cinta dan rahmat-Nya, berhentilah!
Dari bacaan-bacaan cinta-dunia-sekularmu. Dan gantikanlah dengan yang ini(banyak manfaat dan baiknya insyaAllah)

Novel : Ketika Cinta Bertasbih
Novelis : Habiburrahman El Shirazy
Sarjana Al Azhar University Cairo.
Terbitan: Ar Risalah Product Sdn Bhd
Tebal : 484 muka
Harga : $21.90

Sebuah buku cinta yang murni, telah lama terbit, tapi tetap segar dalam kesuciannya. Bacalah, sambil bertasbih! Semoga banyak pengajaran yang mengesan di hati dari pembacaannya. Pengajaran yang mungkin tidak diperolehi di kuliah Akademi Islam mahupun Masjid Negara atau Negeri sekalipun.wasalam...

kalaulah yg mati itu KITA..



Anda biasa mendengar berita kematian?

Biasanya, apabila kita mendengar berita kematian, maka secara tidak langsung kita akan mengirimkan ucapan takziah. Kita akan berusaha menzahirkan kesedihan yang teramat sangat semampu kita kepada keluarga si mati. Kalau yang mati itu ahli keluarga kita, tambahlah kita terasa akan kesedihannya.

Memang, kesedihan itu satu perkara yang normal. Maka bersedihlah seadanya, selagi kesedihan kita itu berada dalam lingkungan keredhaan kepada ALLAH SWT.

Tapi, setiap kali mendengar berita kematian, pernah tak kita terfikir satu perkara?

“ Kalaulah yang mati tu aku, macam mana?”

Apa perasan anda, kalau berita kematian itu bukan berita kematian orang lain, tetapi merupakan berita kematian anda?

Bagaimana?

Persoalan itu, dilontarkan oleh sahabat karib saya. Bila difikir balik, perntanyaan itu nyata menusuk kalbu.

Mati, bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya.

Manusia yang menganggap bahawa mati adalah penyelesai segala masalah, dan penamat bagi segala sengsara, merupakan manusia yang cetek akalnya. Mati, hanyalah sebuah pintu untuk kita menembusi sebuah alam lain.

Selepas mati, kita akan masuk ke alam barzakh. Di alam barzakh inilah, kita disukat awal berdasarkan soalan-soalan yang akan disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir. Di alam barzakh inilah, beberapa amal kita, akan menjadi peneman menjalani kehidupan di sini. Andai kita merupakan seorang yang beramal soleh, maka akan dibukakan untuk kita pintu-pintu syurga agar kita sentiasa rindu kepadanya dan berlapang dada untuk menunggu di alam barzakh. Andai kita merupakan seorang yang beramal buruk, maka akan dibukankan untuk kita lubang-lubang neraka, agar kita sentiasa resah dan rasa terseksa untuk menunggu datangnya hari kebangkitan, hari perhitungan.

Selepas alam barzakh, akan berlaku saat kebangkitan. Manusia akan dipindahkan pula ke alam perhitungan, di padang mahsyar. Hari itu, adalah hari perhitungan atas segala amal yang dibuat oleh manusia. Tiada siapa yang akan mendapat naungan, melainkan naungan yang dibenarkan oleh ALLAH SWT sahaja. Tiada siapa yang selamat, melainkan yang datang kepada ALLAH dalam keadaan hatinya yang sempurna.

“ Hari yang tidak berguna harta dan anak pinak, kecuali yang datang kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera” Surah Asy-Syu’ara’ ayat 88-89.

Selepas saat perhitungan, manusia akan bergerak ke salah satu dari dua tempat. Itulah dia Neraka dan Syurga. Salah satunya akan menjadi tempat tinggal kita.

Nah, mati adalah pintu untuk kita memasuki alam-alam itu.

Kalau kita perhatikan, alam selepas mati amat berbeza sekali dengan alam sebelum mati. Pada alam selepas mati, sudah terpadam ikhtiar daripada manusia. Manusia tidak lagi dibenarkan berusaha, beramal, jauh sekali hendak berbuat keburukan. Selepas melangkah pintu kematian, amal sahaja yang menjadi teman. Seperti mana yang didendangkan oleh Opick di dalam lagunya:

“ Bila waktu memanggil, teman sejati hanyalah amal. Bila waktu telah terhenti, teman sejati

tinggal lah sepi”

Apa yang dilakukan semasa di dunia itulah yang menemani perjalanan seorang HAMBA selepas melangkahi pintu kematian ini. Maka, tersedarlah manusia ketika itu betapa dia telah membazirkan satu-satunya peluang yang dia ada untuk berusaha, iaitu semasa kehidupannya. Diceritakan di dalam Al-Quran, ada golongan yang merayu-rayu meminta untuk ALLAH memulangkan mereka semula ke dunia. Tetapi, semuanya sia-sia sahaja.

“ Dan alangkah ngerinya jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang menderhaka itu menundukkan kepala mereka di hadapan RABB mereka, mereka berkata: Wahai RABB kammi, kami telah melihat dan mendengar(siksaan-siksaan yang disediakan), maka kembalikanlah kami(ke dunia), nescaya kammi akan mengerjakan kebaikan. Sungguh kami adalah orang-orang yang benar-benar yakin” Surah As-Sajdah ayat 12.

Bagaimana agaknya, kalau berita kematian yang kita dengar itu adalah berita kematian kita?

Bagaimana agaknya, kalau kematian orang yang kita dengar itu, adalah kematian kita?

Saya, terfikirkan perkara ini. “ Kalau waktu tu bukan dia yang mati, tapi aku, macam mana?”

Memang satu sentapan keras terasa di dalam hati. Rasa takut yang menusuk terasa di dalam diri ini. Bila mati, tertutuplah pintu amal, terkuncilah pintu taubat.

“ Maka pada hari ini tidak akan diterima tebusan(berupa amal dan taubat) daripada kamu, mahupun daripada orang-orang kafir. Tempat kamu adalah di neraka. Itulah tempat kamu berlindung, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali” Surah Al-Hadid ayat 15.

Bagaimana agaknya kalau yang mati itu kita?

Tiadalah mati itu datang dengan amaran. Mati datang bila-bila masa sahaja. Tidak akan cepat sesaat, tidak akan lewat sesaat. Bila saat tiba, maka tanpa ternanti-nanti, nyawa kita akan terus ditarik. Tiada notis seminggu awal, atau pun tidak rayuan akhir yang boleh dibuat. Bila mati, maka mati sahaja pilihan yang ada. Bagaimana segala dosa? Bagaimana dengan amal yang tidak dilakukan selama ini dengan tidak bersungguh-sungguh?

“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” Surah An-Nahl ayat 61.

Bagaimana agaknya itu?, bagaimana agaknya ini? Kita akan terfikir segala perkara. Mati yang menyakitkan tambah mengingatkan kita segala kesilapan dan kesalahan kita selama hidup, baik yang kita ingat mahupun yang kita lupa.

Bagaimana agaknya, kalau bukan orang lain yang kita dengar beritanya itu mati, tetapi kitalah yang mati? Bagaimana agaknya?

Sesak. Memang sesak. Takut. Memang menakutkan.

Maka, bersyukurlah dengan kehidupan yang masih bersambung ini.

Bersyukurlah nyawa kita yang masih banyak kesilapan ini tidak ditarik.

Maka, dengan ‘bonus’ hayat yang masih disambungkan ALLAH ini, apakah yang anda hendak lakukan?

Apakah anda hendak mempersiakan...

Thursday, May 14, 2009

Habiburrahman El-Shirazy



  1. Lahir di Semarang, Jawa Tengah
  2. Umur 32 tahun -30 September 1976
  3. Sarjana Universiti Al-Azhar,kairo, Mesir
  4. Dikenali sebagai dai, novelis, dan penyair.
  5. Antara karya-karya terkenal beliau ialah :-

Antara tanda-tanda Kiamat kecil..




1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.

Adakah KEADILAN wujud di Malaysia ini??




Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia.

Inilah dia undang-undang yang ZALIM yang masih diguna pakai dalam sebuah negara Islam. Dunia sekarang amat sukar untuk diramal. Manusia semakin kejam dan kejam!! Hatta umat sesama Islam pun sudah semakin teruk dan melampaui batas. ISA diguna utk tujuan politik BN tgk sje pd kes Taressa kok..isu azan dimain...padahal YB tu tak pernah pun halang mana2 masjid di selangor dr perlahankn azan..alih2, ditahan atas sebab tu..Tepuk dada, tanyalah iman.. tiada undang2 ISLAM yg membenarkan menahan seseorg tanpa bukti terlebih dulu apatah lg terus menghukum mereka yg tidak bersalah! manakah KEADILAN dunia hari ini??? memg kerajaan patut mansuhkn ISA yg menndas rakyat....bayangkan jika ayh atau saudara-mara kita berada di situ....dan bayangkn jika kita sendiri yg ditahan dbawah akta ISA tersebut...sanggupkah kita???? sama-samalah kita renungkan. Moga ada di antara kita yang berani bangkit menegakkan kebenaran ini.!!

Mari tengok video "Di Palang Ini" di sebelah kanan blog ni. Selamat menonton..



Monday, May 11, 2009

"Buat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Sahabat kita"


Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.- hadith Riwayat Muslim


Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang dan Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 08/09

JKM KSS UTM,KL 09/10

JKM KSS UTM,KL 09/10